Ramadhan 15
Suasana ketaksuban manusia untuk menyambut hari raya semakin mengghairahkan, melebihi keghairahan mereka untuk meneruskan Ramadhan. Kadangkala melebihi keghairahan pencarian ganjaran keampunan yang juga ditawarkan secara eksklusif oleh yang maha pengampun..
Masyarakat kita masih terjauh daripada menghidupkan malam-malam ramadhan, kecuali pada 5 hari yang awal sahaja. Masjid surau sudah mula kehilangan jamaah tarawih dan subuh tetapi belum kritikal. Dijangka tahap kehadiran akan semakin kritikal menjelang semester akhir ramadhan berbanding di negara timur tengah.
Kita terlalu asyik mengejar kemeriahan 1 syawal yang belum pasti menjadi milik kita, berbanding mengumpul bekalan sepanjang ramadhan yang sedang dilalui.
Dimana-mana pasaraya dan premis perniagaan sudah barangpasti akan mengumandangkan lagu-lagu hari raya, bahkan sejak hari kedua berpuasa lagi.
Masyarakat akhir zaman negara islam contoh dunia ini seolah-olah sedang terdera dan meronta jiwanya untuk bersegera keluar dari 'penjara' Ramadhan yang kelihatan menjerat dan mengongkong keliaran nafsu....
Itulah sebabnya jiwa mereka merasa tenang dengan alunan lagu-lagu raya basi yang diulang saban tahun berbanding alunan ayat-ayat suci al quran yang dirasakan hanya sesuai untuk hari kematian dengan bacaan surah terpilih sahaja.
Cuba kita singkap diri sendiri serta muhasabah..adakah puasa kita selama 15 hari ini diterima olehNya? Sudahkah kita terjamin mendapat ganjaran pakej rahmat dan keampunan dariNya? Jika masih rasa belum pasti, usahlah kita sibuk dengan lagu kuih pakaian dan sebagainya. Ia bukan sesuatu yang dilarang tetapi lakukanlah ikut keutamaan.
Ayuh sahabat! Ramadhan masih ada berbaki lagi. Tingkatkan pecutan tatkala kita akan melangkah ke semester akhir ramadhan inj dengan mempertingkatkan kualiti puasa kita, bukan hanya menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa sahaja, tetapi juga menahan diri dari semua larangan Allah yang berbentuk makruh apalagi haram. Hentikanlah penyebaran lagu-lagu raya khususnya tatkala bertugas. Perbanyakkan mendengar bacaan ayat-ayat al quran, zikir, dan sebagainya. Jadikan ramadhan kita pada tahun ini sebagai permulaan perubahan yang positif...
Selamat berjuang!

Ulasan