kedai makan orang kita

Penulis sememangnya kerap makan di kedai-kedai makan sama ada sarapan pagi ataupun makan malam dek kerana masa untuk memasak adalah terhad. Oleh yang demikian, penulis kerap menemui pelbagai karenah pelayan yang berada di kedai-kedai makan ini.

Kita mungkin acapkali dipertemukan dengan pelayan yang melayan kita secara biasa ..  iaitu yang sabar menunggu kita membuat pesanan. Kadang-kadang kita mengambil masa yang agak lama untuk membuat pesanan hingga menyebabkan pelayan terpaksa menunggu agak lama untuk kita membuat keputusan.



Ada juga pelayan yang kita lihat agak kurang sabar apabila menunggu kita membuat pesanan. Ianya merupakan fenomena yang biasa kita temui. Kita boleh membaca dari gerak isyarat tubuh badannya yang kelihatan sedikit resah ..

Tetapi yang paling melukakan ialah apabila kita duduk di bangku dan meja yang disediakan, kita diperlakukan seolah-olah tidak wujud di tempat tersebut hingga memakan masa lebih dari lima minit barulah muncul seseorang dengan soalan biasa, "Dah order ke bang?"



Satu ketika tatkala sarapan pagi bersama keluarga di suatu restoran kepunyaan India Muslim, penulis membuat pesanan makanan dan juga untuk dibungkus. Tatkala makanan yang dijamah telah hampir selesai, penulis bertanya kepada pihak pekedai adakah roti canai yang dipesan bersama pesanan makanan yang telah selesai dimakan telah siap dibuat? Pembantu kedai yang kelihatan agak sopan dan lurus itu memberi isyarat tunggu sebentar dan kemudian masuk ke dalam. Oh..rupa-rupanya sang penebar roti tiada dan pergi minum...

Sambil mula menebar, sang pembuat roti canai berkata dengan agak kuat, "saya minum sekejap encik. Saya pun mau minum juga,,,boleh sabar sikit tak encik..?" Maka kata-kata itu telah memanaskan hati penulis yang langsung tidak terbit sekelumit pun kemarahan sebelum itu. Penulis hanya mahu tahu apakah roti untuk dibungkus sudah siap sedia atau belum. Jika masih belum disediakan, penulis akan tunggu. Tetapi jika sudah disediakan, dan mungkin belum diberi hal itu adalah terbaik. Namun keadaan dan rentak paluan gong yang cuba disongsangkan oleh sang penebar roti telah menyebabkan irama tarian pagi yang indah itu mula menjadi mendung.

Tanpa berfikir panjang, penulis terus membatalkan urusniaga tempahan roti dan terus membayar makanan yang sudah dimakan dan seterusnya bergerak pulang sahaja. Siapa yang akan rugi dalam keadaan begini agaknya?

Apalah salahnya jikapun sang penebar itu hendak bersarapan terlebih dahulu, hanya bercakap, "Maaf encik...saya sarapan sekejap tadi...kejap lagi saya akan siapkan..." Tentu sahaja ianya tidak akan menimbulkan sebarang dengungan yang bisa membangkitkan amarah. Tetapi apabila nadanya agak berbeza dan cuba pula mempersoalkan kesabaran..maka itu boleh dikategorikan sebagai kurang beradab terhadap pelanggan...

Mungkin satu lagi perkara yang boleh menarik perhatian ialah kelemahan pengurusan yang kerap timbul. Sebagai contoh, selepas kita selesai menerima makanan yang dipesan dan setelah menikmati hidangan tersebut, tatkala dipanggil untuk kira, perkataan biasa yang akan kita dengar ialah, "Makan dan minum apa tadi?"

Mungkin bagi manusia yang jujur, dia akan menjawab satu persatu jenis makanan dan minuman yang dinikmati tadi. Bagaimana pula bagi jenis yang tidak berapa jujur? Boleh jadi dia akan menyembunyikan makanan dan minuman yang dinikmati sebentar tadi. Mungkin dia akan sebut nasi goreng sea food yang dinikmatinya tadi yang berharga RM5.50, dikatakan bahawa dia hanya makan nasi goreng biasa yang hanya berharga sekitar RM3.50 sahaja..? Juga dia mungkin akan mengatakan bahawa fresh orange yang baru dinikmatinya tadi yang bernilai sekitar RM3.00 adalah ais limau yang hanya berharga sekitar RM1.80 ke RM2.00..? Siapa yang akan rugi?



Apalah salahnya jika pihak yang mengambil pesanan tadi telah memberikan menu yang dipesan kepada pihak juruwang untuk dibuat pengiraan awal dan oleh itu segala pesanan yang diterima akan boleh terus dibayar tanpa sebarang pertanyaan lagi..?

Sebenarnya hal ini bukan hanya berlaku di warung makan sahaja. Di klinik swasta yang agak berprestij juga pernah berlaku. Beberapa hari selepas 1 syawal, penulis ke klinik berhampiran disebabkan klinik panel masih bercuti hari raya. Ini disebabkan anak penulis yang berumur kurang dua tahun muntah dan buang air besar (cirit birit) .. Setibanya di klinik sekitar jam 12.20 tengahari..ya dengan cuaca yang agak panas dan kelihatan pelanggan di klinik juga boleh tahan ramainya. Penulis berdiri di kaunter untuk mendaftar. Di dalam kaunter kelihatan dua tiga orang petugas. Tetapi yang melayani pelanggan hanya seorang di kaunter ubat manakala yang lain mundar mandir keluar masuk dari pintu bilik doktor dan juga farmasi ubat. Setelah berdiri agak lama dan terasa tiada layanan, penulis segera bertanya, "Saya nak jumpa doktor.." Namun jawapan yang diberikan agak mengecewakan. Dengan nada yang agak kurang menyenangkan, "Boleh sabar tak sekejap..." Wah ... ianya bagai cetusan mancis api pada sumbu yang dilumuri minyak petrol...

Segera penulis keluar dan memanggil isteri keluar bersama...

"Lebih baik pergi klinik lain yang di bandar.."

Tiba di klinik doktor yang bukan sebangsa...pelanggan agak ramai juga. Namun berdiri di kaunter tidak sempat terlintas di fikiran, lamanya...Kita sudah dilayan dan sudah mendaftar..Mudah dan nyaman sahaja...

Meskipun pelanggan lebih kurang sahaja ramai dengan klinik orang kita sebentar tadi, namun layanan memuaskan. Tiada pula arahan kasar seperti di hospital kerajaan beberapa dekad dahulu...rupanya penyakit kekasaran dan kesumbungan layanan di premis hospital kerajaan suatu ketika dahulu sudah mula menjangkiti klinik-klinik swasta kunun masyhur milik bangsa penulis ...



Mungkin juga kerana masih terasa kehangatan syawal dan 'panas' dengan majikan yang tidak memberikan cuti raya yang mencukupi, pelanggan yang dimangsakan?

Ya...jika beginilah keadaan peniaga dan usahawan bangsaku...maka itu merupakan tanda-tanda awal keruntuhan empayar perniagaan mereka....Sebelum terlambat...buatlah sesuatu...

Wahai anak bangsaku....







Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol