Kelas Fiqh

Sudah hampir dua tahun penulis gagal hadir ke kelas agama di bawah bimbingan Tuan Guru Baharuddin. Akhirnya, pada malam ini, alhamdulilla, walaupun pada awalnya terasa amat berat untuk melangkah, mungkin kerana tarikan syaitan dan nafsu, penulis berjaya mengagahkan diri dengan keizinan dariNya jua, tiba di halaman ruamh tuan guru. Kelihatan kenderaan yang ada menunjukkan peningkatan dari segi para pelajar yang hadir.

Di dalam kelihatan satu halaqah bulat yang diketuai oleh beliau. Bacaan kitab pada hari ini ialah HUKUM HAKAM SOLAT BERJAMAAH SERTA PANDUAN IMAM DAN MAKMUM sususan Muhammad Hidhir bin Hussin b Ibrahim pada muka surat 231 hingga 239 yang membicarakan beberapa masalah mengenai sifat-sifat imam.

Di antara perkara yang menarik dalam syarah beliau ialah makmum dan imam yang berlainan mazhab dimana imam melakukan perkara yang membatalkan solat mengikut fahaman makmum. Sebagai contoh imam dari kalangan mazhab Hanafi yang meninggalkan tumakninah sedangkan pada pandangan makmum yang bermazhab syafii meninggalkan tumakninah adalah membatalkan solat, maka solat makmum menjadi tidak sah, kecuali jika imam itu merupakan ulil amr atau naibnya bagi mengelakkan perpecahan.

Nampaknya pengarang kitab ini menyatakan bahawa perpaduan dalam pemerintahan serta kesepakatan dan dokongan rakyat terhadap pemerintah adalah lebih utama daripada perpecahan di sebabkan oleh masalah khilaf yang bukan perkara pokok.

Juga dinyatakan dalam mukasurat 237 oleh pengarang bahawa tidak sah mengikut imam yang wajib mengulangi solat sebagaimana keadaan berikut :

i. Imam bermukim yang bertayammum kerana ketiadaan air
ii. Seseorang yang ada najis pada tubuhnya dan dia takut untuk membasuhnya kerana khuatir mudarat
iii. seseorang yang berhadas menunaikan solat kerana ketiadaan alat untuk bersuci

Hadis daripada Amr b Al As katanya aku telah bermimpi sehingga keluar mani pada suatu malam yang sangat sejuk semasa peperangan zatussalsil. Aku khuatir sekiranya aku mandi, akan menyebabkan kemusnahan diriku. Lalu aku bertayammum dan mengimami solat subuh. Mereka (sahabat) telah menceritakan kepada Nabi SAW lalu baginda bersabda, Wahai Amru, adakah engkau mengimami jamaah sedangkan engaku berjunub? Maka aku menjawab, menerangkan halangan ku untuk mandi . Aku juga membacakan firman Allah, yang bermaksud, Janganlah kamu membunuh diri-diri kamu sesungguhnya Allah itu sangat mengasihi kamu semua. Lantas baginda tertawa dan tidak berkata sesuatu. (Riwayat Abu Daud dan Ahmad)

Pengarang memberikan komentar bahawa tiada suruhan dari Nabi SAW untuk tidak mengulangi solat tidak bermakna tidak wajib qada kerana ianya tidaklah dituntut untuk segera melakukannya. Penulis juga beranggapan ada kemungkinan para sahabat yang menjadi makmum telah mengqada solat mereka atau mengetahu bahawa mereka wajib tidak mengikut imam kerana masalah imam seumpama itu..

Walahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol