Cemerlang kah kita?
Pak Kadok : Eh, macammana si mamat tu leh dapat khidmat ceemrlang eh? Aku tengok tak pernah kelihatan pun kecemerlangan yang boleh ditonjolkan...
Pak Kodek : Eh..kau ni...biarlah dia...tu rezeki dia. Engkau dok sibuk hal ehwal orang ..nko tu bila pula nak cemerlang?
Pak Kadok : Ah...aku tak dapat pun tak dek hal lah....(nada kecewa)
Mak Cik Tongkol : Peah..Kawan kita semua dah dapat naik pentas..kita bila la agaknye eh?
Kak Peah : Entah la tong....saban tahun ku menanti... entah bila kan datang ...kawan-kawan lain dah maju ke depan...kita masih takat ni je lagi..
Petikan perbualan-perbualan ini sememangnya biasa akan kedengaran apabila tibanya hari dimana staf diraikan selaku pekerja cemerlang di mata sesebuah organisasi. Saban tahun, selepas penerima anugerah diumumkan maka sudah barangpasti ianya akan menjadi topik dan perbualan hangat untuk sepanjang minggu mengenai keputusan yang dibuat oleh pihak majikan. Ramai juga yang bersetuju. Tidak kurang pula yang kurang setuju, bahkan ramai pula yang ingin menjadi hakim suruhanjaya bebas untuk membuat penentuan dan penilaian semula, seolah-olah Jawatankuasa yang telah memutuskan kecemerlangan seseorang itu tidak relevan. Kalau ditaqdirkan jawatankuasa tersebut sebaris dengan mahkamah, nescaya ramai staf yang akan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib kerana bernai mempersoalkan keputusan jawatankuasa yang telah menentukan kecemerlangan staf, dan dianggap menghina keputusannya.
Seperti tahun sebelumnya, penulis amat gemar untuk menulis lagi berkaitan anugerah khidmat cemerlang yang menjadi idaman, igauan juga mimpi ngeri sesetengah pihak pada setiap musim penilaian berlangsung.
Bagi yang telah lama mengharap, kemunculan namanya di senarai nama penerima anugerah untuk tahun ini adalah amat bermakna baginya. Bagi yang senasib, tetapi masih gagal melihat ejaan yang membentuk namanya dalam daftar buku tersebut, mungkin akan merasa sedikit kecewa. Silap haribulan, boleh mogok dan mula malas untuk meneruskan tugasan harian. Semangat menjadi patah. Azam tahun baru terus melayu ...layu di tasik madu..
Berkebetulan hari penyampaian anugerah cemerlang pada tahun ini jatuh berhampiran dan juga bersamaan dengan masa penilaian ke atas pekerja dibuat untuk tahun tersebut. Hari penyampaian ini adalah bagi menghargai kecemerlangan staf pada tahun sebelumnya..
Maka ada suara-suara yang mengatakan bahawa kalau hanya dalam senarai tugas hanya ada satu sahaja tugas yang dibuat, dan itupun kelihatan macam tidak ada tugas, cuma sekali-sekala kelihatan sibuk dan menyibuk, apabila datang tugasan agak 'luar-biasa' kuantitinya mula menarik muka, membebel dan merungut, namun boleh mengaut markah tinggi dan dianggap cemerlang dalam perkhidmatan, tidak boleh dianggap sebagai satu keadilan bahkan kezaliman ke atas staf lain yang mempunyai senarai tugas hampir memenuhi muka kertas A4, namun hanya menerima markah yang seqadar boleh melonjakkan gaji tahunan semata-mata. Di manakah keadilan penilaian tersebut? Apakah yang dinilai sebenarnya oleh penilai pertama dan juga kedua?
Kita kadang kala kerap alpa dengan keadaan diri kita sendiri. Kita selalu asyik masyuk mencari kesilapan orang lain, lebih-lebih lagi yang tidak sama warna bulunya. Kalau rakan baik kita membuat kesilapan, kita akan 'cover' baik punya hingga sanggup kita menjadi pencacai/balaci hingga ke tahap mengetik 'punch card' rakan kesayangan, yang sebenarnya enggan untuk ambil cuti pada hari tersebut, tetapi dek kerana ada perkara lain yang perlu diuruskan, maka menghilangkan diri namun pada kenyataan kedatangan tertulis ada. Kita menyangka bahawa kita telah tolong menolong dalam kebaikan. Sebenarnya kita membantu menyuapkan sepotong api ke dalam mulut rakan kesayangan kita juga kepada ahli keluarganya semata-mata..!!
Eleh...orang lain nampak...orang sendiri takkan tak nampak..Masalahnya lebih kurang sama sahaja. Cumanya yang di sini berlainan warna bulunya maka diintip setiap pergerakan, setiap cuti yang diambil dan juga MC. Kalau boleh segala-gala pergerakan sang lain warna perlu dilaporkan terus ke mejanya agar mudah baginya untuk membuka kebejatan dan kebusukan si lain warna bulu ini ke muka buku...biar padan muka...biar satu dunia tahu...
Tapi sayang sekali, segala perbuatan ini adalah tidak sihat dan boleh meruntuhkan sesebuah institusi, apalagi jauh dari rahmat dan keberkatan. Semasa dilakukan memang serunuk dan lazat. Akibatnya akan timbul dengan kemurkaanNya..
Maka jikapun kita terpilih selaku penerima Anugerah Cemerlang, janganlah kita bangga mendabik dada, lihatlah wahai dunia...akulah sang juara...kerana kejayaan kita itu sebenarnya juga merupakan kejayaan hasil dari bantuan dan kerjasama rakan-rakan lain tanpa melihat kepada warna bulu. Boleh jadi juga ianya adalah rezeki dan anugerahNya..boleh jadi juga (nauzubillah) ialah adalah sebuah ISTDRAJ...!!
Bukankah penilaian Allah itu yang lebih telus dan adil? Penilaian manusia masih terbelenggu dengan nafsu dan keserakahan?
YA ALLAH..!! Kurniakanlah Anugerah Hamba Allah kepada kami...itulah sebesar-besar anugerah dariMu yang tiada tolok bandingnya bagi kami insan yang senantiasa bergelumang dengan dosa dan cuba untuk terus membaiki diri...

Ulasan