Masih Ramai Belum Daftar Mengundi
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi amat memerlukan sokongan daripada warga negara yang berbentuk pembuangan kertas undi setiap kali diadakan pilihanraya. Pemerintah yang berdiri di atas gagasan demokrasi ciptaan barat ini tidak mampu menjadi penguasa yang mempunyai autoriti penuh sekiranya undi untuk dirinya, atau parti yang diketuainya gagal memeperoleh majoriti 2/3 daripada keseluruhan kerusi yang berada di parlimen.
Baru-baru ini SPR melalui lidah pengerusinya memaklumkan bahawa masih ramai melayu (bangsa terbesar mendiami wilayah Malaysia) belum mendaftar sebagai pengundi yang sah. Ini bermakna, orang Melayu yang sejak penubuhan persekutuan tanah melayu telah menguasai politik negara berkemungkinan akan menjadi penyebab kepada jatuhnya kekuasaan bangsa mereka di parlimen...
Jika dilihat sejak mutakhir ini, pertembungan diantara sesama melayu menjadi semakin meruncing dalam arena politik negara. Orang-orang melayu kelihatan tidak mampu untuk duduk semeja membincangkan kesatuan ummah bagi meneruskan survival kuasa mereka di peringkat politik negara. Parti politik melayu semakin bercambah dan bertambah kuantitinya, bukan semakin membesar pengikutnya. Kalau sebelum ini, parti melayu yang masih mampu bertahan sejak merdeka, hanyalah Parti berasaskan Islam dan Parti berasaskan kebangsaan Melayu, manakala parti melayu lain terus 'melayu' kan ahli serta namanya, mutakhir ini, parti melayu mula muncul kembali bagai cendawan selepas hujan. Bermula dengan kebangkitan parti Keadilan, dan kemudian parti KITA, juga NGO (yang kelihatan condong kepada politik) seperti PERKASA dan kini gerakan NGO baru di bawah pimpinan mantan salah seorang panglima jihad Parti berasaskan Islam mula muncul dipersada..
Tapi sayang, kenyataannya, melayu kelihatan masih belum memahami politik demokrasi dengan sempurna. Melayu yang cuba mendominasi politik dalam Keadilan contohnya, mula mempamerkan wajah politik baru dengan memperkenalkan demonstrasi jalanan dan turut dipersetujui oleh sahabat Parti berasaskan Islam serta pembangkang non-melayu.
Soalnya, mengapa demonstrasi? Mengapa tidak seqadar memangkah kertas undi? Adakah agama yang dianuti oleh Melayu ini menghalalkan demonstrasi jalanan dan menolak kertas undi? Atau adakah mereka ini melihat bahawa kertas undi tidak mampu memberikan impak berskala besar dalam peta politik tanah air?
Adakah agama kita menghalalkan tindakan membangkang pemerintah sedia ada? Adakah dibolehkan untuk mana-mana rakyat yang tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan untuk menumbangkan kerajaan sedia ada? Adapun mengikut lunas demokrasi, sememangnya diperbolehkan . Bagaimana pula dengan hadis-hadis berikut :
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Pemimpin pilihan di antara kamu semua ialah orang-orang yang kamu cintai (suka), mereka juga mencintai kamu. Kamu semua mendoakan mereka untuk kebaikan begitu juga mereka mendoakan untuk kebaikan kamu. Adapun pemimpin-pemimpin yang jahat di kalangan kamu ialah orang-orang yang kamu benci mereka, dan mereka pun benci kepada kamu. Kamu melaknat mereka dan mereka juga melaknat kamu. Auf bin Malik bertanya kepada Rasulullah, “Apakah kita tidak boleh menentang mereka? Sabda baginda,”Jangan menentang mereka selama mereka masih mendirikan sembahyang di kalangan kamu.”
Riwayat Muslim
Ibnu Abbas r.a menerangkan, bahawasanya Nabi SAW bersabda:Sesiapa yang tidak menyenangi kepala pemerintahannya hendaklah ia bersabar kerana sesungguhnya orang yang keluar dari mentaati pemerintahan nescaya dia mati sebagaimana mati di masa jahiliyah. (Bukhari & Muslim)
"Akan datang selepas peninggalanku nanti, para pemimpin yang tidak mengikut pentunjukku, tidak mengikut sunnahku dan panduan sunnahku. Akan muncul pula di kalangan kamu orang-orang yang hatinya adalah hati syaitan (manusia berhati syaitan). Aku (Huzaifah) bertanya : Apakah yang harus aku lakukan jika aku menemuinya? Baginda bersabda: Hendaklah kamu mendengar dan taat kepada pemimpin walaupun dia memukul punggungmu dan merampas harta benda mu"*
*Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
"Dari Wail radiallahu 'anha berkata : Kami bertanya: Wahai Wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu jika kami mempunyai pemimpin yang menahan hak kami dan meminta hak kami? Baginda menjawab : (Sewajarnya kamu) sentiasa mendengar dan mentaati mereka kerana hanyalah atas mereka kerjakan dan atas kamu kerjakan" *
*H/R Muslim 1846.
Jelas sekali bahawa tiga hadis dari lidah junjungan mulia SAW tidak memberi kebenaran kepada umatnya untuk menentang pemerintah muslim, selagi mereka masih solat, meskipun pemerintah melakukan kezaliman seperti memukul (menyalahi hak-hak kemanusiaan?) bahkan merampas harta, asalkan masih muslim dan masih melaksanakan solat.
Adakah pemerintah sedia ada masih muslim? Jawapannya ya
Apakah pemerintah sedia ada menunaikan solat? Adakah pemerintah sedia ada menghalang manusia dari solat?
Kita melihat suara azan setiap lima awaktu masih dibenarkan untuk dikumandangkan. Pelaksanaan Islam masih diberi kebenaran .. tiada umat yang dipukul atau ditahan kerana hadir melaksanakan solat jamaah. Belum pernah kedengaran pemerintah melarang melaksanakan puasa Ramadhan seperti yang berlaku di salah sebuah negara benua afrika suatu ketika dahulu..
Nah jelas sekali bahawa menentang pemerintah muslim meskipun mereka itu melakukan kezaliman terhadap rakyat, adalah dilarang selagimana mereka itu melakukan solat. Jadi atas dasar apa dan mengapa kita kini bangun menentang pemerintah? Kezaliman apakah yang lebih besar dari menghalang warganya beragama? Adakah pemerintah sekarang menghalang kita dari melaksanakan agamaNya?
Pembaca boleh menilai sendiri. selagi mana kebebasan beragama masih diberikan, selagi mana solat boleh dilaksanakan, ketaatan kepada pemerintah adalah hak yang perlu diberikan. Jangan kita terikut-ikut resam dan rentak saudara2 kita kaum syiah yang berjaya menolak kerajaan Shah Iran yang telah kita tahu bahawa Shah telah mengharamkan pelaksanaan Islam sebagaimana turki di bawah kamal laknatullah alaih. Mereka ada alasan kukuh untuk itu. Jangan pula kita terikut rentak saudara2 syiah kita yang ghulat hingga sanggup menjatuhkan saddam di Iraq dengan menyokong kuasa asing... mereka menjatuhkan saddam atas sentimen mazhab. Tidakkah kita pernah membaca sejarah kejatuhan Baghdad di tangan hulagu yang mana sebahagian tenteranya adalah muslim syiah, bersama kepimpinan at tusi?
Kalaupun kita merasa jijik dengan pemerintah muslim yang ada, gunakanlah saluran yang sebenar dan betul, jalan demokrasi yang memebolehkan kita memberikan undi kepada yang lain. Dek kerana sistem yang diatur sudah sebegitu dan ulama di negara ini majoritinya memberikan lampu hijau, baik dari pemerintah mahupun sisi kiri, maka terjemahkan baiah anda melalui peti undi...segeralah mendaftar sebagai pengundi..jangan sekali mendaftar sebagai pasukan perhimpunan tunjuk perasaan tanpa permit...anda mungkin mati bukan sebagai syuhada...tetapi sebagai bughat...wallahu a'lam
Ulasan