retro dan kita



Jamuan makan malam tahunan organisasi kali ini kelihatannya agak berbeza dengan jamuan makan malam tahunan sebelumnya. Lokasi makan malam yang biasanya akan memilih lokasi hotel telah berubah angin dan rasa untuk ke dewan orang ramai sahaja. Tetapi lokasinya berada di luar kawasan organisasi. Dan yang paling hangat ialah, ada tema untuk acara malam itu. temanya ialah retro...

Maka berpusu-pusulah warga organisasi untuk menghadiri malam makan malam retro itu dengan pakaian yang dianggap sesuai dengan tema retro itu. Tidaklah diketahui niat sebenar setiap kaki yang melangkah masuk ke dewan yang tidaklah sehebat dewan-dewan di peringkat kebangsaan. Hanya seqadar dewan orang ramai yang biasanya disewa untuk acara politik ataupun paling-paling tidak untuk menyambut tetamu. Ada yang datang dengan niat untuk merebut hadiah cabutan bertuah. Ada yang datang hanya untuk makan malam. Ada juga yang datang hanya seqadar suka2 dan itu selalunya alasan kebanyakan dari mereka. Penampilan mereka juga jauh berbeza daripada biasa. Artis juga turut diundang untuk memeriahkan suasana. Mana bisa meriah dan gumbire jika artis tidak dijemput, kan gitu?

Kemeriahan dan kegumbiraan hanya boleh dinikmati oleh insan dengan munculnya artis. Tidak kiralah artis tersebut popular atau tidak, dari zaman retro ataupun zaman ago go, itu bukan persoalannya. Yang paling diutamakan, artis dan hiburan mesti dijemput dan bayarannya janganlah terlalu mahal. Ini bermakna artis-artis top apalagi berpangkat datuk tidak boleh bermimpi untuk memijak lantai majlis makan malam organisasi tersohor ini... Tanpa kehadiran manusia artis, maka majlis makan malam dianggap sumbang dan tempang. bagaikan irama tanpa lagu. Bagaikan pukulan gendang yang sumbang..

Juga artis-artis yang memilih jalan yang lurus juga agak tempang jika hendak dijemput ke majlis makan malam seumpama ini. Terpaksa pula ditukar konsep dan penampilan. Takkan nak jemput Nazrey (Raihan) dengan konsep retro...? Boleh terbalik pula pekan indah ini jika Nazrey tiba-tiba muncul dengan berpakaian seluar pokedt putih merah..Mungkin ada pula diantara peserta yang histeria...




Dan meskipun hidangan yang disediakan mungkin sedikit baik daripada jamuan walimah, tetapi hasil perhimpunan itu yang boleh dijadikan kenangan abadi hingga ke hari persaraan. Ramailah juga yang mendapat hadiah cabutan bertuah. Ada juga staf terpilih yang diangkat ke pentas untuk menghiburkan yang lain bersama artis...

Sayang sekali bagi yang gagal hadir atau enggan hadir atau tidak mampu hadir. Yuran kelab telah dibayar melalui potongan gaji bulanan meskipun amaunnya hanya cukup untuk sepinggan nasi goreng buta (tanpa isi), tapi jika dikumpul banyak juga. Seolah-olah semua ahli kelab MESTI hadir maka jika enggan, duit yang dikumpul hasil potongan gaji akan dinikmati oleh yang hadir? Wah...adakah mereka-mereka ini redha diperlakukan begitu? Adakah dengan gagal menghadiri majlis ini duit m,ereka akan dikira sirna begitu sahaja...? Sekurang-kurangnya berilah kepada yang tidak hadir itu baucer makanan agar boleh dinikmati hasil potongan bulanan itu dan bermanfaat sebagai ahli kelab...atau kelab akan bertindak membuang ahli yang tidak aktif? Tentu kelab pula yang rugi..

Tahniah kepada semua ahli jawatankuasa yang telah bertungkus lumus bekerja untuk menjayakan program ini.

Wallahu a'lam....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol