1 ramadhan 1433

1 ramadhan 1433 dimulakan dengan solat maghrib secara berjamaah di Surau Jasa Sepakat. Usai solat, bergegas untuk membeli susu dan juga lampin pakai buang, antara stok penting yang senantiasa dipantau bagi mengelakkan kehabisan stok.

Setelah selesai membeli keperluan tersebut, bergegas pulang untuk makan malam dan perlu diselesaikan segera sebelum masuk waktu solat isya' memandangkan penulis bertugas pada tiga malam yang awal ini.

Solat isya' dan tarawih dapat disempurnakan dengan diiringi isteri dan anak sulung penulis. Sebagaimana lazimnya, malam-malam awal Ramadhan akan menyaksikan peningkatan jamaah yang agak mendadak daripada hari-hari biasa. Mungkin jumlahnya kurang sedikit berbanding malam awal Ramadan tahun lepas dek kerana masjid jame' yang baru telah siap projek pembinaanya dan malam ini merupakan tarawih pertama di sana, namun fenomena tsunami Ramadhan di malam-malam awal kemunculannya adalah fenomena biasa saban tahun..



Selesai solat, kami singgah di kedai runcit untuk membeli sedikit keperluan buat bersahur. Tiba di rumah berehat dan akhirnya tertidur..


Kali pertama tersedar jam dinding menunjukkan ke pukul 4.00 pagi tetapi nafsu yang masih menyelaputi minda berjaya melonjakkan keinginan untuk meneruskan tidur dengan alasan dangkal yang kerap diberikan saban malam..awal lagi...tidur kejap dulu..nanti boleh lagi..dan akhirnya terus terlajak tanpa berjaya untuk bertahajjud. Tapi peliknya untuk buang air kecil mampu pula bangun..

Dan kejutan isteri sekitar jam 5.30 pagi. Bingkas bangun untuk bersahur. Nabi SAW menyatakan bahawa bersahur itu mengandungi keberkstan yang besar. Terasa amat rugi kerana tidak dapat mendirikan solat tahajjud walau hanya dua rakaat. Nampaknya penulis telah mengalami kekalahan  pada hari pertama ramadhan..

Solat subuh di surau juga menyaksikan jamaah sekitar 100 orang dengan tiga saf dipenuhi muslimin. Alangkah indahnya pemandangan subuh 1 Ramadhan ini..betapa lebih seronok jika ianya dapat dikekalkan sepanjang tahun..

Sekitar jam 10.30 pagi, bergerak menuju ke BP mall untuk iktikaf..melayan dua anak dara sunti mengambil belon dan akhirnya terlibat di booth ASTRO yang pada awalnya penulis menolak untuk menerima tawaran pasangan decoder baru tanpa sebarang bayaran semasa pemasangan dibuat mun terpaksa membuat bayaran tambahan 20.00 setiap bulan pada bil ASTRO. Namun akhirnya terpedaya jua...

Anak-anak disibukkan dengan kerja-kerja mewarna yang kononnya bakal meraih hadiah apabila tugasan berjaya diselesaikan. Sekitar 15 minit akhirnya kerja-kerja mewarna selesai dan apabila hasil kerja diserahkan ke kaunter, hadiah yang lebih merupakan saguhati diberikan..

Penulis menyelesaikan kewajipan zuhur di sursu BP Mall yang dingin dan luas. Ada jamaah yang didirikan meskipun penulis hanya berjaya menyertai rakaat akhir sahaja.

Usai solat, menunggu sehingga jam 3.30 petang. Kemudian bergerak pulang dan dalam perjalanan singgah sebentar di petronas untuk urusan anak sulung yang baru belajar berpuasa tetapi sudah tidak dapat menahan diri. Tapi syukurlah dapat menyelesaikan separuh hari...

Solat asr di surau taman intan II dengan mendapat rakaat ke tiga. Kemudian singgah  di pasar ramadhan taman intan bagi menyampaikan hajat bonda yang ingin membeli juadah berbuka.

Kami kemudiannya menuju ke song mart untuk membeli bahan mentah bagi juadah berbuka..

Usai berbuka penulis dan keluarga hadir untuk isya dan sunat tarawih

Jumlah jamaah adalah hampir sama sebagaimana malam sebelumnya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol