Hari ke sembilan belas ..
Sedar tak sedar...dok asyik dibuai khayalan hari raya gamaknya...sudah masuk hari ke sembilan belas berpuasa pada hari ini. Gema lagu hari raya sudah semakin galak dipalu dan dimainkan, bahkan lebih galak dan bergema berbanding suara alunan bacaan al quran dan sebagainya. Semangat meneruskan puasa terasa semakin mengendur...sirna dek semangat dan keserunukan untuk meraikan 1 syawal...
Kita sedang melangkah masuk ke semester akhir dalam madrasah tarbiyyah ramadhan ini. Pelajar cemerlang dalam semester kedua bakal meraih anugerah keampunan selepas menerima anugerah rahmat pada semester awal sebelum ini. Dan mereka juga bakal menerima anugerah pembebasan dari neraka, disamping hadiah lain yang amat bernilai, malam al qadar...
Rata-rata di kampung-kampung sudah ada ahli qaryah yang memasang pelita punjut. Kalau dahulu kala diceritakan bahawa pemasangan pelita itu adalah untuk menaymbut lailatul qadr...yang digambarkan sebagai makhluk yang akan menyebabkan bersujudnya segala benda yang ada di muka bumi...itu khayalan dan dongengan semasa kecil..yang setaraf dengan kisah snow white ataupun imaginasi barbie versi 3D di kaca televisyen..
Namun kini masih ada yang memasang pelita punjut...mungkin seqadar berserunuk, atau seqadar menghias laman suram ... tetapi mengapa hanya di pengakhiran ramadhan dan awal syawal sahaja ye?
Dan di bazaar-bazaar Ramadhan, jamaah yang mengunjunginya menjadi semakin bertambah dan saudagar yang berniaga menjadi semakin tinggi rating kepopularan mereka berbanding rating tuan-tuan imam di masjid dan surau...
Di pejabat-pejabat juga mood bekerja dan berpuasa dengan kadar segera bertukar menjadi mood hari raya. Pejabat sudah mula dihiasi dengan kosmetik hari raya bagi menunjukkan syiar hari raya .. Radio on line dan juga mp3 di PC masing-masing juga sudah memainkan lagu-lagu lapuk hari raya berterusan sepanjang 8 jam...
Tawaran 10 hari terakhir ini semakin dipandang sepi oleh umat akhir zaman di nusantara ini. Dengan limpahan kemewahan yang meruah sepanjang masa....kita memandang enteng berkaitan perintah dan falsafah puasa yang hendak diterapkan oleh Allah azza wajalla. Kita tidak pernah terfikir untuk meningkatkan kualiti puasa kita setiap tahun. Maka jadilah puasa kita setiap tahun berlalu begitu sahaja seperti lagu salah seorang penyanyi , "Berlalulah sudah Ramadan..sebulan berpuasa..tiba syawal kita rayakan dengan rasa gumbire.."
Tetapi peliknya kita memandang serius pula soal kenaikan pangkat , soal kenaikan gaji tahunan, soal kenaikan di pentas buat menerima anugerah cemerlang ... berbanding soal untuk meningkatkan kualiti amalan seharian kita...
Mungkin kita beralasan, alah..tahun depan kan ada puasa lagi..memang benar...setiap tahun pasti ada ramadhan dan ia akan terus berlangsung mengikut pusingan namun persoalannya adakah kita akan sampai ke ramadhan tahun 1434 itu?
Di kesempatan yang masih berbaki ini...ayuh teguhkan semangat .. kuatkan keyakinan..mari bersama memburu al qadr.
Sila rujuk entry ini untuk salah satu panduan pemburuan al qadr
http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/09/mereka-menjunjung-al-quran-di-malam.html?spref=bl

Ulasan