syawal dua - kemenangan dan kesesakan

Salam syawal. Umat islam di Malaysia, khususnya negeri perak ke selatan tanah air masih hangat meraikan ketibaan syawal meskipun sudah ada yang memulakan puasa sunat syawal. Anak-cucu yang pulang untuk berhari raya di kampung masih lagi belum pulang dan menghabiskan sisa cuti sehingga ahad.

Perjalanan untuk berhari raya di kawasan batu pahat saban tahun pasti akan menemui masalah berulang. Masalah kesesakan lalulintas. Ianya akan bermula dari bulatan masuk ke gotham city, kemudian di lampu isyarat susur ke felda ayer hitam, kemudian semakin sesak dari sekolah menengah seri lalang hinggalah ke pekan ayer hitam. Ianya adalah masalah tahunan yang terus berulang yang pada pandangan penulis dipandang sebelah mata sahaja bagi yang memegang tampuk kekuasaan.

Mungkin bagi mereka ini adalah kici punya hal. Ini kesesakan satu tahun satu kali juga. Semua orang harus faham..

Apa adakah rakyat wajib faham tetapi mereka tidak perlu faham keadaan rakyat?



Oleh kerana kesesakan ini berulang dan terus berulang, maka mereka yang mesra kuasa perlulah berfikir secara realistik dan inovatif serta kreatif untuk menyelesaikannya. Janganlah membuahkan fikiran seperti tikus membaiki lampu seperti lampu isyarat di bulatan utama yang boleh menyesakkan lagi lalu lintas walaupun pada hari-hari biasa.

Ini bukan masalah yang baru. Ini masalah yang berulang saban tahun. Sepatutnya sudah ada penyelesaian. Mungkin mereka boleh post mortem saban tahun serta kajian menyeluruh mengapa kesesakan berlaku.

Ada pandangan mengatakan kesesakan berlaku kerana kereta diletakkan sesuka hati di kiri kanan jalan tanpa ada sebarang tindakan dari pihak yang berwajib.. Mengapa begitu ya?

Memang kewujudkan kedai di kiri kanan pekan kecil ini menyebabkan kereta diletakkan sesuka hati di tepi jalan. Ianya memang mengundang kesesakan lebih-lebih lagi di musim perayaan. Untuk laluan ke gotham city pula, laluan masuk ke tol hanya ada satu lorong. Sepatutnya laluan tersebut ditambah...

Adakah ianya akan terus berulang dan berulang dan tidak berubah seperti berubahnya wakil-wakil rakyat? Adakah dengan mengubah plan rekabentuk pekan kecil ke kawasan lain mampu mengurangkan kesesakan sedia ada?

Pada pandangan penulis...sama sahaja..!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol