Kahang pembuka tirai perjuangan

17 Feb 2012 - untuk pertama kalinya bagi tahun ini, kami dijemput untuk menabur bakti PINTAR di SK Kahang batu 28, yang terletak kira-kira 40 km dari bandar Kluang dan 50km dari bandar Mersing..

Penulis pada pagi hari Jumaat menyertai perarakan maulid peringkat organisasi. Ketika jam 11.30 am, penulis bergerak ke Kluang dan menyelesaikan beberapa urusan.

Penulis menunggu ketibaan tuan guru dan PH sekitar jam 3.00 petang. Perjalanan yang agak lancar dengan suasana panas terik akhirnya kami tiba sekitar jam 4.00 petang.

Peserta telah menjalani taklimat dan sedang praktis lagu tema program. Menjelang Asr, kami solat bersama peserta dengan imam TG.

Usai solat, ice breaking mengambil tempat. Penulis membantu PH untuk membuat penjajaran awal route kembara. Sekitar jam 6, bergerak semula ke dewan aktiviti untuk membuat persiapan bagi dinamika kumpulan menjelang malam nanti.

Solat maghrib dimamkan oleh penulis dan tazkirah oleh salah seorang ulama muda yang bertiga.

Usai Isya', aktiviti dinamika kumpulan oleh penulis. Peserta diminta mencipta logo, bendera, moto, tag line, lagu dan etika dalam masa 15 minit dan kemudian membuat pembentangan.

Tujuh kumpulan yang membentang...Nama kumpulan dihasilkan dari bulan-bulan Islam.

Menjelang jam 11.00 malam ahlil akhyar muncul di rumah penginapan. Rumah penginapan boleh dianggap yang paling selesa sepanjang penulis terlibat dengan aktiviti kumpulan ini yang melibatkan lokasi di sekolah.

Qiyam bermula sekitar jam 5.00 pagi dipimpin oleh ahlil akhyar. Kembara yang merupakan aktiviti kemuncak bermula jam 9.00 pagi. Kali ini peserta dibawa dengan kenderaan ke tapak pelepasan.

Penulis menjadi penunggu di CP I...dimana peserta selepas melalui laluan air akan naik dan bertemu penulis. Mereka akan menulis mengenai biodata diri di sini.

Menjelang jam 14.30, kumpulan akhir dilepaskan dari CP I. Penulis mendapatkan kenderaan rasmi dan bergerak pulang ke base camp. Dek kerana masih belum solat, segera solat dan kemudian berbaring sebentar dan akhirnya tertidur. Menjelang Asr, PH telah kembali mengejutkan dari mimpi ..

Pengisian waktu selepas asr ialah refleksi hutan...

Kuliah Maghrib dibawa secara marathon antara ahlil akhyar, ulama muda dan ustaz H. Sungguh menarik bukan?

Acara tangisan yang menjadi subjek core berjaya membuatkan majoriti khayalak menangis insaf...

Kuliah subuh oleh penulis bagi mengisi senggang waktu sementara menanti kehadiran PM. Menjelang jam 7 pagi, PM muncul bersama kenderaan di halaman dewan. Program berjalan sekitar satu jam, diikuti oleh Jati Diri hingga menjelang waktu penutupan...

Kaedah pendisplinan agak sangat longgar pada kali ini. Ini membawa petunjuk bahawa tahap pemakaian dan penguatkuasaan disiplin di kalangan peserta akan terus berada di tahap linean...

wallahu a'lam










Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol