Team building dan kita
ASKAR PENCEN MENERIMA SEDIKIT CENDERAHATI
6 Julai 2012 organisasi penulis buat pertama kalinya mengadakan program team building yang dijenamakan kepada program mengeratkan ukhwah sesama ahli organisasi.
Maka sekitar jam 10 pagi, seramai lebih kurang 60 orang ahli telah merelakan diri mereka untuk beserta dalam keadaan 'sukarela' dan juga ada yang 'terpaksa direlakan' menaiki bas menuju ke destinasi, jeti feri Tanjung Leman Mersing.
Penulis menunggu di stesen jalan Mersing Kluang sejak jam 10.30 pagi dan bas hanya tiba sekitar jam 11.30 pagi disebabkan mereka bermiqat di Jentayu yang mengambil masa agak lama .
Kami singgah di stesen minyak berhampiran felda tenggaroh mersing sekitar jam 2 petang setelah gagal mendapatkan masjid untuk solat Jumaat. Kemudian, sekitar jam 3.20 petang, kami tiba di jeti dan solat jama.
Kami menaiki bot laju untuk menju ke pulau Sibu. Ini merupakan pertama kali penulis menjejaki pulau tersebut. Dan kenaikan bot laju merentasi laut menuju ke pulau merupakan sesuatu yang sangat tidak digemari penulis. Penulis memang sangat fobia dengan melintas laut dan sungai menggunakan bot atau sampan kecil. Menakutkan. Jadi perjalanan lebih kurang 15 minit dengan bot laju membelah ombak rindu adalah perjalanan yang dirasakan sangat lama dan menggegarkan jiwa. Mulut terkumat kamit mengulangi bacaan doa Nabi Allah Nuh yang dirakamkan dalam al quran tatkala melayari lautan bah dalam perahu besarnya:
“Dengan menyebut nama Allah di waktu berlayar dan berlabuhnya." Sesungguhnya Tuhanku benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
Akhirnya kami selamat tiba di pulau tersebut. Ianya kelihatan amat indah. Chalet yang disediakan berupa rumah-rumah melayu tradisional yang mampu menampung dua orang untuk selesa, tetapi jika mahu diisi tiga orang juga boleh. Namun jika lebih empat penghuni keadaan akan menjadi sedikit sesak melainkan jika tiada katil di dalam chalet tersebut.
Pertama kali tiba, kami diminta menunggu peserta lain tiba barulah kunci chalet akan diagih-agihkan. Oleh kerana satu bot hanya mampu diisi oleh maksima 12 orang penumpang, maka bot terpaksa berulang alik mengambil penumpang ke pulau tersebut. Maka tersadailah kami sementara menunggu sahabat lain tiba. Kemudian, sekitar jam 4.30, kami berjaya mendapat kunci dan penulis sebilik dengan abang kecil.
Acara hanya bermula sekitar jam 5.30 dengan taklimat. Kemudian diikuti dengan makan malam sekitar jam 7 dan solat maghrib secara berjamaah. Tiada sebarang undang-undang berkaitan masa, atau lantikan penghulu, mahupun pembahagian kumpulan yang berlaku.
Usai solat maghrib dan isya, tazkirah disampaikan berkaitan solat dan kepentingannya. Menjelang jam 9 malam, acara ice breaking dimulakan dengan nyanyian lagu masihkah kau ingat...diikuti dengan mengenalkan nama beserta gaya masing-masing. Acara ini berlaku sehingga menjelang jam 10.30 malam. Pelbagai aksi dan gaya untuk mengenalkan diri diperlakukan,..
Selepas minum malam, kami diminta melakukan sesuatu yang kununnya tidak pernah dilakukan oleh ibu bapa dan moyang kita dan mungkin juga tidak akan dilakukan oleh anak cucu kita, iaitu acara memijak bara..!! Salah satu amalan ritual dalam salah satu agama...
Maka mahu atau tidak, suka atau tidak, terpaksa berjalan atas bara dalam keadaan gelap dan kepekatan malam. Mujurlah jaraknya tidak jauh. Namun kaki tetap melepuh!!
Subuh hari kedua, usai solat, tazkirah kedua . Diikuti dengan senaman pagi dan kemudian sarapan pagi. Acara besar hari ini ialah kembara. Kembara yang sebenarnya berjalan meredah hutan kecil, memanjat gunung. Perjalanan dijangka mencapai 3km pergi dan balik. Namun akhirnya, kami telah tersesat jauh dan hanya keluar dari hutan sekitar jam 2 petang dalam keadaan kehabisan sumber secara total!! Kami pulang ke base camp dengan menaiki bot ..
Dek kerana kepenatan, maka acara petang dibatalkan. Oleh itu, mengambil peluang untuk mandi di laut. Maka kami berendam di dalam laut yang sedang pasang berkebetulan cuaca dalam keadaan redup dan angin agak sepoi bahasa. Hujan turun agak lebat namun kami tetap berada di dalam air...
Setelah segalanya kecut, kami naik ke darat membersihkan diri dan solat...Kemudian, acara tidur semahu-mahunya. wah..dah macam sebuah percutian yang indah rasanya..
Menjelang Maghrib, kami solat berjamaah beserta tazkirah. Kemudian, acara makan BBQ walaupun tidak sehebat mana hidangannya. Kami kemudian mengikutio acara seterusnya iaitu nilai sahabat (ceramah) dan kemudian kami dikafankan..
Setiap kami diminta duduk dengan pasangan dalam keadaan berlunjur, diberikan sehelai kain putih berbau kapur barus, menyelemuti diri sendiri, lampu ditutup dan perkara berkaitan kematian dibacakan beserta bayangan siksa kubur yang dahsyat. akhirnya, kami diminta bertaubat..
Selesai, kami pulang ke bilik. Sekitar jam 1 pagi, lampu bilik dan penghawa dingin tiba-tiba mengelurkan bunyi seperti berlaku sesuatu. Kemudian terdengar suara bising di luar. Bila dijenguk, Ya Allah....ada chalet yang terbakar. Maka gegak gempita seketika keadaan. Api semakin marak menjulang. Mujurlah penghuni dapat diselamatkan. Wujud juga hero dalam diam...
Hingga jam 3 pagi, kami tidak dapat tidur lena..bimbang ada lagi berlaku litar pintas yang boleh menyebabkan kami hangus ketika enak dibuai mimpi!!
Usai solat subuh, tazkirah menyentuh jiwa, dan kemudian ada snorkling kununya. Jam 8.30, acara diteruskan dengan simpulan tali. Cuaca kurang baik, angin kencang dan laut menjadi keruh, itu yang diberitahu. Perlu menunggu hingga cuaca agak baik. Maka dalam menunggu perlu ada pengisian agar masa tidak terbuang begitu sahaja. Apatah lagi, beberapa modul petang semalam gagal dilaksanakan.
Menjelang 10.30, selepas minum, acara pecah buah. Ramai yang mencuba dan ada yang berjaya. Acara lanjut sehingga jam 12.30!!
JUARA PECAH BUAH KATEGORI LELAKI TERSENYUM PENUH BANGGA
JUARA PECAH BUAH KATEGORI WANITA
Ada ke snorkling,? Akhirnya suasana menjadi kecoh. Ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati. Kenapa snorkling tiba-tiba menjadi batal? Kenapa kembara menjadi sesat? (kisah semalam) Kenapa chalet boleh terbakar? Dimana fungsi dan tanggungjawab konsultan yang telah dilantik dan dibayar?
Perbincangan sama ada snorkling perlu diteruskan atau tidak semakin menjadi panas dengan timbul isu2 lain. Akhirnya, penulis dan abang besar serta beberapa orang meninggalkan majlis mujadalah.
Selepas solat dan bersiap, kembali ke dewan untuk makan. Suasana telah tenang dengan acara penyampaian hadiah kepada pemenang. Bertungkus lumus makan dan kemudian mengambil beg lantas meninggalkan pulau. Hati agak berat berpisah dengan fasi yang baik hati itu..
Perjalanan pulang, satu lagi siksaan untuk penulis. Menaiki bot terakhir, dengan kelajuan luar biasa,.Mulut terus lancar membaca dia nabi Allah Nuh as. Setelah berjaya tiba di tanah besar. Syukur bukan kepalang. Yang awal naik bot masih terdampar di jeti menanti bas.
Bas akhirnya bergerak jam 3.30 petang. Terpusing-pusing mencari jalan pulang...sesat lagi? Akhirnya jam 5 barulah menemui jalan sebenar. jalan yang boleh membawa peserta pulang ke pangkuan keluarga.
Penulis akhirnya tertidur dan tersedar-sedar apabila kelajuan menjadi luar biasa dengan brek yang agak mengejut beberapa kali. Tiba di stesen minyak kahang, turun menunaikan qada hajat. Tiba di Kluang sekitar jam 7 malam..Solat Maghrib di econsave
Banyak sekali perkara yang berlaku yang perlu diinsafi dan dijadikan iktibar. Mengapa boleh sesat di hutan? Bagaimana boleh berlaku kebakaran? Bagaimana boleh sesat pula untuk pulang dengan bas?
Mata zahir senang sahaja memberikan pandangan. Hati terus membuat keputusan. Ini salah pengurusan/. Ini salah konsultan. Ini salah pihak resort.
Cuba kita tilik dan selami dengan sedikit mata batin. Semuanya adalah kehendak Allah. Pasti ada hikmah disebaliknya. Pasti ada sesuatu yang Dia ingin tunjukkan. Pasti ada sesuatu yang selama ini dipendam dan dirahsiakan. Yang mana kalau terus dibiarkan, walaupun nampak macam kecul, walaupun nampak macam masalah peribadi, tetapi ianya mengundang bala dari Tuhan kalau terus-terusan dibiarkan. Semua kena koreksi diri dan cari kesalahan sendiri terlebih dahulu. Insafi dan hisab amalan diri sendiri sepanjang di pejabat. Adakah semua yang dilakukan mengikut kehendak atau kita langgar segala larangan Tuhan janji menguntungkan dan mendatangkan keseronokan? Organisasi ini ibarat sebuah kapal. Apabila yang duduk di bawah kapal mahu air, maka dia terus melobangkan perut kapal sebagai jalan pintas. Jika yang berada di atas kapal malu alah untuk menegur, maka sudah barang pasti kapal akan tenggelam dan bukan hanya yang berada di bawah akan tenggelam, yang berada di atas juga pasti tidak akan selamat..
Wahai Tuhan..Ku tak layak ke syurgaMu....namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu...Ampunkan dosaku terimalah taubatku..dengan rahmatMu..ampunkan aku...oh Tuhanku...
Ulasan