Zina sudah menjadi agenda utama bangsa ini?



Pergaulan bebas boleh diertikan sebagai pergaulan di antara dua jantina yang tiada sebarang ikatan yang sah di sisi agama, sama ada ikatan perkahwinan, ikatan persaudaraan disebabkan oleh persusuan atau anak-anak kandung, tanpa batasan. Definisi yang amat meluas boleh dibuat atas dua frasa kata ini yang mana ianya mungkin boleh dimanipulasi oleh sesetengah golongan yang sememangnya amat senang dengan pergaulan ini.

Bukanlah bermakna pergaulan bebas jika sekiranya sekelompok muda mudi berada di dalam kelas untuk memepelajari ilmu dalam keadaan penuh beradab, menutup aurat dan sopan, tetapi apabila mereka mula berbual kosong, duduk berhampiran dan bergurau pada perkara-perkara sia-sia yang mungkin boleh merangsang keinginan, maka ianya boleh dikategorikan sebagai pergaulan bebas yang ada bibit-bibit ke arah cinta bertunjangkan syahwat hingga boleh mengelincirkannya kedua-dua manusia berlainan jantina ini ke arah zina jika tidak terkawal.

Namun, manusia yang hidup dalam zaman pra-kekhalifahan al mahdi ini melihat bahawa berdua-duaan antara sepasang kekasih di meja makan dikhalayak umum dianggap biasa dan tidak bersalah, meskipun mereka duduk rapat dan kadangkala berpelukan dan sentuh menyentuh.

Sebagai contoh, di sebuah kedai makan, kelihatan tiga pasangan. Sepasang duduk berhimpt dengan empat gelas minuman (menunjukkan masa mereka berada di situ agak lama), kadangkala, si lelaki jongos itu merangkul tengkuk sang gadis yang kelihatan berwajah baik, tetapi tidak ditolak atau terdapat sebarang reaksi tidak suka terhadap perlakuan si jongos itu, bahkan hanya ketawa keghairahan.

Sepasang lagi kekasih, juga duduk rapat, dengan sang lelaki jongos mengadap ke tepi sang gadis dengan wajah yang rapat sekali, sambil memegang HP yang menayangkan sesuatu, mungkin kononnya untuk berkongsi menonton tayangan di HP tersebut.

Cuma satu lagi pasangan kelihatan agak sopan. Duduk seperti biasa orang yang bernawaitu untuk makan, tanpa berpegangan atau bersentuhan, tanpa bercakap menyulam kasih. Ada kemungkinan pasangan ini telah berkahwin..

Nah, ini adalah fenomena sekarang. Masyarakt di sekeliling langsung tidak ambil endah. Mungkin mereka menganggap itu perkara biasa sahaja. Selagi dia tidak berzina dekat meja kedai makan ini, selagi tulah kita biarkan...Jadi bagaimana dengan tegahan Allah dalam surah al isra',"Jangan kamu dekati zina?" adakah kita telah beranggapan bahawa ianya telah menjadi ayat mansukh? Mahaguru mana pula yang berani berfatwa begitu ??

Begitu juga di sebuah stall burger, sepasang kekasih datang berpegangan tangan sambil memesan burger, tanpa ada sekelumit rasa silu pada pelanggan lain yang ada dikalangan itu lebai kampung dan sebagainya. Tok lebai mengerling tajam pun dia buat endah tak endah. Apa yang nko nak sibuk bai? Nanti pandai la aku jawap depan Tuhan, agaknya begitulah yang digetuskan oleh syaitan dalam hati muda mudi tersebut. Si gadis bertudung litup tapi berseluar ketat.. kemudiannya duduk menunggu pesanan siap sambil si gadis meletakkan tangan di atas bahu perjaka jongos sambil memandang ke mata sang kekasih...sungguh menjelikkan!!

Betapa kita ini semakin jauh dan berani pula hendak melawan Tuhan? Dimana fungsi polis agama ? Apakah alasan anggota yang sedikit boleh dibawa di hadapan Allah kelak? Bila pihak berkuasa agama hendak serius melawan anasir zina? Apakah tidak boleh dilantik gerakan sukarelawan cegah zina di peringkat qaryah? Penulis yakin pasti ramai yang sanggup ke hadapan...

Badan-badan dakwah NGO sememangnya ramai tetapi kebanyakkan sibuk hendak berpolitik dan mengejar kerusi pemerintah, hingga langsung terlupa tugas-tugas yang dianggap kecil ini. Satu lagi golongan cukup berani mengajak manusia dari rumah ke rumah tetapi kelihatan kurang berani pula bertemu dengan golongan muda yang asyik dengan agenda cengkerama di merata lokasi, terang mahupun gelap...

Tidakkah kita dapat menginsafi betapa semakin ramai bayi yang tidak berdosa dibuang begitu sahaja setiap hari? Peranan media hanya menimbulkan isu tersebut sekali sekala sahaja yang dilihat hanya untuk menyokong penubuhan sekolah mengandung. Apabila sekolah anak-anak mengandung telah dirasmikan, kisah pembunuhan kejam bayi tidak berdosa terus hilang dari sajian media.

Virus zina ini terus menyerang anak muda kita tanpa mengira sama ada mereka itu berada di sekolah, universiti, sektor pekerjaan, pengangguran dan sebagainya. Kenapa ianya semakin menjadi-jadi?

Banyak aspek yang mendorong ke arah ini. Jika kita toleh kiri toleh kanan kita pasti akan dapat jawapannya....

Media sebenarnya memainkan peranan yang sangat besar untuk merangsang muda mudi mendekati zina. Lihat sahaja filem dan drama yang ditayangkan sama ada berbentuk kebangsaan mahupun antarabangsa. Kesemuanya pasti akan diselitkan dengan unsur pergaulan bebas lelaki dan perempuan, tanpa kecuali. Maka anak-anak kita sedari kecil telah didoktrinkan agar mesti mencari pasangan hidup sendiri tanpa perlu merujuk kepada orang tua, dan apabila diketahui boleh melarikan diri...pergaulan bebas kadangkala dibenarkan jika dilihat di dalam filem, bahkan dipertontonkan juga bahawa ibu bapa memberikan kebenaran untuk anak keluar bersama kekasih hati...

Pihak pentadbiran sekolah juga sepatutnya memberikan kekangan dan garis panduan yang jelas dalam perhubungan pelajar di sekolah. Sebarang aktiviti seharusnya dipisahkan di antara kedua jenis manusia ini agar mereka tidak terlalu berhampiran. Mari kita lihat apa tulisan mereka di FB bagi anak-anak sekolah yang sudah punya kekasih. Mereka berani meletakkan status mereka sebagai maried apa sudah punya kekasih yang steady...apakah ertinya itu? Kemudian berani pula meletakkan gambar-gambar mereka berdua dalam keadaan bergurau senda, bersentuhan bagai pasangan suami isteri?

Apakah guru-guru tidak perasan? Kadang-kadang guru juga tahu dan kadang-kadang guru pula menggalakkan secara tidak langsung...Wah, siapa yang akan menjawab di hadapan Tuhan kelak?

Eh..bagaimana kami guru-guru dituduh begitu? Itu bukan tuduhan...Apabila anak-anak pelajar kita ini disuruh membuat persembahan berbentuk tarian dengan memadankan dua jantina, bahkan lebih teruk jika sang gadis tidak dilarang dari membuka aurat..? Apakah guru tidak bersalah jika pada acar sukan, melarang pelajar perempuan dari menutup aurat, atau melarang pelajar lelaki memakai trak suit panjang?

Pihak pemerintah juga sebenarnya perlu lebih bertegas melaksanakan undang-undang. kalau hanya seqadar ulama, lebai dan ustaz bahkan mufti sahaja yang seqadar bercakap di majlis maulid, di kuliah agama yang tersebar di internet dan FB, kenyataan di muka surat akhbar, kalaupun ulama-ulama ini diberi peluang bercakap setiap hari di televisyen sekalipun, tetapi pelaksanaan dan penguatkuasaan undang-undang pencegahan langsung tidak pernah dilaksanakan oleh pemerintah, atau tidak serius dilaksanakan, maka zina tetap akan menjadi tulang belakang kekuatan pemuda pemudi kita.

Kalau media hanya seqadar memaparkan bayi yang mati dibunuh setiap pagi dan petang, tetapi masih menayangkan filem berunsur cinta, menganjurkan konsert dan juga aktiviti yang bercampur antara dua jantina, tiada gunanya bahkan dilihat seolah-olah cuba mencabar kuasa Tuhan.

Bagaimana pula dengan penguatkuasaan di kampung-kampung dan qaryah? Bagaimana pula halnya dengan JK Masjid/surau? Adakah tugas mereka hanya seqadar memakmurkan masjid dan surau dengan aktiviti rutin, seperti solat, kuliah, serta makan-makan setiap malam Jumaat? Bagaimana dengan tugas-tugas anti mungkar ? Adakah hanya mengharapkan dua tiga kerat penguatkuasa agama semata-mata untuk mengawal ribuan umat Islam? Adakah mereka tidak mampu hanya untuk menghentikan anak-anak muda dari terus bermain bola di padang berhampiran bangunan masjid pada waktu Maghrib? Maka bagaimana pula hendak mengharapkan mereka mampu mencegah lagak-lagak hero zina di kampung-kampung?






Adakah penghulu dan ketua kampung, JKKK kampung, pergerakan parti yang menguasai hampir dua pertiga wilayah semenanjung emas ini tidak mampu berbuat tindakan pencegahan? Kita perchaya bahawa telah banyak aktiviti amal ma'ruf yang mampu dilakukan. Sambutan maulid misalnya, peringkat surau, kemudian peringkat masjid, kemudian peringkat kampung, kemudian peringkat muqim, hatta ke peringkat daerah saban tahun dilaksanakan...tapi mengapa aktiviti zina masih berleluasa?

kita tidak pernah sekali pun membuat bedah siasat atau 'post mortem' terhadap aktiviti aml ma'ruf yang telah dilaksanakan. Pernahkan JKKK membuat tinjauan berapa ramai yang telah kembali menunaikan solat hasil sambutan maulid atau sambutan isra'mi'raj yang telah berjaya di adakan di masjid-masjid dan surau kampung pada tahun 1432 yang lepas? Pernahkan JK masjid dan durau membuat tinjauan apakah hasil program tahlil dan kuliah setiap minggu mampu mengurangkan kadar jenayah zina di kalangan anak-anak qaryah?

Penulis melihat pokok utama untuk mencegah kejadian zina dari berulang ialah dengan menggunakan kuasa. Benarlah sabdaan Junjungan SAW, jika kamu melihat maksiat/keburukan/kerosakan, maka cegahlah dengan tanganmu (kuasa), jika kamu lemah maka cegahlah dengan lisanmu, jika kamu masih lemah maka bencilah dalam hatimu, dan itu adalah selemah-lemah iman...

Nah...jika seqadar benci dikatakan selemah-lemah iman, nanti apabila sudah terbiasa dilihat perlakuan sumbang, pegang tangan bukan mahram , berlaga hidung dan sebagainya, dilihat biasa dan tanpa rasa benci, sudah barang pasti petanda hilangnya iman kita...

Oleh tu kepada yang berkuasa kini, gunakanlah tanganmu untuk mencegah dengan qadar segera sebelum terlewat ..Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol