Anda wahabi ..anda syiah ..?

Wahabi adalah merupakan satu frasa kata yang cuba mengaitkan orang yang mempunyai atau menghayati fahaman aqidah yang dibawa oleh Muhammad b Abdul Wahhab. Secara umumnya di negara Islam Malaysia, perkataan atau gelaran ini dengan mudah dilabelkan kepada individu atau golongan yang cuba untuk memahami agama dengan hanya bersandarkan kepada dua rujukan utama, iaitu al-quran dan hadith semata-mata, tanpa mahu merujuk kepada qiyas, ijma' dan sebagainya.

Secara mudahnya, mereka akan cepat melabel manusia yang cuba mempersoalkan mengenai perkara-perkara bebrbentuk ibadah yang sudah mendarah daging dalam kehidupan masyarakat, seperti sambutan maulid, tahlil, qunut dan sebagainya.

Mungkin atas dasar kecetekan ilmu, dan terikut-ikut rentak arus perdana, maka tuduhan melulu kepada golongan yang cuba untuk menjernihkan pemahaman agama mereka daripada segala bentuk taqlid buta, akan terus dilabel sebagai pengikut wahabi serta sesat.

Tidak hadir majlis tahlil boleh dicop sebagai wahabi. Enggan membaca qunut juga boleh dicop wahabi. Tidak duduk berzikir selepas solat juga wahabi. Mempersoalkan azan dua kali semasa jumaat juga boleh dituduh wahabi, walhal As Syafie menyatakan secara terang dalam Al Umm bahawa apa yang berlaku (semasa hari Jumaat) pada zaman Rasulullah (dengan azan sekali) adalah lebih aku sukai...

Tuduhan lain lagi yang kerap digunakan oleh sang pelabel selepas tuduhan wahabi apabila berlaku kepelikan pandangan, ialah tuduhan selaku syiah. Apabila seseorang itu dilihat cenderung kepada ahli bait, maka dengan pantas ia dianggap sebagai syiah, walhal Nabi SAW tegas menyatakan dalam riwayat yang sahih, ajarkanlah anak-anakmu tiga perkara, 1. mencintaiku 2 mencintai ahlil baitku 3. membaca al quran

Sikap suka melabel manusia yg kelihatan tidak sealiran tanpa ilmu yang kukuh boleh membinasakan ummah suatu ketika nanti. Tidak salah berbeza pandangan dalam perkara furu' selagi tidak membawa kepada perkara pokok..

Melabel tanpa ilmu adalah lebih merbahaya dan membawa kepada perpecahan dan persengketaan. Masyarakat umum yang kerap terdedah kepada keseronokan melabel manusia yang mula mematuhi agama dengan labelling ini perlu menghentikan tindakan mereka dengan kadar segera..

Labelling ini bukan seqadar kepada kefahaman agama sahaja. Trend yang juga sudah lama menular dalam masyarakat yang berpaksikan keris ini ialah mula syak kepada individu yang bercakap tentang agama, berpakaian mengikut kehendak agama, bertindak mengikut lunas agama, mula menegur orang lain atas dasar agama, sebagai pengikut ataupun ahli ataupun sekurang-kurangnya condong kepada parti pembangkang. Ini merupakan modal terbesar untuk pemilik kilang-kilang fitnah bagi meningkatkan lagi produk mereka dengan mensasarkan golongan yang baik, kalaupun bukan yang terbaik untuk masuk ke dalam jerangkap fitnah mereka, demi untuk mendapat sedikit habuan setidak-tidaknya berupa keharuman nama, ataupun mungkin diangkat ke jawatan tertentu dalam parti.

Sudah terlalu ramai yang telah menjadi mangsa. Apabila si mangsa telah berjaya sekurang-kurangnya ditukar ke jabatan lain, ataupun tidak berpeluang untuk naik pangkat dan sebagainya, kilang fitnah ini akan mengaut keuntungan yang sangat besar ...

Walahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol