Isra' mikraj dan pengajarannya

Lewat maghrib semalam, kebanyakan masjid dan surau di jazirah melayu akan menyambut ulangtahun isra miraj Nabi SAW pada suatu malam yang dipercayai dalam bulan rejab malam yang ke 27 (tarikh ini bukanlah tarikh sebenar mengikut pandangan ulama namun diterima pakai sebagai tarikh rasmi sambutan di jazirah melayu)..

17:1Maha Suci Allah yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haraam (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Penulisan ini bukan bertujuan untuk membahaskan tarikh manakah yang sebenar berlakunya peristiwa tersebut. Apa yang penting, kepercayaan dan keyaqinan Muslim terhadap berlakunya perkara tersebut yang merupakan salah satu elemen aqidah yang penting.


Ulama menyatakan bahawa pada pagi harinya selepas peristiwa besar itu, baginda SAW telah berdiri di bukit Safa manakala Abu Jahal telah menyapanya , "Ada apa wahai Muhammad?"

Jawab baginda SAW, "Percayakah pakcik bahawa  saya ini adalah benar?"

Katanya bapa saudaranya itu, "Sudah barang pasti. Bukankah engkau ini adalah digelar Al Amin?"

Kata Muhammad Rasulullah SAW, "Kumpulkan pakcik akan penduduk Makkah di sini kerana saya akan memeberitahu sesuatu.."

Maka dengan mudah sahaja bapa saudaranya mengumpulnya ahlil makkah kerana beliau ini merupakan salah seorang daripada barisan kabinet kepimpinan jahiliyyah Makkah semasa itu.

Setelah dikumpulkan, maka Muhammad Rasulullah SAW segera berkata di atas bukit Safaa, "Wahai penduduk Makkah..jika aku mengatakan bahawa di sebalik bukit ini terdapat segerombolan tentera yang telah bersiap sedia menyerang kamu, adakah kamu percaya padaku?"

Sebulat suara mereka menjawab, "Sudah barang tentu, bukankah kamu adalah Al Amin?"

"Maka aku menyatakan bahawa semalam aku telah disira'kan dari Masjidil Haraam Makkah ke Masjidil Aqsa di Palestin dan dimi'rajkan ke langit bertemu Allah dan kemudian kembali semula ke sini dalam hanya satu malam sahaja..adakah kamu percaya?"

"Celaka kamu wahai Muhammad! Adakah hanya kerana ini kamu mengumpulkan kami di sini?" kata bapa saudaranya. Maka turunlah ayat-ayat ini mencelakakan Abu Jahal

111:1
111:2
111:3
111:4
111:5




Manakala Abu Bakr pula tatkala ditanya, segera  menjawab, "Bahkan jika Muhammad mengatakan yang lebih dari itu pun aku percaya.." Maka ia digelar as siddiq.


Dalam menghadapi situasi tersebut masyarakat Arab pada masa itu terbahagi kepada dua golongan, yang menyebelahi Abu Jahl dan juga Abu Bakr. Abu Jahl mewakili kumpulan yang sukar menerima sebarang perubahan, menolak sebarang pendekatan baru  yang dikatakan terpesong dari ajaran nenek moyang meskipun membawa kepada jalan yang bercahaya, suka melabel puak yang tidak sehaluan sebagai sesat. 

Manakala Abu Bakr tokoh yang mewakili kumpulan yang mudah menerima perubahan yang membawa kepada kebahagiaan, keadilan dan kejayaan, meskipun kadangkala terpaksa keluar dari zon selesa, kelompok konservatif dan sebagainya.


Tokoh-tokoh ini dan pengikut mereka bukan hanya terbatas pada waktu itu sahaja. Tetapi akan terus muncul sepanjang zaman hinggalah nafiri pertama ditiupkan. 

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAWIsra mi'raj adalah merupakan satu peristiwa ujian iman terhadap penduduk Makkah, khususnya yang telah beriman. Wujud kelompok yang murtad selepas peristiwa tersebut disebabkan krisis kepercayaan terhadap kisah isra' dan mi'raj. Hanya golongan yang benar-benar beriman sahaja yang mampu menerima kesahihan kisah ini.

Disamping Rasul mendapat banyak berita ghaib yang bakal disampaikan kepada umat, baginda juga menerima ole-ole dari Allah Tabaraka Wataala iaitu perintah solat lima waktu. 


Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : “Aku melihat ke dalam Syurga maka aku melihat kebanyakan penghuninya adalah fuqara’ (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam Neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penghuninya adalah wanita.” (Hadis Riwayat Al- Bukhari dan Muslim)

Penceramah di Masjid Kg Dato Abdul Rahman Yassin mengupas bahawa terdapat hadis yang menyatakan tentang lima orang wanita yang gembira iaitu

1. Fatimah bt Rasulullah SAW
2. Masyitah
3. Asiah isteri Firaun

Fatimah wanita gembira meskipun terpaksa berulang alik mengambil air dari telaga yang jauh untuk Ali suami tercinta meskipun hingga pecah tapak tangan beliau yang mulia..

Masyitah tukang sikat anak firaun sanggup terjun ke dalam kawah berapi kerana mempertahankan aqidah 

Asiah isteri firaun namun tetap beriman kepada Allah Azza Wajalla

Wallahu a'lam












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol