Berdayung di Sri Dayung
Jumaat 13 April 2012 penulis memulakan musafir lagi menuju ke SK Sri Dayung, Sri Medan Batu Pahat dalam misi yang ke 6 untuk tahun ini. Penulis hanya berdua menumpang kenderaan yang dipandu oleg TG. Bergerak dari ibu pejabat sekitar jam 10.00 pagi dan singgah sebentar di pejabat koko untuk menguruskan kertas kerja berkaitan aktiviti luar yang telah tergendala dek kerana masalah kelulusan.
Sekitar jam 10.30, kami bergerak menuju ke destinasi dan singgah sebentar untuk makan di salah sebuah kedai makan. Kemudian melanjutkan perjalanan dan tiba di lokasi sekitar jam 11.30 pagi. Sahabat yang lain tidak kelihatan kerana mereka ada urusan yang perlu diselesaikan. Sekolah yang agak luas dengan sebuah bangunan baru tiga tingkat.
Solat Jumaat di masjid yang agak moden bagi sebuah perkampungan yang agak jauh dari kota dilengkapi dengan peralatan multimedia yang canggih mempertontonkan jamaah dengan teks azan dan juga teks khutbah. Walau bagaimanapun suara azan amat perlahan dan seolah-olah kami berada di sebuah masjid di negara kuffar di seberang yang menghalang penggunaan pembesar suara keluar tatkala azan dikumandangkan..
Usai solat, kami bergerak untuk mencari hidangan makan tengahari di sekitar pekan. Kami akhirnya bertemu dengan kedai makan banana yang kelihatan buruk pada zahirnya dengan deretan kedai-kedai lama yang terbina agak tinggi dari jalan raya. Pada awalnya penulis menyangka bahawa kedai ini hanya menghidangkan makanan biasa sahaja. Namun setelah pesanan pertama sampai, ternyata ianya mampu menghidangkan juadah yang amat berbeza. Nasi ayam black peper dihidang dalam pinggan seperti mee mangkuk yang panas mendidih!!
Usai menikmati juadah, kami bergerak pulang ke base camp. Peserta telah mula memenuhi ruang. Kami kemudian membuat persiapan terakhir dan peserta diminta masuk ke dalam dewan. Acara pertama ialah penyerahan daripada pihak guru sekolah kepada pihak fasilitator. Kemudian diikuti dengan taklimat oleh kem komandan, penyerahan barang amanah, ikrar, pelantikan amir dan amirah serta lagu tema program.
Selesai urusan taklimat, kapitan deen mengambil urusan dengan ice breaking dan pembetukan kumpulan. Asr dipimpin oleh syekhul islam. Usai solat, aktiviti pembentukan kumpulan disambung hingga menjelang jam 6.30 petang..
Acara makan mengambil tempat selepas itu selepas mandi manda peserta di kawasan yang telah disediakan. Mereka dikumpulkan mengikut kumpulan dan diminta berbaris mengambil makanan juga mengikut kumpulan. Selepas bacaan doa, masa makan diberikan dan kemudian doa penutup kesyukuran dibaca mereka bergerak juga dalam kumpulan.
Tazkirah maghrib disampaikan oleh ayahanda manakala dinamika kumpulan seusai solat isyak oleh kapitan Deen hingga menjejak ke angka 11.00 malam. Kumpulan ini agak lemau dalam pembentangan..
Seusai minum malam, mereka dikumpulkan dan didenda dek kerana kehilangan barang amanah yang telah diberikan. Selesai denda, peserta digerakkan ke bilik penginapan manakala kami bergerak untuk minum di pekan berhampiran. kembali sekitar jam 1.00 pagi dan tidur sahaja di dewan kerana penginapan yang disediakan agak kurang menarik perhatian untuk tidur.
Sekitar jam 4.00 pagi, penulis bangun untuk mengejutkan peserta bagi qiyam. Perjanjian berkumpul jam 4.30 pagi. Sudah ada beberapa peserta yang telah sedia dan bersiap. Memakai pakaian sukan siap berkasut sukan...
TG muncul sekitar jam lima pagi untuk memimpin qiyam manakala penulis meneruskan mimpi indah dipenginapan sebenar di atas meja guru..
Usai qiyam, kami solat subuh bersama dan tazkirah oleh ustaz nur. Regangan selepas subuh oleh ayahanda diikuti oleh minum pagi dan kemudiannya acara wajib lulus iaitu kembara.
Penulis ditempatkan keseorangan di CP Insan dimana peserta diminta membawa belon di atas kertas mahjong ke lokasi yang telah ditentukan. Dalam keadaan itu, ada kumpulan yang berjaya, kurang berjaya dan ada juga yang langsung tidak berjaya. Ianya adalah ibarat amanah yang kelihatan ringan tetapi sebenarnya amat payah dan sukar untuk dibawa...
CP kali ini adalah di rumah penduduk kampung. Di CP Insan, tuan rumah menyediakan hidangan yang agak menyelerakan...terima kasih tuan rumah..
Menjelang zuhur, tugasan di CP ini selesai. Penulis dan PH bergerak ke CP i'tikad untuk menghantar pelajar yang sakit agar dapat bersama dengan aktiviti di lapangan. Kemudian kami solat zuhur di masjid berhampiran. Usai zuhur, menunggu di CP i'tikad sehingga menjelang asar. Kumpulan terakhir hanya berjaya tiba di lapangan sebaik selesai solat asr..
Refleksi oelh PH mengambil masa sekitar satu jam, diikuti oleh makan dan solat serta tazkirah amanah juga oleh PH. Kemudian, usai Isya' acara parenting yang jarang berlaku. Ibubapa hadir memenuhi ruang dewan kecil yang kelihatan agak sendat. Acara pertama ialah meletak bola ping pong dalam air. Kemudian acara tangisan...
Kami pulang ke rumah pada malam itu juga. Ini merupakan kali pertama program kami berakhir selepas solat Isya...tahniah kepada semua sahabat-sahabat

Ulasan