Pertanian Ayer Hitam kembali ceria
4-6 Mei 2012, minggu pertama Mei ini disambut meriah di kawasan kem pertanian ayer hitam Kluang. Sudah agak lama tidak berkunjung ke mari untuk melaksanakan program. Sejak munculnya tahun 2012 inilah pertama kali program di adakan di kawasan ini.
Kali ini peserta yang menyertainya agak ramai. Menjejak ke angka 100. Didatangkan dari dua sekolah rendah yang berbeza. Cuma tenaga fasi agak terhad. Tiada kembar 2S. Tiada ungkapan tuan haji K. Hanyalah sahabat-sahabat biasa. Kedatangan PH juga tidak penuh. KF dipegang oleh Hj Din
Selaku KK, penulis dibantu oleh sahabat PS...
Program hanya bermula sekitar jam 1530 dengan lontaran taklimat oleh penulis. Ini diikuti oleh solat Asr. Usai solat, pembahagian kumpulan dengan bantu TKK. Kemudian ice breaking oleh kapitan Zai. Menjelang jam 6.30, ice breaking tamat. Peserta diminta masuk ke bilik untuk bersiap dan berkumpul kembali jam 6.45.
Menjelang 6.45, KK sempat menikmati mandi di air pancuran. Peserta perempuan masih gagal muncul dengan lengkap. Peserta paling lewat dikenakan denda berlari di sekeliling court badminton.
Menjelang waktu makan malam, sekitar jam 7 malam. Suasana dewan makan agak sesak. Bagaimana hendak mengawal masa. Suasana lebih hingar-bingar mengalahkan pasar malam. Akhirnya selepas keadaan berjaya ditenangkan, bacaan doa dibuat oleh peserta dan masa selama 5 minit diberikan. Selesai masa, doa selesai makan dibaca tanpa melihat kepada peserta yang masih belum berjaya menghabiskan baki makanan di dalam pinggan polistarin.
Usai makan, peserta dikumpulkan di dataran bersebelahan dewan makan. Kemudian mereka diarahkan untuk membuat persiapan solat maghrib. Bintang-bintang telah muncul di langit. Solat kemudian dipimpin oleh penulis sendiri dan diikuti oleh kuliah jati diri bagi menggantikan ruang ayahanda yang tidak dapat bersama kali ini.
Usai solat, penulis bergerak ke dewan makan untuk makan malam. Semasa makan, muncul syekhul Islam. Terdapat beberapa perkara yang sempat penulis tanyakan pada beliau. Bukan senang hendak duduk bersama para ahli ilmu.
Pembentangan kumpulan dimulakan selepas solat Isya. Pembentangan terpaksa dibuat secara parallel disebabkan kekangan masa. Penulis berada seketika di dewan utama. Kemudian bergerak ke dewan kedua. Pembentangan di dewan kedua kelihatan lebih rancak dan menarik. Banyak kumpulan yang dipaksa membetulkan maklumat kumpulan dek kerana ketidakpuashatian fasi.
Kumpulan terakhir yang menjadi mangsa ledakan kemarahan fasi ialah kumpulan yang berani membuang perkataan Islam dari kumpulan dan menukarkannya kepada perkataan kapak dek kerana hendak menyelamatkan lambang kumpulan iaitu kapak. KF mula menjadi tidak keruan dan akhrnya mengakibatkan kumpulan ini terdiam kaku tanmpa suara. Menjelang waktu minum malam, mereka masih berdiri di tepi dinding bak tugu peringatan.
Usai rakan-rakan kumpulan lain menikmati hidangan minum malam, kumpulan ini digiring ke kolam yang berhampiran dan diuruskan terus oleh KF.
Setelah semua dimasukkan ke dalam dorm untuk tidur, menjenguk aktiviti di dalam kolam. Nampaknya kesemua ahli kumpulan telah menitiskan air mata. Tidak pula diketahui air mata itu sebagai manifestasi penyesalan, ketakutan atau kesejukan ataupun seqadar untuk meraih simpati dari hati kecil seorang KF..?
Setelah diarah membawa mereka tidur, masih kedengaran di dorm berkaitan peserta yang masih hingar bingar belum tidur. Setelah memberikan pekikan amaran dan mengira nombor, barulah suasana mula dibungkus kesepian.
Bukan mudah sebenarnya hendak mengarahkan agar peserta tidur. Arahan untuk masuk tidur bukanlah suatu yang sukar, namun memastikan kesemua tidur satu tugas yang amat mencabar. Mereka ini merupakan pelajar bersekolah harian, belum pernah tidur bersama rakan-rakan. Sudah barangpasti banyak cerita yang mahu disampaikan, Jika di dalam dewan kuliah, dewan makan dan surau suasana untuk bercakap banyak agak terhad, meskipun mereka masih juga membuat dengungan dengungan yang kadangkala membingitkan, tetapi masih terasa dilihat dan diperhatikan. Apabila masuk ke dalam dorm, seolah-olahnya dunia ana yang punya. Maka mereka semakin kuat mendengung.
Apabila KK terhidu bunyian yang semakin dibiarkan menjadi semakin songsang, maka segera ia memekik kuat dan memberi tempoh untuk memejamkan mata. Barulah suasana menjadi agak terkawal...
Sekitar jam 4.30 pagi, jam pada HP menjerit dan meronta minta di snooze ataupun dimatikan segera. Namun penulis seolah-olah diselubungi ketulian. Akhirnya, jam sudah merangkak ke angka 4.45 sebagaimana yang dijanjikan, Bersegera penulis bangun, menggosok gigi dan bersuci lantas bergerak ke lapangan. Mujurlah semua telah selesai dan terkawal. Terima Kasih kepada TKK yang begitu bersemangat.
Sebaik sahaja dipastikan sang imam telah berada di mihrab sementara dan jamaah peserta telah bersiap di dalam saf, maka penulis kembali ke pembaringan dengan memasang niat berehat sebentar...
Menjelang fajar, penulis gagal bangun, dan apabila telah bersedia, bersegera ke musalla tetapi sang imam kelihatan sedang berwirid menamatkan jamaah. terserempak dengan TG yang mengesahkan jamaah subuh telah selesai.
Kembali ke bilik penginapan dan menemui dua manusia yang juga ingin solat. Maka jamaah berjaya didirikan..
Usai subuh, bergegas pulang menguruskan sesuatu. Kembali ke pengkalan sekitar jam 4.30. Kembara masih belum selesai sepenuhnya. Kami terus solat Asr dan diikuti oleh refleksi. Tuan PH muncul rupanya.
Usai refleksi, masih ada masa untuk kanvas hikmah. Seterusnya berkumpul semula dan bergerak ke dewan makan untuk makan malam. Maghrib dipimpin oleh penulis dan kuliah oleh ustazah.
Acara malam ialah tangisan marhain oleh tuan haji D. Penulis mengambil peluang melelapkan mata sebentar. Sekitar jam 10.00 malam, masuk encik Az. Ianya telah mengejutkan penulis lantas bingkas bangun untuk menunaikan acara bersama para penangis.
Tatkala acara berjalan, fasi adalah amat kurang Kapitan memegang pembesar suara lantas menyanyi bersama TG. Mr Az duduk memerhati sahaja di belakang.
Usai tangisan, kami menikmati minum malam di dewan makan dan seterusnya berkumpul sebentar sebelum tidur. Penulis menagih janji agar meletakkan nama kumpulan pada pokok ranting yang menggantikan bendera yang tergadai. Kumpulan yang siap dibenarkan masuk awal manakala yang masih belum ada hanya berdiri dan kemudian berkejar-kejar merekabentuk..
Setelah urusan menidurkan selesai, penulis, Mr Az dan juru bergerak perlahan-lahan dan senyap menuju ke kereta dan seterusnya keluar untuk menikmati minum malam.
Minum di luar bersama Mr Az memang banyak cerita yang mungkin tidak pernah kedengaran akan timbul. Biasanya kisah-kisah yang agak sulit berkaitan organisasi dan warganya...
Menjelang dinihari, pulang ke penginapan dan seterusnya menyulam mimpi..
Tersedar kira-kira jam 5.30 pagi dengan izinNya setelah kedengaran lagu Anak Kecil Main Api juga dengan kehendak dan keizinan dariNya jua...
Solat Subuh bersama...Namun ketika jam menginjak ke angka enam, tatkala penulis masuk, rupanya peserta muslimat masih belum muncul lagi. Segera mencapai heller dan berkejar berhampiran hostel mereka. Terpaksa menunggu kira-kira 15 minit..Subuh ditakkhirkan.
Usai solat, KF memainkan peranannya. Jamrah hikmah acara biasa sebelum ceramah di hari akhir. Usai sarapan, bergerak ke dewan untuk kuliah. Penulis tertidur selepas subuh hingga menyebabkan KF mengambil peranan ...
Menjelang jam 11 pagi, acara penutup yang terpaksa berlanjutan hingga menjejak ke angka 12.30 tengahari dek kerana montaj kelewatan...
Usai makan tengahari, berkemas dan solat zuhur....

Ulasan