Sakit adalah guru yang terbaik
Satu ketika dalam kerajaan yang besar, terdapat seorang bendahara yang sangat tawadhuk dan kerap kali mengungkai kata-kata segala sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.
Pada satu ketika, raja telah berlawan pedang dengan adindanya sebagai salah satu aktiviti riadah di pagi hari. Ketika sedang asyik, tiba-tiba mata pedang adindanya telah melukakan betis raja yang mengakibatkan tusukan dan luka yang agak dalam. Maka acara tersebut dihentikan dan raja kesakitan akibat tusukan itu.
Beberapa hari kemudian, sang bendahara telah dipanggil oleh raja yang kesakitan itu,
"Pada pandangan beta, nampaknya adinda beta ada berniat untuk memusnahkan beta..lihatlah ini perlakuannya.." Sambil menunjukkan kesan luka yang masih belum sembuh sepenuhnya itu.
"Tuanku,..Patik tak berasa sebagaimana itu. Segala sesuatu pasti ada hikmahnya tuanku. Pada pandangan patik, perkara ini tentu ada hikmahnya.."
Mendengarkan kata-kata bendahara itu, maka naiklah murka sang raja, lantas segera ia memanggil pengawal untuk menangkap dan memenjarakan bendahara atas kata-katanya itu.
"Nah tinggallah kamu di penjara dan nikmatilah segala hikmah yang ada di situ!!" kata raja dengan kemurkaannya. Bendahara menerima dengan senang hati.
Selang beberapa purnama, setelah agak sebuh lukanya itu dan terlupalah ia akan kesakitannya, maka berangkatlah baginda dan sepasukan kecil askar dan pegawai diraja untuk berburu yang merupakan kegemaran dan obses baginda.
Ditaqdirkan Allah jua, maka sang raja telah terpesona dengan seekor kijang lantas mengejarnya hingga menyebabkan baginda terjauh dari kumpulannya dan terus tersesat dalam ketebalan hutan.
Dalam kesesatan yang amat panjang itu, akhirnya baginda sultan telah diketemukan dengan sebuah perkampungan manusia yang langsung tidak mengenali baginda. Lantas baginda tidak disambut sebagaimana layaknya sambutan untuk seorang pemerintah negeri. Tetapi disambut dengan sorakan gembira dan diikat sang raja untuk dijadikan santapan dan korban kepada sembahan mereka. Malang sungguh nasib baginda.
Selang beberapa hari dalam tawanan masyarakat aneh itu, tibalah hari untuk dibuat pengorbanan. Kali ini seorang lelaki yang kacak serta berpakaian indah telah didatangkan oelh sang sembahan mereka selaku korban. Ini adalah korban yang terhebat untuk sang sesembahan mereka...
Sebelum itu, pemimpinan penyembahan berpesan kepada anak-anak buah agar memeriksa sang bakal korban apakah ada wujud kecacatan pada dirinya. Ini kerana sesembahan mereka enggan atau malu-malu alah untuk menerima korban yang ada kedapatan kecacatan, meskipun hanya segaris parit yang kecil..
Maka tatkala dibuat pemeriksaan , terserlah parut yang besar dan dalam yang ada pada betis sang raja yang sudah semakin gelisah dan seram sejuk ketakutan. Perkara kecacatan ini segera dilaporkan kepada pimpinan pengorbanan. Maka dilepaskanlah bakal korban kerana tidak mencukupi syarat. Tetapi, apabila dilepaskan, dalam masa satu hari, mestilah orang itu melarikan diri terus. Jika ditemui semula, nescaya ia akan ditangkap kembali untuk dijadikan korban semula. Mungkin itu syarat yang telah ditetapkan dalam kitab-kitab karut rekaan mereka...
Maka berlarilah sang raja dengan bersungguh-sungguh tanpa henti untuk mencari kembali negara dan istananya. Maka akhirnya selepas beberapa hari, tibalah ia semula ke istana. Gemparlah negara bahawa raja yang hilang telah kembali. Namun demikian, manusia pertama yang dicari oleh baginda ialah sang bendahar yang diletak di dalam penjara. Maka bersegeralah sang raja mengadap masuk ke dalam penjara lantas menceritakan segala apa yang berlaku terhadap dirinya..Sambil memuji-muji akan kebijaksanaan sang bendahar dalam menakwil kejadian tikaman pedang adindanya. Baginda juga memohon maaf kepada sang bendahara.
Sebelum melangkah keluar, sang raja sekali lagi bertanya,
"Bendahara..beta sebenarnya masih belum faham, apakah pula hikmahnya bendahara berada di dalam penjara ini?"
Maka dengan tersenyum, bendahara yang bijaksana itu menjawab,
"jika sekiranya tuanku tidak memenjarakan beta, maka sudah barang pasti kita berdua akan bersama-sama memburu. Bukankah kita ini tidak pernah berenggang walau kemana sahaja melainkan jika ke bilik tidur? Maka sudah barangpasti hamba dan tuanku akan ditangkap oleh orang-orang itu. Dan tatkala dibuat pemeriksaan, sudah barang pasti tuanku akan dilepaskan sedangkan hamba akan terus dijadikan korban kerana tiada sebarang kecacatan yang ada pada batang tubuh hamba..."
Sang raja hanya tersenyum dan melangkah keluar bersama bendahara yang bijak itu...
Wallahu a'lam

Ulasan