rupanya dah lapan tahun..?
Semasa perjalanan pulang dari kem tiram, menumpang kenderaan haji Z, penulis dan PH mendengar bual bicara antara ayahanda dan haji Z
"Rupanya dah lapan tahun program ni berjalan.."
"Ye ke.."
"Betul....saya mula ikut masa program di tasik mardi. Masa tu dengan kerjasama yayasan. Kem komandan pun dari kalangan mereka. Kemudahan tu tasik tersebut amat-amat daif. Aktiviti malam ialah berjalan di sekitar tasik mencari CP. Siang ada lagi kembara.."
Ya..masa itu penulis juga turut hadir sama. Peserta hanya tidur di dalam khemah. Berkongsi bilik air daif secara beramai-ramai. Fasi juga tidak seramai sekarang. Penulis tidak bermalam disitu memandangkan rumah penulis berhampiran sahaja.
Masih terkenang kembara yang dilaksanakan pada waktu itu. Merentas anak-anak sungai dan soalan di CP lebih berkisar mengenai pemantapan iman dan juga rukun islam.
Beberapa tahun berlalu. Kumpulan ini masih bergerak. Pimpinan kumpulan ini telah bertukar tangan. Beberapa proses perubahan dan islah telah dibuat. Kumpulan ini sekarang masih bergerak aktif di sekitar daerah Batu Pahat dan kluang.
Penginapan fasi kini bukan lagi di dalam khemah atau pondok tanpa dinding..Mereka telah boleh berbaring dengan agak selesa di penginapan fasi yang berhawa dingin. Sekurang-kurangnya tidur di lantai rumah guru yang tidak berpenghuni. Atau kadang-kadang melelapkan mata di kaki lima masjid.
Peserta juga tidak lagi tidur di dalam khemah. Paling teruk pun akan dapat bermalam di kelas-kelas di sekolah. Agak eksklusif juga jika dapat bermalam di hostel kem.
Permintaan boleh dilihat agak tinggi kini. Namun dek kerana kekangan kerja dan tugasan, ianya agak dihadkan. Mana mungkin fasi hendak melaksanakan semua program sepanjang hujung minggu?
Beberapa bentuk pembaharuan, pemurnian dan sesi muzakarah perlu diutamakan dalam kumpulan ini. Modul juga seharusnya diperbanyakkan. Lagi menarik jika semua fasi yang terlibat diberikan kursus TOT untuk pemantapan ...
Teringat kata-kata salah seorang fasilitator yang lebih senior, " Kita ini meneruskan perjuangan para Rasul dan Nabi (dalam menyampaikan kebaikan: Penulis) hidayah tetap dari Allah.." - membawa maksud bahawa fasilitator ini adalah manusia yang dipilih oleh Allah untuk meneruskan perjuangan suci para Nabi dan Rasul (seperti tugas-tugas dakwah) menyampaikan kebaikan kepada peserta yang juga terpilih. Hidayah untuk berubaha dalah terletak ditanganNya dan Dia akan memilih dari sejumlah peserta hati siapakah yang layak untuk menerimanya...
Inilah kata-kata hikmah yang membakar terus obor perjuangan ...
Ulasan