Majlis anugerah
Petang yang bersejarah sekitar jam 2.30 petang di dewan besar lama telah berlangsung majlis penganugerahan untuk pelajar yang telah berjaya meraih pencapaian melebihi paras kiraan cemerlang. Majlis ini diadakan khusus untuk meraikan golongan ini dengan harapan agar ianya dapat menjadi pemangkin kepada golongan yang telah mencapai status cemerlang ini agar dapat mengekalkan status kehebatan mereka ini sepanjang peperiksaan yang bakal ditempuh tatkala berada di kampus permai ini.
Acara bermula sekitar jam 3.00 petang meskipun pada asalnya dijangka akan bermula sekitar jam 2.30 petang. Ini adalah untuk memberi peluang kepada pihak yang diraikan agar dapat hadir dalam majlis tersebut.
Pendaftaran pelajar bermula seawal jam 2.00 petang dalam keadaan petugas pendaftaran masih belum memperlihatkan batang tubuh mereka lagi. Terpaksa penulis memulakan proses..
Acara di dalam dewan juga ditunda beberapa minit kerana PP1 terpaksa pulang ke pejabat bagi mengambil buku daftar yang tertinggal di dalam bilik penulis. Beliau juga merupakan pembaca doa untuk majlis tersebut..
Petugas di bilik operasi juga mengambil sedikit masa apabila cuba memperbaiki pancaran visual yang gagal memaparkan paparan berwarna. Yang ada cuma paparan hitam putih....ala-ala old skool ikut bahasa orang muda.
Akhirnya sekitar jam 3.00 petang barulah majlis dapat dimulakan. Tetamu yang diraikan hadir dengan pelbagai penampilan dan peragaan fesyen. Ada juga yang memakai cheong sam terbelah hingga menampakkan peha....
Majlis dimulakan dengan acara nyanyian lagu kebangsaan dan organisasi. Kemudian yang berbahagia menyampaikan amanat kepada pelajar dan menyeru agar terus kekal dalam kecemerlangan.
Di akhir ucapan, pelajar diminta berdiri dan pengumuman penganugerahan pun dibuat bersama gimik lagu gemuruh oleh faizal tahir dan juga letupan kertas berwarna-warni. Tetapi gimik ini nampaknya seperti tidak berapa menjadi. Ledakan kertas warna-warni yang dikatakan mampu meletup hingga ke jarak 10 meter hanya mitos si cina penjual semata-mata!
Selesai program, acara fotografi bersama pimpinan. Kemudian ialah jamuan. Pelajar sibuk bergambar di sana sini seolah-olah esok dunia akan berakhir dan ini adalah peluang terakhir untuk bergambar?
Program seumpama ini sememangnya amat wajar untuk diteruskan.....
Majlis pada kali ini mendapat sokongan dan bantuan semua pihak. Tidak seperti program sebelumnya yang terang dan jelas dipulauksn...moga Allah memberikan keberkatan kepada kita semua....

Ulasan