Maulid Rasul 1433
Ustaz Zulkifli Al Bakri dalam segmen ad daurah pada Jumaat 3 Feb 2012 di radio IKIM menyatakan bahawa ada ulama yang memberikan pandangan bahawa junjungan mulia Rasulullah SAW diputerakan pada Isnin 9 Rabiul Awwal tahun gajah.
Setiap tahun kita akan menyambut acara maulid secara rasmi pada 12 Rabiul Awwal tahun hijriah. Sambutan akan dibuat dan disambut oleh semua golongan masyarakat dari pimpinan negara hinggalah kepada petani dan pesawah.
Namun kita sebenarnya perlu bertanya kepada diri sendiri...Adakah benar kita menyambut maulid kerana kita cintakan Nabi SAW? Atau adakah kita menyambutnya dengan bercuti panjang (berkebetulan cuti tahun ini hingga mencecah empat hari) seqadar kerana ianya telah diwartakan maka kita pun mengambil kesempatan cuti itu tanpa sedikit pun terasa di hati untuk menzahirkan cinta kepada junjungan?
Atau adakah kita yang sanggup berarak sejak awal pagi, mungkin kerana dipaksa oleh majikan, ada sedikit atau sekelumit rasa cinta terhadap Nabi SAW untuk meraikan hari keputeraannya ini?
Jika sekiranya kita langsung tidak mahu memikirkan mengenai perjuangan Nabi SAW, langsung tidak mahu mendengar kisah-kisah kemuliaan Nabi SAW, tetapi kita masih turut bercuti pada hari keputeraannya, kita sepatutnya merasa malu kepada junjungan..
Adakah kita sudah berusaha sedaya upaya menghidupkan segala sunnah baginda dalam kehidupan kita sejak sambutan maulid 1432 hingga 1433? Berbaloikah jamuan berupa baryani kambing dan air soda serta bayaran kepada penceramah tersohor yang dikeluarkan dari tabungan masjid qaryah kita setiap tahun ? Adakah impak berskala besar mampu berlaku dalam diri anak-anak qaryah sepanjang tahun hasil daripada jamuan, perarakan dan ceramah perdana yang telah dilaksanakan?
Amat jarang di antara kita yang mampu melakukan post mortem terhadap acara majlis sambutan maulid saban tahun. Kita seolah-olah telah terikat dan menjadi satu acara tahunan wajib untuk mengeluarkan perbelanjaan tanpa batas hasil tabungan derma serta jariah anak-anak qaryah semata-mata dengan mempergunakan nama Nabi SAW bagi menghalalkan tindakan kita, kununnya bagi memperingati dan mencintai baginda SAW...
Tetapi dalam masa yang sama, kezaliman terus berleluasa, budaya riba, arak dan zina semakin bercambah, pergaulan bebas menjadi seperti biasa sahaja, anak-anak semakin liar dengan ibu bapa, institusi kekeluargaan semakin pudar dan ranap, serta perlabagi masalah sosial menjadi semakin meningkat, sedangkan kita masih lagi meraikan maulid, awal muharram, musabaqah al quran dan ribuan program berbau keagamaan namun kebejatan semakin menjadi-jadi...jadi adakah kita bersalah?
Adakah AJK masjid yang menganjurkan program maulid itu bersalah?
Adakah anak-anak qaryah yang seronok hadir majlis maulid bersalah?
Adakah bacaan rawi yang dibuat di surau dan masjid itu salah?
Adakah acara rasmi di peringkat nugara itu salah?
Apalah gunanya kita mencari kesalahan. Mari kita pakat ramai-ramai perbetulkan. PErbetulkan niat sambutan maulid kita. Perbetulkan niat kita berkumpul beramai-ramai membaca rawi.
Kemudian kaedah sambutan juga kita perkemaskan. Janganlah kita membudayakan sambutan memeperingati Nabi SAW kita samakan dengan sambutan hari ibu dan hari bapa, atau kita samakan dengan sambutan kemerdekaan. Di pihak pemerintah kini, apabila tiba bulan kemerdekaan, mereka sudah mula melakukan atau menganjurkan pelbagai acara untuk memeriahkan serta menyemarakkan sambutan dan ingatan rakyat terhadap kemerdekaan. Sambutan selama sebulan itu diisi dengan pelbagai acara, daripada kibaran bendera, pertandingan nyanyian lagu patriotik, menulis puisi, mendeklamasi dan sebagainya. Semuanya bertujuan agar rakyat kenal serta sedar akan kemerdekaan serta tahu siapa sebenarnya yang memeperjuangkan merdeka.
Hasilnya,. rakyat semakin sedar dan semakin faham erti serta nilai kemerdekaan, atau sekurang-kurangnya rakyat tahu bilakah tarikh kemerdekaan dan siapakah bapa kemerdekaan. Bukan seperti 10 tahun lepas dimana masih ramai yang kurang kesedaran mengenai kemerdekaan, hatta bila ditanya, tidak ramai yang tahu tarikh sebenar, serta lebih malang lagi, ada yang tidak kenal akan bapa kemerdekaan..
Andai kata majlis maulid dilaksanakan selama sebulan, dengan tema bulan kelahiran junjungan, dengan pelbagai program islami, konsert islami, nyanyian islami, corong-corong media senantiasa memutarkan lagu-lagu serta kisah mengenai nabi SAW, filem islami dan sebagainya senantiasa merajai peti televisyen dan radio, Insya Allah menusia akan kembali jinak dan merindui jejak junjungan dan akhirnya terus jatuh cinta dengan susuk tubuh baginda SAW.
Maka jika kita benar-benar cinta rasul, maka kita akan bersungguh-sungguh untuk menjayakan program2 seumpama ini. Namun jika kita hanya berpura-pura cintakan Rasul SAW, maka acara sambutan kita apabila datangnya maulid ar rasul, adalah sama seperti tahun-tahun sebelumnya...berarak..baca rawi..makan...minum..sendawa..dan ketawa mendengar kisah sang penceramah, kemudian pulang ke rumah dan terus melupakan junjungan. Tahun berikutnya, jika ada umur disambut lagi, dikumpulkan lagi kutipan wang dari anak-anak qaryah, dijemput mana-mana penceramah tersohor di mata AJK dan kemudian diulang tayang semula apa yang dilakukan pada tahun-tahun sebelumnya...
Maka janganlah kita cepat melenting apabila ada golongan yang membidaahkan acara sambutan maulid tahunan kita, kerana cara dan kaedah sambutan bukan hendak menunjukkan kecintaan sebenar kita..tetapi lebih bersifat pura-pura atas seqadar melepas batuk di tangga...
Kita terlalu obses dengan sambutan besar-besaran dengan belanja yang mahal, kununnya atas alasan bergembira pada hari sambutan kelahiran nabi akan mendatangkan pahala berganda. Dalam sejarah, manusia paling gembira akan kelahiran junjungan adalah bapa saudaranya abu jahl dengan membuat jamuan besar di makkah pabila terdengar akan kelahirannya, namun selepas kerasulan siapa pula yang paling kuat menentangnya?
Janganlah kita pula nanti menjadi seperti beliau. Gembira akan kelahirannya namun amat benci dan menentang segala sunnah dan perlakuannya...
Kalaulah Nabi SAW ada di kalangan kita sekarang, adakah nabi SAW akan menyukai cara kita meraikan hari kelahirannya?
Wallahu a'lam..
Ulasan