kelas VI
Kelas petang yang agak redup ini berjalan seperti biasa. Kehadiran juga seperti biasa. Tetapi kali ini nampaknya mereka datang agak awal daripada biasa. Lebih awal daripada minggu sebelumnya.
Perbicaraan pada petang ini berkisar mengenai masalah muwafiq dan masbuq manakala maudu' perbincangan adalah dalam ruang lingkup falsafah fiqh imam asy syafie, pendiri dan pengasas mazhab yang dianuti oleh kebanyakan muslim di sekitar asia tenggara. Kitab yang dirujuk ialah kitab karangan wahbah az zuhaili, yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu oleh pihak YAPIM.
Dek kerana peralatan maha cangih di bilik kuliah ROSAK dan GAGAL untuk digunakan, maka penulis menggunakan kaedah lama, iaitu membaca kitab sebutir demi sebutir.
Berdasarkan kepada bentuk-bentuk pertanyaan yang cuba ditimbulkan oleh pelajar boleh dikatakan bahawa mereka memahami topik yang cuba disampaikan.
Topik kedua berkisar mengenai pakaian dan apakah pakaian yang sesuai apabila seseorang itu mengerjakan solat dan juga apabila dia pergi ke masjid bersandarkan kepada ayat surah al anfaal ayat 31
Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
Sesi kali ini juga memperlihatkan beberapa orang peserta mengumandangkan kalimah azan dan iqamah. Dari situ penulis dapat menilai siapakah yang bersungguh dalam melaksanakan sesuatu dan siapa pula yang melakukan secara sambil lewa.
Di akhir kelas, penulis cuba membangkitkan fenomena couple di kampus dan mendapat respon biasa daripada peserta. Kebanyakan mereka kurang setuju dan teruja untuk membuat teguran kepada rakan-rakan yang terlibat.
Namun menurut mereka, terdapat juga yang hanya beroleh kemarahan apabila membuat teguran....
Wallahu a'lam

Ulasan