merdeka 55
Segala puji bagi Allah yang masih mengekalkan nikmat keamanan dan kesejahteraan di mukabumi Malaysia sehingga huruf-huruf ini ditaip keadaan masih biasa dan dianggap selesa serta aman sentosa meskipun jenayah kejam kedengaran semakin menjadi-jadi beserta beberapa siri rompakan namun ianya seqadar secalit lumpur sahaja yang tidak mampu mengotorkan keseluruhan rupa bumi tanah air bertuah ini.
Benar jika ditilik secara makro dibandingkan dengan kebanyakkan negara yang dilanda bahana api peperangan seperti Mynmar, selatan Thai, Syria, Iraq dan lain-lain. Juga negara yang kerap dilanda bencana seperti China, Filipina, Indonesia dan lain-lain, ternyata anak tanah merdeka ini sepatutnya menjadi manusia atau hamba yang paling bersyukur....
Namun bagaimana kita ingin menterjemahkan kesyukuran itu? Adakah dengan seqadar melafazkan kalimah syukur sahaja atau kalimah Alhamdulillah sahaja kemudian kita bersama dengan selebriti dan bangsa Malaysia lain berpesta sepanjang malam Jumaat ini?
Cukupkah dengan hanya mengadakan majlis tahlilan bagi memperingati dua tiga orang yang diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sudah dianggap telah menyempurnakan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan?
Adakah juga dengan bacaan khutbah bertajuk nikmat kemerdekaan telah boleh menutup kebusukan dan keboborakan akhlak anak-anak merdeka di malam count down yang berkebetulan berlaku pada malam Jumaat?
Adakah dengan menghimpunkan ribuan anak-anak muda di dataran sambil menyanyikan lagu-lagu patriotik dan terkinja-kinja menghayun bendera boleh kita banggakan sebagai anak-anak merdeka pewaris kepimpinan negara?
Adalah satu kesilapan jika kita berkira-kira bahawa dengan melaksanakan segala yang di atas kita telah dikategorikan sebagai anak merdeka yang tahu bersyukur.
Apabila ada anak merdeka yang cuba mengkritik kepimpinan negara atas kesilapan yang ternyata dan terang, maka pantas sahaja dicop selaku golongan pembangkang, penderhaka, kufur nikmat dan pelbagai label lagi. Apakah dengan membiarkan kemungkaran bermaharajalela di bumi bertuah ini akan mampu mengekalkan keamanan negara?
Anak merdeka perlu bersyukur. Rafa'kan kesyukuranmu wahai anak merdeka dan terjemahkanlah dengan menghadiri pesta yang pelbagai di malam kemerdekaan yang disediakan secara percuma oleh anak-anak pejuang merdeka bagi meraikan ulangtahun kemerdekaan ini.
Nyanyilah....menjeritlah...menarilah...dan bergaulah sebebasnya. Anda mempunyai tiket kebebasan mutlak pada malam sambutan ulangtahun kemerdekaan. Pergunakanlah dengan semahunya saat kebebasan dan kedamaian ini dengan pengisian maksiat sebanyak-banyaknya sebelum nanti datang janji Tuhan...
Maka saat 9 bulan dari sekarang pasti akan timbul lagi kisah-kisah malang bayi terbuang juga tertimbun hasil sumpah setia di malam ambang kemerdekaan...
Adakah ini bentuk persembahan kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang diperbesarkan? Adakah ulama-ulama redha dengan segala yang sedang berlaku? Cukupkah dengan menghantar mesej dari mimbar boleh menghentikan segala keboborokan malam merdeka yang telah diwarisi sejak 55 tahun lampau?
Benar ada alternatif yang dibuat seperti acara tahlilan, forum dan sebagainya tetapi adakah mereka ada membuat kajian mengenai jumlah yang hadir, perbandingan antara majlis countdown yang berbau kebaratan (bagaimana menyaluti wajah kemerdekaan dengan permainan barat pula ya?) dengan majlis berbau keagamaan menjelang kemerdekaan?
Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan dan kekalkan keamanan serta kuatkan Islam ....

Ulasan