Ramadhan 4

Ramadhan ke empat hari ini dimulakan jam sebelum 5 pagi. Syukur atas kurniaan yang lebih awal dari tiga malam sebelumnya...

Keadaan di pejabat begitu tenang dan agak aman semenjak waktu dhuha yang mulia. Entah kemans perginya suara gegak gempita, ketawa ria yang kuat dan sebagainya. Mungkin sirns dek tarbiyyah universiti Ramadhan, atau mungkin kepenatan, atau mungkin juga ketiadaan kisah yang mampu menambah ceria..

Penilai pertama dan eksekutif pentadbiran tiada di pejabat hari ini. Menjelang Asr, penilai kedua membawa tugas agak mencabar, arahan menyiapkan dokumen untuk dimajukan ke mesyuarat peringkat tertinggi dan perlu disiapkan selewat-lewatnya sebelum zuhur esok. Tugasan yang memang mencabar dalam keadaan empat dokumen berada di tangan orang yang berasingan!!

Dan oh ya..hujung minggu ini ada mesyuarat yang menunggu dan hujung bulan nanti ada audit yang bakal menjengah.

Tatkala jam hanya tinggal kurang dari 30 minit sahaja lagi sebelum waktu pulang, dokumen pertama baru diterima. Ini bermakna masih ada tiga lagi. Satu dikhabarkan akan dicetak sendiri dan ini bermakna akan ada lagi dua. Dokumen ini perlu dijilid dan dibuat satu salinan. Inj bermakna akan ada lapan salinan dengan mukasurat setiap satu tidak kurang dari 50-100!!

Pabila tiba jam 4.30, tanpa perlu menoleh kiri kanan atau belakang, terus berlari untuk bersua muka dengan mesin perakam waktu bagi melunaskan janji 'dating' di waktu pulang dari kerja sebagaimana lazimnya yang berlaku setiap hari bekerja.

Singgah solat di jame yang terletak di Pt Sonto  berhadapan dengan restoran Jentayu, tempat miqat utama bagi warga organisasi yang akan bermusafir jika menggunakan laluan lebuhraya khususnya.

Insiden yang berlaku di bazaar ramadhan ialah dua kali ulang ke bazaar dari parkir kereta dek kerana terlupa mendapatkan tamar yang telah kehabisan stok di rumah. Malangnya harga yang ditawarkan agak kurang ekonomik. Lantas masuk ke bangunan pasar raya Songmat buat menyelesaikan hajat mengikut sunnah iftaar dengan tamar. Maka dipertemukan dengan yang berharga RM10.00 yang di fikirkan paling murah dan lazat.

Tatkala memandu untuk pulang, telefon berdering isteri mohon dibelikan barang mentah yang tidak mencukupi....

Maka tatkala hendak mendapatkan parkir, mungkin kerana lewat memberi isyarat, sebuah motor dari belakang memintas dan membunyikan hon serta marah. Nah dengan tanpa dapat dikawal kemarahan yang dicetuskan cepat sahaja hinggap pada penulis lantas memberikan isyarat tangan bahawa penulis hendak masuk ke parkir kereta.

Kemudian penulis tersedar bahawa penulis sedang berpuasa. Maka boleh jadi Allah menghantar orang tersebut untuk menguji penulis. Untuk menguji setakat mana ketahanan dan kesabaran penulis selama ini. Ternyata penulis masih gagal mengawal diri. Cepat sahaja naik marah tidak tentu pasal.Baru diuji sedikit sahaja. Belum diuji dengan kemalangan di belakang kereta misalnya sudah hendak melenting ...

Dan antara perkara lain ialah telah dimainkan akan lagu-lagu hari raya di pasar raya. Fenomena ini mencerminkan mentaliti masyarakat kita (bukan semua) yang berpuasa kerana hendak menyambut hari Raya... Hari raya Didahulukan .. Ibadah Puasa dikesampingkan ..

Itulah sebabnya manusia akan berlumba-lumba membuat persiapan menyambut hari raya sejak menjelang awal Rejab lagi...tetapi terlupa pula berlumba-lumba untuk membuat persiapan menyambut Ramadhan yang jauh lebih penting dan memerlukan fokus yang lebih besar dari umat ...

Juadah berbuka puasa hari ini ialah laksa penang....

Selamat meneruskan ibadah puasa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol