Kuala Lumpur Oh Kuala Lumpur

30 Jun 2012 penulis dan kelaurga bertolak ke KL. Kenderaan kami bergerak menuju ke destinasi kira-kira jam 8.15 malam. Sebelum itu, berkelana di sekitar bandar .. Ibu dan adik serta dua puteri penulis telah bergerak semalam.

Kami tiba di destinasi sekitar jam 11.00 malam. Sekitar jam 5.00 pagi, mengalami sakit perut luar biasa. Bisa yang menusuk. ..



Kami bergerak menujuk IKEA, berpandukan kepada GPS yang dipinjam dari adik penulis sekitar jam 12.30 dan tiba di bangunan gedung yang berprestij sekitar jam 1300. Dimulakan dengan tawaf dan melayan kerenah si bujang kecil yang sibuk hendak berjalan, isteri dan adik ipar mengakhiri tawafnya sekitar jam 1630 petang. Kami menikmati hidangan berupa bebola daging dan ayam, selepas penulis menghantar barang ke dalam kereta. Di IKEA rupanya barang tidak boleh dibawa dengan kereta sorong terus ke bonet belakang kereta. Ianya perlu diletak di bay yang disediakan dan kereta perlu datang ke bay  untuk punggahan. Memandangkan penulis hanya seorang, maka barang ditiggalkan di bay tanpa penunggu, kecuali serah kepada yang Maha Pengawas, ambil kereta dan bergerak ke bay.

Punggah barang dan kemudian berpusing semula mencari parkir. Memandang hari itu adalah hari ahad, maka parkir agak sukar didapati. Ianya bermula sejak masuk tadi dimana kami terpaksa menunggu di luar bangunan kira-kira 15 minit. Tetapi hal itu lebih baik daripada sesetangah gedung yang menyediakan parkir dalaman, dengan penjaga dan pengawal, tetapi langsung tidak memerhatikan sama ada masih berbaki ruang parkir atau tidak.

Makan di IKEA tetapi sibuk dan penuh hingga terpaksa berkongsi meja. Namun air boleh diteguk seberapa suka kerana kebenaran refill percuma ...




 Kami kemudiannya solat jama dii surau IKEA. IKEA memberikan ruang solat yang agak kondusif walaupun sedikit sempit, namun dilengkapi dengan penghawa dingin dan karpet. Sayang sekali, sebagaimana entry sebelum ini, umat Islam di negara Islam contoh ini sangat sukar untuk solat berjamaah..Mereka boleh berkongsi meja untuk makan, tetapi sukar untuk berada dalam jamaah solat. Hal keadaan ini sangat berbeza di timur tengah kerana mereka PASTI akan berjamaah meskipun hanya berdua. Kesedaran solat berjamaah ini memang perlu diterapkan. 


Satu lagi yang menarik ialah surau dalaman di negara Islam contoh ini tidak pernah ada pembesar suara, sepanjang yang penulis lawati sejak berpuluh tahun..., kecuali di Plaza Kotaraya Johor sahaja yang mampu memberikan dengungan laungan azan setiap kali masuk waktu solat. Tetapi berbeza di timur tengah, Saudi misalnya. Pabila masuk waktu, di lapangan terbang antarabangsa juga ada azan yang suaranya memenuhi ruang. Di Muscat Oman juga sama. Meskipun yang berada di lapangan terbang adalah pelancong bukan Muslim..




Oh ya..mungkin untuk menjaga sensitiviti maka adalah lebih baik azan waktu 'ditiadakan' di kompleks membeli belah. Tetapi lagu-lagu berhantu dan pelbagai bunyi merosak hati dibiarkan sahaja ..

Dan selepas selesai, kami bergerak ke IKANO yang terletak bersebelahan kompleks IKEA. Sekadar melihat dan membeli kasut.




Oh ya...diantara kepelikan dan kejanggalan remaja melayu-Islam (?) di ibu kota metropolitan negara Islam Contoh ini ialah remaja muslimatnya memakai pakaian yang tidak kurang kalahnya dengan remaja bukan islam. Kain-kain yang berada di atas paras lutut dan pakaian yang berada betul di atas paras dada tanpa penutup kedua bahu apalagi leher dan keatas..!!

Sebenarnya tiada cerminan akhlak muslimah bagi kebanyakan remaja muslimat di ibu kota ini. Mereka kelihatan begitu bangga, bebas dan gumbire memperagakan pakaian capaian eksklusif mereka tanpa ada riak-riak segan, takut apalagi malu. Penulis sekejap rasa, ah..mungkin non-melayu, tetapi terdengar pula perbualannya dalam bahasa ibunda....Maka tidak perlu pula dicatatkan perihal pergaulan mereka kerana kita semua serba maklum dan tahu...



Nah...ini rupanya gaya hidup anak muda di kota. Ini gaya hidup berkualiti di ibu kota sebuah negara Islam contoh...

Wallahu a'lam (hanya menangis mengenang nasib diri di sana...)



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol