Lama tak nampak..?
Perkataan pertama yang muncul dari rekahan bibir salah seorang imam di surau qaryah kami pabila terpandang wajah suram penulis sambil menggengam erat kedua tangan penulis. Pertanyaan itu begitu bermakna dan mendalam bagi penulis. Ada benarnya kata-kata beliau. Sudah agak lama juga penulis jarang berjamaah di surau qaryah. Kalau sempatpun, tidak sampai bersalaman, penulis dah angkat kaki. Dua tiga minggu ini agak sibuk dengan urusan duniawi. Berjamaah di merata lokasi.
Bagi orang-orang di surau kecil qaryah, kehilangan salah seorang jamaah dianggap satu kerugian. Ini kerana jamaah sedia ada dan boleh istiqamah tidak sampai dua saf. Itupun kerana saf tidak sepanjang saf di masjid jame'. Kalau sepanjang masjid jame' sudah barang pasti jamaah tetap tidak sampai separuh saf pertama..!!
Kegersangan jamaah solat sememangnya sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Fenomena ini berlaku hampir dikeseluruhan masjid di dunia. Memetik kata-kata tuan guru kiyai suhaili dalam kuliah maghrib beliau di jame' kg melayu 16 Mac 2012, apabila sesuatu suruhan yang dinyatakan dengan nas yang jelas gagal untuk dipatuhi, sama ada hukumnya fardhu atau sunat, maka ia dianggap sebagai satu keingkaran atau kekufuran!! Ini bukanlah bermakna kekufuran terhadap keimanan yang menyebabkan kemurtadan..tetapi kekufuran terhadap perintah yang telah termaktub. Umpamanya firman Allah
Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk. Al Baqarah :43
Membawa maksud perintah untuk mengerjakan solat secara berjamaah. Apabila kita gagal untuk memenuhi tuntutan berjamaah,tanpa keuzuran syarie, walau atas alasan apa sekalipun, membawa maksud bahawa kita sudah mula ingkar/kufur pada arahanNya. Kita kadangkala ingin menyangkal perintah ini secara halus dengan mengemukakan hujjah bahawa ianya adalah fardhu kifayah, maka apabila masjid dan surau di qaryah sudah ada yang azan, sudah ada yang iqamah, sudah ada yang dilantik selaku imam dan sudah ada pak Kadir, Pak Haji Yusof dan Hajjah Selamah datang berjamaah setiap waktu, maka sudah terlepaslah akan kewajipan berjamaah.. sudah ada yang buat maka aku tak yah buat lah..itulah fahaman fardhu kifayah kita..
Kiyai suhaili juga turut menyatakan bahawa dalam perhimpunan para ulama besar dunia ada menyebutkan punca kelemahan dan kejatuhan umat Islam ialah kerana ia mengabaikan tuntutan-tuntutan sunnah. Melihat bahawa perkara-perkara yang sunnah itu tidak perlu dilaksanakan. Itu hanya sunat. Perkara atau pengertian sunat itu difahami sejak sekolah agama darjah satu sebagai perkara yang dilakukan mendatangkan pahala dan jika ditinggalkan tidak pula mendatangkan sebarang dosa. Oleh yang demikian amalan agama akan menjadi semakin longgar. Sebagai contoh, kiyai juga menyebutkan hadis yang menyatakan bahawa Nabi SAW tidak mengaku umat kepada manusia yang meninggalkan solat sunat witir. Maka dimanakah kita yang hanya solat sunat witir pada bulan ramadhan sahaja? Ataupun pada malam ramadhan kita meninggalkan imam sebelum sempat witir kununnya untuk disambung pada waktu sahur, namun akhirnya sedar hanya ebebrapa minit sebelum azan subuh dikumandangkan..?
Perhimpunan ulama sedunia itu juga ada menyebutkan mengenai umat Islam mesti bersatu dan tidak bertelingkah kerana modal besar untuk musuh islam ialah pertelingkahan dan perselisihan dalam perkara-perkara kecil.
wallahu a'lam..

Ulasan