Kita berarak lagi

Malam 20 Oktober 2012 sekali lagi warga organisasi ini turun beramai-ramai ke bandar penggaram untuk melakukan perarakan raksaksa. Bukan perarakan untuk bantahan..jauh sekali perhimpunan haram...tetapi perarakan untuk menyedarkan warga Penggaram akan kedatangan sambutan gilang gemilang yang diraikan saban tahun di organisasi bakal menjelang tiba tidak beberapa hari lagi.



Meskipun perjalanan dari kediaman menuju ke lokasi disulami dengan pelangi, hujan dan sekali-sekala kilauan kilat, namun penulis tekadkan keazaman menuju ke lokasi.

Sebagaimana tahun lepas, pesta perarakan ini diadakan semasa kemunculan musim tengkujuh. Walaupun kali ini hujan yang turun di sepanjang jalanan tidak selebat hujan tahun sebelumnya, namun ia belum bererti kawasan perarakan tidak dilimpahi air hujan...

Penulis tiba di bulatan simpang rantai selepas maghrib berlabuh. Namun di kawasan tersebut kenderaan mula sesak. Simpang ke pukul 9 seperti terempang dengan sesuatu. Hujan turun renyai. Tatkala berjaya menjejakkan roda citra di halaman rumah Allah, imam sedang berada di rakaat kedua. Hanya berkesempatan untuk rukuk pada rakaat akhir bersama imam.

Usai solat penulis mencuba sms pengurus kontinjen tetapi tiada sebarang balasan yang diterima. Di pintu masjid akhirnya terserempak dengan pengurus dan juga salah seorang ketua jabatan.

Kami dikehendaki berkumpul di padang. Sebelum itu berpeluang menikmati ransom nasi arab. Sungguh menyelerakan makan selepas hujan dalam keadaan kelaparan.

Selepas menikmati hidangan bergerak ke padang mencari barisan. Jabatan penulis berada agak jauh dan kebanyakan terdiri daripada pelajar. Staf hanya ada lebih kurang lima orang sahaja. Terdetik di hati untuk segera pulang.

Tatkala berjaya menyelinap keluar dan selepas melintasi jalan raya, terserempak dengan rakan sepejabat. Setelah dipujuk, penulis akhirnya bersetuju untuk turut serta dalam perarakan.

Kami akhirnya bergerak mengejar kumpulan kami yang telah memulakan pergerakan. Baru beberapa langkah azan isya kedengaran dari menara masjid. Kami meneruskan perarakan hingga tiba di suatu lorong untuk menunggu. Di sini jumlah ahli agak bertambah.

Akhirnya kami bergerak ke satu lokasi lain dan kemudian di belakang kami ialah brass band. Perarakan pun bermula. Dikiri kanan jalan terdapat beberapa orang penduduk yang turut tertarik dengan perarakan ini.

Meskipun kali ini ianya tidak sehebat tahun -tahun sebelumnya tetapi kelihatan agak meriah ..



Perarakan town and gown ini merupakan perarakan biasa di universiti luar negara tetapi kelihatan tidak diamalkan di negara kita. Mungkin ini merupakan satu-satunya institusi dalam negara ini yang mengamalkannya ...

Wallahu a'lam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol