empat hari tiga malam

26 jan 2012 penulis memulakan musafir ke bumi hang tuah bersama-sama dengan tuan guru, pegawai hutan dan imam agung masjid menara nan sebatang bagi menyertai program TOT jurulatih ko kurikulum.

Kami bergerak dari pengkalan kira-kira jam 11.00 pagi dan berjaya tiba di lokasi tepat jam 2 petang. Kami melalui jalan lama merentasi pekan Parit Sulong, Bakri dan membelok ke lebuh AMJ. Tiba di bumi Hang Tuah berpusing-pusing mencari hotel yang dimaksudkan. Cuaca amat panas menyenagt. Setelah check in, acara pertama ialah pendaftaran, dan ianya bermula sekitar jam 3.00 petang. Kami ditempatkan untuk berkampung di Hotel Hang Tuah Heritage.

Penulis dan dua ahli kereta ditempatkan dalam darjah awal. Penulis agak hairan juga kerana sebelum ini penulis pernah mengikuti kursus ini dan pernah pula mengajar. Namun penulis dimaklumkan bahawa untuk sesi akan datang, penulis diminta untuk mengajar kursus yang berbeza daripada sebelumnya.

Sesi awal ialah ceramah KI oleh Dr ahmad Esa. Ceramah bermula sekitar jam 3.45 dan hanya berakhir pada jam 5.15 petang. jamuan petang ialah mee hoon goreng dan ianya dapat menampung kelaparan yang ditanggung sejak berada di dalam perut kereta.

Penulis ditempatkan di bilik 522 keseorangan disebabkan rakan sebilik tidak dapat hadir kerana berada di JB bagi menguruskan bengkel di peringkat jabatan.

Selepas menikmati mee siam, penulis bergegas ke bilik untuk berehat kerana kepala terasa berpusing dan jalan dalam keadaan tidak berasa selesa. Tuan Guru muncul kemudiannya untuk bersembang. Menjelang Maghrib, beliau pulang dan digantikan dengan PH untuk solat berjamaah. Usai jama' kami bergegas ke dewan makan untuk menikmati makan malam.

Dewan makan hotel tersebut tidaklah seselesa hotel yang pernah ditumpangi oleh penulis sebelum ini. Menu ialah nasi putih dengan empat jenis lauk. Menariknya, ada sajian ayam goreng yang digoreng secara langsung...Menu lain seperti biasa ialah kek dan puding.

Sekitar jam 8.30, penulis naik ke dewan untuk mengikuti kelas seterusnya. Duduk di bahagian hadapan sekali sebelah kiri pentas. Semasa pertunjukan powerpoint oleh penceramah, mata terasa berpinar.

Sekitar jam 10.00 malam, berhenti minum lama selama 10 minit dan disambung semula hingga jam 11.00 malam. Tajuk pada malam ini ialah berkaitan kokurikulum yang disampaikan sendiri oleh Pengarah PK.

Usai ceramah segera naik ke bilik dan rakan baru pula menawarkan diri untuk tidur sebilik bagi mengisi kekosongan. Sehingga entry ini ditulis, beliau telah keluar untuk ngeteh dan masih belum pulang. Bilik berkunci dan hanya ada satu sahaja kad kunci keluar masuk. Ini bermakna penulis terpaksa menunggu sehingga sahabat ini pulang semula...bagi membolehkan beliau tidur di katilnya. Jika ditakdirkan penulis tertidur, maka ada kemungkinan beliau ini terpaksa mengemis ke bilik-bilik lain...

Sebenarnya pemergian penulis pada kali ini agak berbeza, berada dalam keadaan serba salah dan dihantui rasa bersalah. Ini disebabkan jabatan penulis mengadakan bengkel SKT pada tarikh yang sama dengan bengkel yang dihadiri oleh penulis. Penulis mengambil keputusan untuk menyertai bengkel ini selepas beberapa hari menimbang akan buruk baik di anatar keduanya. Mungkin akan dikatakan bahawa penulis terlalu melebihkan perkara lain dari jabatan sendiri. Tetapi percaya atau tidak, sepanjang penulis berada di sini, perasaan bersalah terus menghantui diri. Pada hemat penulis, keberadaan penulis di bengkel jabatan belum tentu boleh memberikan impak berskala besar kepada fakulti kerana maudu' perbincangan selalunya melibatkan golongan pengurusan atasan semata-mata kerana ianya banyak menyentuh mengenai dunia akademia. Oleh yang demikian, pada hemat penulis yang lemah ini, adalah lebih molek jika berada di bengkel TOT ini yang mampu memeberikan impak besar dalam dunia organisasi penulis, Insya Allah. Setelah memohon petunjuk dariNya, pada malam terakhir sebelum berangkat, petunjuk atau petanda itu kelihatan semakin jelas untuk ke bengkel TOT maka penulis cuba mengambil keputusan dan menerima ketentuannya. Mungkin pembaca melihat dan merasakan apalah penulis ini sanggup membelakangkan jabatan sendiri dan cuba mengaitkan keputusan dengan ketuhanan pula. Penulis telah mencuba yang terbaik dan itulah yang kelihatan diputuskan...

bersambung esok, Insya Allah..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol