Ziarah malam
Sekitar jam 10.00 malam Ahad lepas, selepas pulang dari Ulu Tiram, tatkala hendak menjamah hidangan makan malam yang dimasak oleh yang tersayang, kedengaran suara seseorang memberi salam. Lampu di bahagian hadapan telahpun di offkan sebenarnya.
Maka penulis bersegera membuka pintu untuk melihat siapa yang datang. Oh, rupanya orang jamaah seramai tiga orang...maka lampu dibuka dan tetamu dipersilakan untuk masuk.
Jamaah masuk dan mula bercerita tentang kehidupan keluarga. Makanan disiapkan oleh isteri dan kemudian ceritera bertukar kepada kisah-kisah pengembaraan mereka.
Kisah pertama
Berkaitan kisah salah seorang jamaah dari Palestin yang mengaku pernah keluar bersama salah seorang mantan menteri kanan singapura. Mereka ini telah masuk ke baitulmaqdis disebabkan adanya hubungan di antara singapura dan israel. Maka dikhabarkan bahawa lelaki ini telah dikasari oleh zionis tatkala berada di al aqsa. Namun, tatkala ia terjatuh dan kad mantan menteri tiba-tiba terkeluar dari saku bajunya dan dilihat oleh tentera zionis yang mengkasarinya, dia terus mendapat layanan first class dan melalui terowong khas di bawah tanah menuju ke masjid al aqsa. Dikatakan bahawa pejuang yang melempar batu, menentang zionis adalah golongan yang kurang agamanya, manakal muslim yang wara' dan menjaga solat sangat dihormati oleh zionis dan mereka cuba berlemah lembut dengan golongan ini kerana dinasihatkan olah rabbi mereka agar jangan sekali-kali berbuat demikian terhadap golongan ini..
Kisah kedua
Mengenai seorang maulana mereka yang keluar ke salah sebuah masjid. Maulana ini ada mendengar kisah seorang gengster di kawasan tersebut. Maka maulana merasa ingin untuk bertemu dan mengajaknya ke jalan Allah. Tatkala maulana menziarahi rumahnya, maka keluarlah ibunya sambil mengatakan bahawa anaknya sibuk dan tidak dapat bertemu maulana. Maulana mengatakan bahawa dia hanya mahu menjadikan anaknya selaku anak angkat beliau hanya selama tiga hari sahaja. Setelah berdialog ringkas, maka lelaki yang dimaksudkan pun keluar dan mengatakan bahawa kali ini beliau sibuk dan berjanji akan memenuhi kehendakl maulana tersebut pada kesempatan yang lain.
Maulana tidak berputus asa lantas datang lagi pada hari yang lain. Akhirnya lelaki tersebut bersetuju dengan syarat hanya tiga hari dan boleh membawa beklan arak bersama. Maulana bersetuju dan mereka pun bergerak ke masjid.
Maulana pula memberikan syarat bahawa jika hendak minum arak, maka pergilah ke tandas. Maka lelaki tersebut dilayan dengan baik diberi makanan dan sebagainya sambil mendengar ta'alim maulana. Lelaki itu masih sanggup ke tandas untuk menogok arak dan maulana membiarkan sahaja..
Masuk hari ke tiga, pada malam yang hening, maulana terdengar suara tangisan yang sayu. Setelah diselediki, rupanya suara tersebut datang dari loteng masjid. Tatkala dilihat, maka lelaki tersebut sedang sujud dan menangis. Maulana cuba mengamati kata-kata syahdi diantara tangisan dan didapati lelaki itu merayu pengampunan dari Allah!!
Beberapa tahun kemudian, tatakala maulana tersebut kembali ke masjid di pekan itu, kelihatan seorang lelaki yang berjambang dan memakai penutup kepala berada di dalam masjid. Lelaki berjambang itu dengan wajah gembira segera memeluk maulana dan berkata, "tidakkah tuan mengenali saya?" Maulana yang kehairanan tidak dapat mengenal lelaki itu. Lantas lelaki itu berkata, "Sayalah yang tuan ajak ke masjid selama tiga tahun beberapa tahun lepas..kini saya telah bertaubat.."
Kisah ketiga,
Seorang pemandu TUTUT di India akan keluar tiga hari ke jalan Allah setiap bulan dan akan memandu sehari sebulan tanpa meminta sebarang upah sebagai wakaf.
Satu hari, dimana beliau telah keluar bersama TUTUT dengan niat mewakafkan tenaganya, beliau telah ditemui oleh seseorang yang mahu meminta khidmatnya mengambil ibunya dan menghantar ke hospital dan kemudian kembali ke rumah. Beliau berjanji akan membayar.
Maka lelaki TUTUT pun bergerak ke rumah lelaki ini, mengambil ibunya dan menghantar ke hospital untuk peemriksaan rutin. Beliau kemudian bergerak ke kantin membelikan makanan dan memberi kepada ibu tersebut. Membuat bayaran kos perubatan dan kemudian menghantar ibu itu pulang menjelang petang. Anak ibu tersebut menemui pemandu TUTU untuk menjelaskan bayaran. Lelaki TUTUT hanya tersenyum dan mengatakn, "Hari ini saya tidak mahu menerima sebarang bayaran atas perkhidmatan yang diberikan. Ini adalah kehendak agama saya.." lantas bergerak pulang membiarkan anak lelaki itu termanggu-manggu..
Beberapa hari kemudian, lelaki yang sama memanggil lelaki TUTUT. Tatkala tiba, lelaki ini disambut dengan senyuman dan wajah berseri-seri,
"Saudara...aku sebenarnya adalah penganut sikh yang tegar dan amat membenci Muslim. Apabila anda telah melakukan kebajikan terhadapku dan ibuku tanpa menuntut bayaran tempoh hari, maka aku mula terfikir dan akhirnya aku telah menjadi Islam kini.."
Kisah Empat,
Mengenai pengalaman keluar ke jordan. Dikatakan bahawa di sana masyarakat muslim dan kristian kelihatan sama dari segi bahasa dan pakaian. Yang membezakan ialah apabila azan, muslim akan bersegera ke masjid. Benarlah sabdaan Junjungan SAW, "Pemisah di antara muslim dan kafir ialah SOLAT"
Maka kristian di jordan telah berkata kepada salah seorang muslim, andaikata solat subuh setiap pagi di masjid anda semua sama ramai dengan manusia yang solat jumaat setiap minggu, nescaya tentera islam telah lama menang di Palestin dan lain-lain tempat...
Menjelang jam 10.20, tetamu itu meninggalkan rumah penulis...Masya Allah

Ulasan