Pemilihan MPP : Antara tanggungjawab dan perjuangan

Pemilihan wakil-wakil MPP untuk mengisi kekosongan kerusi bagi dua semester telah berlangsung. Kemenangan beberapa calon juga kekalahan telah diumumkan dengan baik tanpa wujud sebarang anasir kekalutan dan sebagainya yang seboleh-bolehnya akan dielakkan oleh pihak pentadbir institusi.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya pula..apakah sebenarnya fungsi dan tanggungjawab MPP ini. Adakah seqadar untuk mengisi kekosongan kerusi dengan menabur beberapa janji yang kelihatan tidak munasabah untuk dilaksanakan,

Sebagai contoh, tatkala terbaca janji-janji calon di poster-poster yang tergantung di segala ceruk kampus, penulis tersenyum sendiri. Antaranya ialah janji untuk berusaha mewujudkan tempat letak kereta atau motosikal berbumbung...wah banyak betul peruntukan mereka...?

Bukankah MPP itu hanya bertugas selaku salah sebuah badan untuk melaksanakan segala aktiviti pelajar..MPP tiada kuasa untuk menentukan segala perkara yang berkaitan dengan dasar dan peraturan sedia ada di institusi...



Jadi kenapa mahasiswa begitu teruja dan beriya-iya untuk menyertai pemilihan MPP? Dari satu segi ianya adalah amat sihat untuk menyuburkan serta membudayakan proses demokrasi di dalam kawasan kampus. Mereka ini adalah merupakan suara mahasiswa. Mereka dipercayai selaku wakil yang akan membela dan mempertahankan mahasiswa jika berlaku sebarang konflik atau wujud peraturan pelik yang dilihat boleh mengancam atau melibatkan mahasiswa ke kancah kurang senang atau kurang selesa.

MPP seharusnya lebih peka dengan gerak nadi masyarakat kampus, bukan terikut-ikut dengan rentak tari mentor tidak bertauliah di luar sana yang kununnya ingin menjadi hero ...Usahlah dibiarkan diri terjerumus atau diperalatkan dengan sewenang-wenangnya oleh pihak luar yang sebenarnya ingin sekali agar mahasiswa ini menjadi badut terpelajar selaku bahan eksperimen pengaruh dan kekuatan mereka.

MPP masih ada kekuatan dengan jalan rundingan dan sebagainya selain daripada demo atau bantahan ganas sama ada di luar mahupun dalam kampus. Jikapun wujud golongan ekstrem yang bencikan situasi perundingan panjang dengan pentadbiran tanpa sebarang solusi mudah yang memihak kepada mereka, maka dekati mereka dan cuba bawa masalah dan perjuangan mereka seboleh-bolehnya ke meeja perundingan..

Mungkin ada mahasiswa ini yang cukup terkesima dengan tarian pejuang jalanan hingga sanggup berdemo selepas Jumaat atas isu enteng yang boleh diselesaikan dengan perundingan mesra bersama pentadbiran. Ya..hati mahasiswa hati muda yang bergelora. Dibincang-bincang tak dapat, dibawa terus untuk tatapan khayalak..

Apabila berlaku sebarang insiden demo yang ternyata untuk pentadbir, MPP sepatutnya memainkan peranan sangat cergas untuk mendamaikan kedua pihak, bukan pula menjadi pendakwaraya bagi pihak pentadbiran...Maka ternyata fungsi dan kekuatan sebenar kuasa pelajar di dalam kampus.



Sering juga kita terdengar akan rungutan warga kampus bahawa MPP hanya alat HEP... Kenyataan itu ada benarnya jika MPP hanya bersungguh untuk melaksanakan program tajaan pentadbiran tanpa mahu melihat keadaan dan situasi sebenar pelajar...

Apabila kita menjadi MPP, cuba fikirkan bagaimana untuk kita mewujudkan sebuah kampus yang benar-benar dapat membahagiakan penghuninya. Wujudkan serta cadangkan nilai-nilai murni di dalam setiap program pelajar. Bukan hanya jadi pengajur program joget-jogetan, konsert beruk dan sebagainya tanpa melihat apa kesan terhadap sahsiah pelajar..

Program tanpa nilai tambah memang digemari ramai. Penulis percaya kalau MPP mampu membawa artis atau kumpulan muzik terkenal ke dalam kampus, rating populariti mereka akan segera menjulang naik. Tetapi jika MPP yang telah dilantik ini faham akan tanggungjawab mereka selaku wakil pelajar yang perlu memelihara akhlak dan menjunjung nilai murni serta membantu menghiasi sahsiah warga kampus dengan keutuhan dan keunggulan cahaya ketuhanan, maka tugas kepimpinan ini akan senantiasa diredhai..

Ingin rasanya penulis dan rakan-rakan lain melihat kampus yang dihuni kembali kepada fitrah..menjunjung nilai-nilai murni dalam setiap aspek kehidupan..membasmi gejala zina dan jalan-jalan ke arahnya dengan penuh hikmah, meruntuhkan segala anasir dadah rokok dan segala yang membawa kepada khayal, menghidupkan rumah-rumah Tuhan di dalam kampus dan menjadikannya pusat kecemerlangan pelajar..oh alangkah indahnya...

Namun maskipun wakil-wakil ini senantiasa berubah setiap dua semester, silih berganti antara wakil yang cenderung kepada norma rabbani dengan wakil yang cenderung kepada norma sosial, masih tidak dapat dilihat lagi satu perkara yang boleh dibanggakan..bahawa ini hasil usaha MPP...nah dimana kesinambungan perjuangan...dimana sebenarnya bukti sebuah kejayaan?

Janganlah kiranya menyertai MPP hanya seqadar untuk mencipta sebuah keglamouran semata-mata ...

Ingatlah akan kata-kata Umar Al Khattab, Aku khuatir untuk tidur di siang hari bimbang urusan dengan manusia tidak selesai dan aku juga bimbang untuk tidur di malam hari khuatir urusan dengan Tuhanku tidak selesai.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol