Empat hari tiga malam
27 Januari 2012...sedar dari tidur sekitar jam 4.45 pagi selepas terdengar alarm dari HP dengan alunan lagu Anak Kecil Main Api. Namun mata terasa amat berat dan akhirnya gerakan jam yang tidak mampu untuk ditahan itu terus bergerak hingga menjejak ke angka jam 5.15 pagi. SMS terus dilayangkan kepada tuan guru mnengenai temu janji untuk menghadiri solat subuh di Masjid Tengkera, salah sebuah masjid yang tertua di Malaysia tanahairku.
Jawapan dari tuan guru adalah amat memberangsangkan. Selepas bersiap, kami bergerak menuju ke lokasi dengan berpandukan kepada GPS HP penulis. Kami tiba di perkarangan masjid ketika azan subuh yang sungguh merdu itu sedang dialunkan. Jalanraya masih kosong tidak sebagaimana saat ketibaan kami semalam dan juga ketika malamnya yang dipenuhi oleh pelbagai kenderaan. Hanya kelihatan beberapa kenderaan ringan juga seseorang yang menumpang motosikal sambil memegang basikal, berjubah hitam dan berserban ekor panjang.
Subuh jumaat, imam bersuara merdu mendengung membawakan surah as sajadah pada rakaat pertama dan surah al insan pada rakaat kedua sebagaimana riwayat hadis dari Abu Hurairah ra. Solat subuh kali ini berlaku lebih kurang dalam 20 - 25 minit...Disusuli dengan bacaan zikir dari tariqat Ahmadiah yang sememangnya berleluasa di bumi Hang tuah ini.
Usai solat kami bergerak pulang ke penginapan. Ketika cuba menerobos dewan makan sekitar jam 7.00 am, hidangan belum disiapkan. Agak hampa, kami melangkah naik ke bilik terlebih dahulu.
Sekitar jam 7.30 am, setelah mendapat panggilan dari tuan guru, penulis bergerak ke dewan makan dengan mengenakan pakaian kuliah. Menu pagi ini ialah nasi lemak, kuew teow goreng, telur, sausage, roti , bubur dan air ialah air putih sejuk dan air sarsi..
Kelas pagi ini bermula jam 8.30 di atas kertas dikendalikan oleh Pn Zarina berkaitan OBE. Penulis disibukkan dengan e-mail dan telefon ke pejabat untuk menguruskan bengkel pada isnin.
Minum pagi jam 10.00 dengan hidangan roti berintikan fish ball...Kemudian kelas oleh En Fadel menemui jam 12.00 tengahari. Kami diminta membuat RPP. Dek kerana kesuntukan waktu, penulis tidak sempat mencetak dan akan dicetak selepas Jumaat. Menu makan tengahari ini ada pelbagai. Biasalah standard hotel..
kami bergerak ke masjid untuk solat Jumaat sekitar jam 1 tengahari. Dengan berpandukan GPS, kami menuju ke Masjid Kg Hulu, masjid yang dikatakan tertua di negara ini. Imam juga agak klasik dengan suara yang kurang jelas semasa khutbah dan solat.
Usai, kami kembali kepenginapan. Sekitar jam 3.00 petang, ceramah rubrik oleh PM Nawawi. Kemudian sekitar jam 4.00 petang, ceramah pedagogi oleh Hajjah Sarebah.
Menjelang petang, hanya merebahkan diri di pembaringan bilik hotel. rakan sebilik menikmati permainan golf sejak jumaat tadi..
Sekitar jam 7.30 malam, PH masuk untuk solat berjamaah. Sekitar jam 7.45 pm bergerak untuk menikmati jamuan makan malam. Kemudian terus masuk ke bilik kuliah untuk lakonan pedagogi. Terbahagi kepada tiga kumpulan. Kumpulan penulis akhirnya mengeluarkan salah seorang pensyarah...
Pulang ke bilik dan akhirnya tidur.
Subuh terjaga juga pada waktu yang sama. Kali ini misi ke masjid kg kling yang dibina sekitar tahun 1748. Hanya kami berdua yang keluar pada pagi ini. Tatakala tiba di kawasan yang dikelilingi oleh kaum cina, kami agak terperanjat kerana keadaan masjid agak lengang berbanding kemeriahan di masjid tengkera semalam. Dihadapan pintu masuk, kedai kopi cina sudah mula dihujani pelanggannya..
Tatkala masuk, seseorang sedang mengumandangkan azan subuh tanpa pembesar suara. Hati sedikit sayu dengan keadaan demikian. Apakah satu larangan mengumandangkan azan degan pembesar suara di kawasan ini? Selepas selesai azan, penulis segera bertanya kepada salah seorang jemaah. Sedikit terubat bila dikatakan bilal tidak hadir, maka pintu bilik azan gagal dibuka..
Dek kerana tiada JK yang hadir, penulis dijemput sebagai imam.
Kami berdua meninggalkan masjid tersebut dalam keadaan hati yang dirundung sayu. Sayang sekali masjid besar tua itu ditinggalkan sepi oleh jamaahnya. Andai kata penghuni kubur di sekitar masjid tersebut bangkit, tentu sahaja mereka akan turut menangis tersedu-sedan melihat anak cucu akhir zaman yang semakin liar dengan rumah-rumah Allah.
Aktiviti hari ini ialah menyiapkan RPP serta perkara berkaitan dan seterusnya membuat pembentangan. Penulis telah ditetapkan untuk membuat pembentangan pada giliran ke empat selepas tuan guru. Pada semester sebelum ini, penulis mengajar kursus khidmat masyarakat, manakala pada semester akan datang, diamanahkan untuk kursus imam dan bilal..berat tu...
Usai makan tengahari, kami bergerak ke melaka central menghantar ayahanda yang tiba-tiba hendak pulang lebih awal. Kemudian kami singgah di salah sebuah surau untuk solat.
Selepas pembentangan sesi petang, kami mula berkira-kira untuk pulang. Selepas beberapa waktu, diputuskan untuk pulang menjelang Maghrib. Sekitar jam 6.30, kami loading barang ke kenderaan. Selepas makan malam, kami bergerak dan singgah solat di masjid tengkera. Kami tiba di lokasi sekitar jam 10.00 malam...
Ulasan