Kepentingan ikhlas



Al Fadhil Ustaz Ghazali Ibrahim merawikan sebuah riwayat melalui program jam 7.30 pagi di Radio IKIM.fm mengenai kisah yang berlaku terhadap Abdullah b Al Mubarak (118/736 - 181/797) tatkala beliau menunaikan haji dalam satu musim haji. Dek kerana keletihan, Abdullah b Al Mubarak telah tertidur di suatu tiang masjid. Dalam keadaan antara terjaga dan tidak, beliau telah terdengar perbualan diantara dua malaikat

"Berapa ramai yang menunaikan haji tahun ini?"
"400 ribu orang"
"Berapa ramai pula yang mendapat haji mabrur?"
"Tiada seorang pun yang berada di sini.."
"jika begitu, siapa pula yang dapat?
"Muaffaq yang tinggal di Damsyik.."

Tatkala tersedar, maka selepas selesai manasik haji beliau, dengan bergegas Abdullah b Al Mubarak menuju ke kota Damsyik untuk menemui seseorang yang bernama Muaffaq. Selepas berusaha mencari, maka bertemulah dengan lelaki bernama Muaffaq yang menyara kehidupan dengan membaiki kasut.

Maka bertanyalah Abdullah, Adakah tuan ini Muaffaq?

Ya Benar..

Tahniah kerana tuan telah diberkati dengan haji mabrur..

Mendengarkan itu, Muaffaq agak kebingunan..Bila masa saya melakukan mansik haji sedangkan saya masih berada di kota ini sepanjang bulan haji..?

Kini giiran Abdullah Al Mubarak pula yang kebingungan. Namun, dia menceritakan mengenai kejadian yang menimpanya serta perbualan dua malaikat itu.

Sambil menghela nafas, Muaffaq memulakan cerita,

Adapun aku ini bekerja sebagai tukang kasut dengan niat untuk menyara keluargaku dengan rezeki yang halal. Juga jika ada lebihan, kugunakan untuk sadaqah dan juga simpanan hanya untuk ke Makkah bagi menunaikan haji. Maka akhirnya, satu ketika wang simpanan itu telah mencukupi dan sepatutnya aku menyertai kamu menunaikan haji pada tahun ini.

Satu hari, isteriku yang sedang hamil berkata, Suamiku, aku tercium bau masakan yang sungguh menyelerakan dari jiran kita. Maka bolehkah abang meminta sedikit masakan itu untuk menjadi hidangan anak kita ini..



Maka bergegas aku ke rumah jiran yang dimaksudkan. Tatkala pintu rumah jiranku terbuka selepas ku ketuk, muncullah seorang wanita yang merupakan ibu tunggal.

Ada apa wahai Muaffaq?

Kak, tidak lain maksud kedatanganku melainkan kerana isteriku yang sedang hamil telah tercium bau masakan kakak lalu teringin untuk menikmatinya..

Mendengarkan itu, wanita jirannya menangis. Maka aku lalu amat bingung dan terharu. Wanita tadi kemudian berkata,

Muaffaq. Makanan ini hanya halal untuk kami dan haram untukmu..

Wah..aku semakin bingung..Mengapa wahai kakak?

Ini kerana anak-anakku telah tidak makan sejak beberapa hari. Menjelang malam, aku hanya berjanji kepada mereka bahawa aku akan masakkan maknanan untuk mereka esok hari untuk memujuk mereka agar tidur. Aku tahu aku tiada makanan dan juga wang. Aku adalah ibu tunggal. Pagi ini, aku keluar untuk mencari sesuatu buat menyuap anak-anakku. Di pertengahan jalan aku menemui bangkai keldai, maka segera ku bawa kembali dan masak untyuk anak-anakku. Bagi kami bangkai ini halal kerana dharurat, tetapi bagimu tidak kerana engkau masih mempunyai wang untuk membeli makanan yang halal.






Maka tibalah giliranku pula yang menangis. Aku segera kembali menemui isteriku dan menceritakan hal jiran tersebut. isteriku turut menangis. Kami akhirnya mengambil wang simpanan kami tadi lalu diserhakan kepada jiran yang dalam kedhaifan itu.



Maka Abdullah merasa takjub dengan cerita lelaki ini. Sungguh, mabrur itu boleh diperolehi oleh mereka yang ikhlas, meskipun di luar kota suci Makkah...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol