Tahun Baru 2012



Mungkin penulis agak terlewat untuk menulis mengenai topik ini. Topik yang menjadi maudu' penting dalam perbincangan rasmi mahupun tidak rasmi, di parlimen mahupun di pejabat kerajaan, di kedai kopi dan juga di kantin sekolah. Kebanyakan jabatan-jabatan kerajaan akan memperuntukkan satu slot khas dalam bulan Januari untuk membentangkan wacana dan juga haluan jabatan sepanjang tahun 2012. Individu juga begitu beriya-iya untuk membuat azam tahun baru, meskipun kerapkali azam tahun sebelumnya tidak pernah tercapai 100%, tetapi azam baru tetap akan dibina. Dan yang paling hangat dan meriah ialah pesta countdown di seluruh dunia untuk tahun baru.

Di mana-mana sahaja, di negara kita pasti ada pesta sambutan count down. Itu adalah warisan sejak dahulu kala. Ianya adalah warisan pimpinan datuk nenek kita. Ianya mustahil ditinggalkan. Pimpinan negara selalunya akan turut serta dalam pesta ria tersebut. Dalam sejarah negara Malaysia moden, seingat penulis hanya sekali sahaja sambutan tahun barui di batalkan. Iaitu pada zaman Pak Lah menjadi PM. Itupun disebabkan oleh peristiwa Tsunami yang berlaku di Sumatera dan juga malaysia pada penghujung tahun 2004. Akibatnya, sambutan countdown 2005 dibatalkan dek kerana menghormati mangsa-mangsa tragedi termasuk di negara kita.

Persoalan penting... Salahkah berpesta di malam tahun baru? Salahkah menghitung waktu atau minit-minit terakhir menjelang tahun baru bersama rakan-rakan ? Bukankah esok cuti (Bagi kebanayak negeri), jadi enjoylah pada malam tersebut. Apalagi yang mahu dirisaukan. Kami bukan buat apa pun. Seqadar suka-suka. Pak Menteri pun turun. Takkan kami nak pergi tak boleh. Kami pun nak hiburan juga. Bersama rakan-rakan, silap-silap boleh pula sangkut awek. Kan berbaloi..Sekurang-kurangnya kacau-kacau jek..Lepas siap selesai balik le kerumah. Kami tak merempit pun. Lagi satu, kami tak buat rusuhan pun.

Maka malam tahun baru akan dipenuhi dengan pelbagai hiburan dan nyanyian. Dentuman mercun, ucapan dan sebagainya. Pak Menteri pulang, tapi penonton kebanyakkan masih berkeliaran. Masih bercouple an. Masih berpeleseran. Bagaimana itu? Adakah itu semangat tahun baru yang mahu disuntikkan ke dalam dada kebanyakan rakyat yang hadir..yang mana majoritinya adalah golongan remaja..?

Sambutan tahun baru tentu lebih bermakna jika diisi dengan pelbagai acara keilmuan dan hiburan yang membangun jiwa. Di Dataran Shah Alam, dijemput Zizan dan juga Ustaz Azhar Idrus...itu juga satu bentuk acara yang menjadi alternatif...

Walaupun kita sebenarnya selaku muslim tidak pernah dituntut untuk membuat sambutan tahun baru masehi. Ini adalah perayaan bid'ah yang sangat besar. Lebih besar mudharat dan kerosakan yang bakal timbul dari acara sambutannya berbanding sambutan tahun baru hijrah yang juga dianggap bid'ah oleh segolongan ulama, namun dek kerana sebagai satu saluran dakwah dan alternatif terbaik, sambutan dibuat juga dengan mengadakan majlis yang lebih bermanfaat. Majlis diskusi ilmu. Ada juga majlis liburan dakwah dilaksanakan. Santai sambil bernasyid. Memuji Allah dan memuliakan Rasul. Itu antara acara sambutan tahun baru hijrah. Dan pada waktu pagi harinya, diadakan sambutan maal hijrah peringkat kebangsaan dan juga peringkat negeri. Maka turunlah kepimpinan tertinggi peringkat negara dan juga negeri bagi meraikannya. Maka wujudlah juga tokoh-tokoh yang dinobatkan selaku manusia yang cemerlang memberikan khidmatnya kepada masyarakat dan negara.

Kita bersyukur kerana saban tahun ada segolongan dari kita yang mula sedar untuk memberikan sentuhan islam kepada sambutan countdown. Memang sambutan itu bid'ah. tetapi bagi membetulkan sambutan malam itu, dalam keadaan kuasa yang sangat lemah, maka acara alternatif sahaja yang boleh dibuat. Untuk menghalang dan membenterasnya? Agak mustahil kerana tiada kuasa atau kuasa ada tetapi sangat lemah.

Tapi pelik juga kerana tiada pula yang sanggup membuat himpunan ala-ala bersih atau himpunan 901 untuk menyekat kemaraan gerombolan pelaksana acara hiburan a.k.a maksiat di malam countdown ...Mana pergi golongan yang bermati-matian mempertahankan serta memperjuangkan kuasa atas nama politik islam pada malam tersebut. Hanya mampu bersuara dari jauh dan menulis secara curi-curi sahaja.

Penulis teringat tindakan guru penulis yang berani mengedarkan poster berkaitan hukum berkumpul dan bersesak serta bercampur baur berlainan jantina dalam konsert dalam satu majlis keramaian di suatu kawasan lapang. Guru saya bertindak bersama rakan-rakannya. Itu satu tindakan yang agak berani sebenarnya. Respon seperti biasa, ada yang buat tak nampak..ada yang meradang dan tidak kurang juga yang memberikan maklumbalas positif...

Jadi, apa peranan kita dalam menangani sambutan tahun baru masehi ini?

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol