marhaban ya marhaban
Marhaban datang lagi bersempena dengan kehadiran syawal. Pergerakan kumpulan marhaban sememangnya amat masyhur di negeri gerbang selatan ini. Seolah-olah tidak sah sambutan hari raya sekiranya tiada di adakan marhaban masuk kerumah-rumah penduduk sebagai salah satu langkah bagi menziarahi jiran tetangga dan rakan taulan.
Pergerakan marhaban biasanya akan berperingkat-peringkat. Mungkin gelombang pertama ialah marhaban rumah ke rumah bagi penduduk qaryah. Ianya mungkin memakan masa sehingga dua minggu untuk enghabiskan ziarah ini. Itupun tidak mampu untuk dilaksanakan ke seluruh rumah ahli qaryah. Ada qaryahahajayang mampu menghabiskan kesemua rumah penduduk dalam masa satu hari sahaja. Meskipun ramai tetapi masa yang diperuntukkan untuk sesebuah rumah adalah kurang dari lima minit. Ini bermakna mereka hanya masuk, membaca selawat dan seterusnya mengumumkan kepada tuan rumah untuk memohon maaf dari kesemua ahli kumpulan. Selalunya acara makan akan dibuat pada rumah yang terakhir dengan mengumpulkan dana dari beberapa rumah secara berkelompok.
Ada juga jamaah marhaban yang memilih rumah untuk diziarahi. Selalunya JK surau atau masjid akan membuat pengumuman di papan kenyataan sesiapa yang sudi menerima rombongan marhaban sila tulis nama dan juga tarikh untuk diziarahi. Mungkin ianya hampir menyerupai acara rumah terbuka. Ziarah marhaban terpilih ini dilihat lebih berhati-hati dan akan menyebabkan orang yang bersetuju akan membuat persediaan rapi, khusunya dalam bab makanan.
Ya...persiapan biasa yang akan dibuat oleh tuan rumah ialah persiapan makanan dan minuman..Ianya menjadi asas yang penting bagi menentukan kesinambungan kewujudan jamaah marhaban...
Kumpulan marhaban yang lain ialah marhaban diantara ahli-ahli dalam sesebuah organisasi. Mereka ini akan menentukan hari-hari tertentu untuk menziarahi rumah-rumah tertentu dalam kumpulan organisasi yang tersebut.
Meskipun kebanyakan antara kita dalam arus kemodenan era pra kebangkitan al mahdi ini kerap mengadakan rumah-rumah terbuka untuk meraikan syawal, namun pergerakan jamaah marhaban masih lagi popular dan terus diamalkan oleh segelintir masyarakat khususnya di negeri zapin dan barongan ini.
Tetapi adalah sesuatu yang agak menyakitkan tuan rumah tatkala jamaah ini hadir dipintu rumah bersama dengan tabungan yang perlu diisi atas nama sadaqah, tetapi disebutkan pula jumlah minimum yang perlu dimasukkan ke dalam tabung bantuan hayat jamaah itu...
Wallahu a'lam

Ulasan