Liberalisasi di masjid?
Usai Solat zuhur di masjid menara nan sebatang, tatkala menelusuri anak-anak tangga yang agak curam dan mencemaskan untuk ke tingkat bawah, kelihatan beberapa orang muslimat juga mengikut arah dan jalan yang sama bersama-sama dengan jamaah muslimin yang lain. Kendatipun pada pandangan penulis, muslimat ini tahu bahawa jalan ini biasanya adalah merupakan jalan atau lalulan muslimin, namun gadis-gadis ini masih juga mahu menuruti langkah kaki dan menegakkan pandangan basah mereka bahawa mereka ada hak melalui jalan ini kerana ianya adalah paling hanpir dengan bangunan yang akan mereka tuju. Lagipun, laluan dari tingkat jamaah muslimat mempunyai dua laluan turun naik dan apalah gunanya jika diwujudkan laluan ini tetapi tidak boleh digunakan?
Sememangnya Islam tidak menghalang wanita ke masjid. Hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Jangan kamu menegah kaum wanita ke masjid-masjid, dan (solat mereka di) rumah-rumah mereka adalah lebih baik" (Riwayat Abu Daud)
Satu pandangan menyatakan bahawa kenapa pula kita cuba menghalang wanita ke masjid sedangkan kita tidak pula menghalang mereka keluar ke sekolah, menghalang mereka keluar ke pekan, menghalang mereka keluar bekerja sedangkan fitnah dan keburukan mereka keluar untuk itu adalah lebih besar berbanding kelaur ke masjid. .
Perkara pokok dalam perbincangan zuhur yang terik ini ialah, tatkala mereka keluar, adakah diperbolehkan mereka melalui jalan yang sama dilalui oleh lelaki ketika masuk dan keluar dari masjid? Adakah diperbolehkan mereka ini berjalan bercampur ?
Kaum wanita di zaman Rasulullah s.a.w. juga menghadiri solat berjemaah di masjid, dan Rasulullah s.a.w. tidaklah menghalang mereka. Bahkan dalam hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim, Aisyah menyatakan bahawa kaum muslimat datang berjemaah solat subuh bersama Rasulullah s.a.w., dan mereka tidaklah dapat dicam kerana hari masih gelap (sekalipun sudah ada cahaya pagi). Isteri-isteri Rasulullah s.a.w. pula, bukan sahaja datang ke masjid, bahkan mereka juga beriktikaf di masjid di bulan Ramadhan.
Ini menunjukkan bahawa wanita keluar rumah dalam keadaan orang ramai tidak boleh mengecam mereka. Dan mereka juga keluar dari masjid dalam keadaan lelaki masih belum keluar. Bahkan pernah disebutkan dalam sebuah hadis diriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Nabi selepas solat berjamaah akan diam sebentar bagi memberi laluan kepada jamaah wanita meninggalkan masjid dan kemudian baru diikuti oleh jamaah lelaki.
Jika sekiranya gadis-gadis yang menghadiri solat berjamaah ini faham akan maksud dan tujuan solat berjamaah serta hadis-hadis yang berkaitan dengannya, nescaya mereka akan mengambil laluan biasa untuk wanita ataupun dengan kadar segera dan tergesa-gesa meninggalkan masjid sebaik sahaja sang imam selesai memberi salam, tanpa perlu menunggu wirid bersama imam kerana laluan yang bakal dilalui turut dilalui oleh lelaki.
Adakah ini bermakna penulis cuba melarang wanita ke masjid..
Mana mungkin hal itu berlaku sedangkan Rasulullah SAW membenarkan mereka. Cumanya tatacara mereka tatkala berada di masjid, khususnya di masjid menara nan sebatang perlulah diawasi dan difahami lebih-lebih lagi penggunaan masjid ini lebih kepada golongan para pemuda dan pemudi..
Wallahu a'alam.

Ulasan