3 Ramadhan

Ramadhan ke tiga dapat bangun agak awal daripada dua pagi sebelumnya. Segala puji bagiNya...Moga-moga dijadikan hamba ini dari kalangan manusia yang istiqamah ...

Hari ini merupakan hari pertama bertugas dalam suasana kesucian Ramadhan 1433 hijra. Tiada apa yang luar biasa berlaku. Semuanya boleh dikatakan terkawal. Cuma pekeliling untuk pulang lebih awal dari waktu biasa masih belum dikeluarkan. Apabila diulang tayang pekeliling yang dikeluarkan pada tahun 1432, ianya telah dikeluarkan lebih awal. Tetapi tahun ini sehingga menjelang 3 Ramadhan, inbox  folder pekelilibg pada e mail rasmi penulis masih belum diisi dengan pekeliling tersebut.

Namun menjelang jam 2 petang, muncullah e mail yang dinanti-nantikan oleh majoriti warga organisasi. E mail pekeliling kebenaran pulang awal 30 minit daripada waktu pulang biasa.

Setelah dirujuk kepada penilai pertama, maka beliau telah mensahihkan pekeliling tersebut.

Maka menjelang jam 4.30, berdedai-dedai warga universiti menuju mesin perakam waktu untuk punch out..

Penulis menyelesaikan asr di masjid jejantas kedua. Imam bergerak agak khusyu dalam menukar rukun. Kemudian bergegas untuk ke pasar ramadhan bagi menyelesaikan misi.

Juadah untuk petang ini ialah ikan cencaru berlada, sambal cincalok dan sayur. Semuanya dimasak di bazaar ramadhan.

Malam ini masih bertugas teraweh. Tatkala tiba kembali ke rumah, adik ipar telah menunggu di rumah untuk menuntut resit bayaran saman bapa mertua beliau. Isteri menyuguhkan hidangan keropok ikan goreng dan coklat buatan sendiri bersama teh panas yang menyegarkan.

Jam 11.30  malam keluar mencari makanan tambahan buat isteri. Menyusukan anak dengan susu badan sememangnya memerlukan bahan makanan yang banyak buat menambah khasiat.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol