Kelas Kokurikulum V
Kelas yang kelima, penulis tiba sekitar jam 5.05. Tatkala itu hanya ada lima orang pelajar sahaja yang berada di dalam kelas. Hujan sedang turun dengan agak lebat di luar sana.
Sementara menantikan kehadiran yang lain, penulis memasang peralatan mengajar. Masa terus berlalu. Kumpulan yang hadir mula bertambah sedikit demi sedikit. Alasan mereka ialah hujan lebat membuatkan pergerakan terbatas.
Penulis memulakan kelas dengan pembentangan kertas kerja projek oleh pengarah program dan diikuti oleh perbincangan berkaitan solat-solat sunat yang disunatkan berjamaah serta kelebihan solat berjamaah manakala kumpulan kedua membincangkan tatacara imam dan makmum dalam solat berjamaah.
Hasil perbincangan membuahkan hasil dimana kumpulan pertama dilihat mempertahankan kesunahan (pen:)solat sunat hajat secara berjamaah manakala kumpulan kedua cuba untuk membantah solat hajat secara berjamaah. Alasan kumpulan kedua, solat sunat hajat secara berjamaah tidak mampu untuk menyatukan niat para pesertanya. Boleh jadi si A mempunyai hajat yang lain. Si B pula ada hajat yang lain sedangkan imam dihadapan pula mempunyai hajat yang lain.
Namun kumpulan pertama berhujjah bahawa apabila dilaksanakan secara berjamaah, boleh jadi ada seseorang hamba Allah yang menyertai jamaah itu dari kalangan manusia terpilih yang maqbul doanya dan ianya akan menjadi asbab pengkabulan doa permohonan yang lain.
Kumpulan kedua telah membentangkan tatacara solat berjamaah antara imam dan makmum berdasarkan kepada kitab mat'al badrain karangan Syekh Daud Fatoni, ulama nusantara yang telah diberikan nafas baru oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beberapa sesi soal jawab serta perbincangan juga telah berlaku dalam beberapa perkara. Contohnya berkaitan dengan hukum makmum yang mengikut imam yang tidak duduk tahiyyat awal serta tidak pula sujud sahwi...
Kelas berakhir sekitar jam 6.50 petang...tanpa sempat membuat ujian azan dan iqamah...

Ulasan