Jalan-jalan di ulu tiram



2 Mac 2012 perjalanan untuk menabur budi kali kedua dalam tahun ini selepas menikmati kedinginan hutan di kahang. Kali ini ianya bermula seawal jam 8.00 pagi. Dengan hanya menaiki bas mini yang agak perlahan, kami bergerak dan singgah sarapan di gerai bersebelahan petronas.

Kami tiba di kawasan kem sekitar jam 11.00 pagi. Membuat sedikit persiapan, lawatan tapak dan sebagainya.Kelihatan wujud peserta dari kumpulan lain. Bagaimana dua kumpulan boleh melaksanakan aktiviti di lokasi yang sama?

Keadaan kem adalah agak kurang kondusif. Suasana kampung yang cuba diwujudkan oleh pemilik agak kurang kemas. Ianya pada pandangan penulis sesuai untuk perkumpulan suluk kaum sufi...

Menjelang Jumaat, kami bergerak untuk makan tengahari dan kemudiannya bergerak ke masjid berhampiran. Bangunan masjid mengingatkan kami kepada bumi parit jawa yang pernah dilaksanakan program beberapa bulan sebelum ini.

Sekitar jam 3.00 peserta tiba di kawasan tapak. Taklimat ayahanda memakan masa sekitar 30 minit. Kemudian nyanyian pertama yang sepatutnya mendatangkan semangat. Tetapi suara agak perlahan berbanding kumpulan di Kahang dua minggu sebelumnya ..
Penyerahan barang berharga dan juga spot check beg pakaian untuk mengelakkan daripada wujudnya rokok dan sebagainya ..

Acara pertama bermula dengan ice breaking kelolaan Mr D. Rantai nama dan bonggo-bonggo mengisi slot pertama. Ini diikuti oleh slot dinamika kumpulan. Walau bagaimanapun, fasi tidak diberikan kumpulan dan terpaksa mencari-cari kumpulan yang sesuai. Ini mengakibatkan peranan fasi untuk mendekati dan menyelami jiwa peserta dalam sesi taaruf agak terhad dan terbantut!

Makan malam membuka tirai makanan berat di meja makan. Hidangan adalah biasa sahaja tanpa ada extra makanan.

Acara diteruskan usai solat maghrib dengan kuliah hikmah solat. Kemudian peserta diminta untuk mempersembahkan hasil kerja mereka berkaitan bendera, binaan, lagu, tag line dan sebagainya. Sebanyak tujuh kumpulan akan membentangkan hasil. Sebagaimana biasa, pembentangan yang dibuat akan menghasilkan lebih banyak persoalan daripada peserta lain. Selalunya pada awal-awal pembentangan, pertanyaan agak kurang diajukan hingga memaksa fasilitator menawarkan markah bonus untuk sesiapa yang mahu bertanya.
Namun apabila tiba pembentangan kumpulan ke tiga, pertanyaan mula bertalu-talu datang. Salah satu kumpulan yang membentangkan telah membangkitkan perasaan kurang senang sahabat PH. Setelah memberikan komen berapi, ahli kumpulan mula menangis dan mereka terpaksa rebranding kumpulan mereka. Ternyata hasil kumpulan tersebut dibuat sambil lewa.



Nama-nama kumpulan kali ini telah ditetapkan untuk memakai nama-nama sahabat Rasulullah SAW. Namun ada juga yang memakai nama sultan salahuddin.
Kesimpulan daripada sesi ini, kebanyakan peserta amat kurang pengetahuan mereka berkaitan sirah rasul dan juga sahabat baginda.

Peserta memulakan hari mereka seawal jam 5.00 pagi dengan acara qiyam yang dipimpin oleh TG. Usai subuh, kuliah oleh fadhilatus syekh berkaitan ahli syurga dan sifatnya. Mesyuarat kembara dibuat semasa minum pagi di tingkat bawah.

Menjelang jam 8.30, semua bersiap untuk memasuki kursus wajib lulus untuk program ini iaitu kembara. Penulis diamanahkan di CP akrab. Disini peserta dikehendaki mengenali secara detail mengenai ahli-ahli kumpulan. Penulis hanya duduk keseorangan di dalam kebun getah yang banyak nyamuk. Mujurlah penulis memakai pakaian berlengan panjang.
Hampir kesemua kumpulan gagal untuk memberikan taaruf ahli mereka secara detail, apalagi untuk mengingat nama fasilitator. Sebenarnya siapa sahaja yang menjadi peserta tentu gagal untuk ujian di CP ini. Mana mungkin kita boleh tahu nama ibu sahabat kita, pekerjaan bapanya, tarikh lahirnya, bilangan adik beradik dalam masa 1 malam sahaja? Cumanya ianya menjadi iktibar bahawa selaku muslim, adalah menjadi suatu kelebihan jika kita dapat mengenali dan mengetahui lebih dari seqadar nama ringkas sahabat kita...

Selesai di CP sekitar jam 2.15 petang. Makanan tengahari sampai sekitar jam 1. Penulis bergerak menujuk ke lokasi CP terakhir di tebing kolam. Sebagaimana biasa , peserta akan diminta merentasi air..

Kembara hanya berakhir sekitar jam 5.30 petang. Refleksi bermula jam 6.15 petang dengan tambahan acara pecah bangunan yang telah siap dibina. Reaksi peserta kebayakannya geram, marah dan rasa ingin memukul sang pecah rumah...
Kuliah maghrib oleh tuan haji Z diikuti oleh tangisan malam. Penulis, PH dan tuan haji keluar minum malam semasa acara tangisan berlangsung. Di gerai, pelbagai perkara dibincangkan.

Penulis dan PH pulang ke bilik dan haji meneruskan langkah ke medan tangisan.

Hari terakhir selepas subuh ialah riadah. Ada acara sukan dan juga bola melawan fasi. Ini juga acara baru menggantikan kanvas hikmah. Namun sebenarnya, kanvas hikmah adalah terbaek..

Kemudian ialah jati diri dan juga parenting. Hanya ada dua tiga keluarga sahaja yang boleh hadir. Sesuatu yang agak menarik di sini ialah kebanyakan peserta gagal menulis kalimah tauhid. Adus...!! Kembara akan datang patut ada CP yang membicarakan bab penulisan kalimah ini serta bacaan al quran..



Penutup kali ini agak panjang, bermula jam 12.30 hingga menjejak ke angka 2.30 petang. Acara tambahan semasa penutup ialah ucapan pelajar. Pengisian baru yang bagus namun pelajar pula membuat ucapan seolah pembentangan.Akhirnya selepas makan dan solat bergerak pulang ke pangkuan...

Program seumpama ini adalah seperti kilatan kilat di malam hitam pekat yang memeranjatkan manusia yang sedang lena, mengujakan yang sedang berehat .. Cumanya apakah ianya benar-benar membekas di dalam jiwa, atau seqadar hiasan hujan di tengah malam gelita ..bergantung kepada individu dan pemilihan dariNya .. wallahu a'lam


Memecahkan ais ...


Tunjuk ajarku sifoo..!!


Rama-rama putih sedang terbang menuju TuhanNya..


Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah keranaMu Tuhan sekelian alam....


Anak itik tok wi mandi dalam kolam..buat apa tu lagi..kena rendam kena selam..


Pecah mahligaiku...hancur hatiku...


Jangan dilupakan perjuangan suci ini...

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
wah siapa penulis ini???
cerita yang sangat2 menarik..
boleh buat novel..
tapi yang paling penting..
sangat2 seronok..fasi2 semua baik2..
harap kita orang semua berjumpa lagi..

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol