Banjir : Antara bala dan manusia...

"Aku dah duduk Kluang ni sejak darjah enam (umur 12 tahun : Pen) Tapi tak pernah rumah aku kena banjir. Sekarang sejak tahun 2004 banjir selalu. Dulu masa zaman aku sekolah, hujan seminggu turun tak berhenti pun masih tak banjir. Kami boleh tidur dengan tenang dan bahagia...Kini, selepas buat longkang konkrit depan rumah, banjir selalu je berlaku ...walaupun hujan sehari suntuk dengan kadar yang lebat..."

Begitu bersemangat sahabat ini berkata suatu ketika di sebuah gerai tatkala sarapan pagi...

"Sekarang ni, pantang hujan lebat sikit, hati mula cemas dan risau...takut banjir melanda...Memanglah banjir nya tak seperti tempat lain yang termenung berminggu-minggu. Sehari semalam dah surut dan boleh balik berkemas apa yang patut. Tapi barang-barang rosak, sampah sarap, lumpur dan segala bagai...nak berkemas bukannya mudah.."

"Aku tak fikir perkara ni berkait secara langsung dengan fenomena alam. Aku rasa ni semua adalah akibat dari kebejatan tangan-tangan manusia sendiri. Buat pembangunan buat taman perumahan dengan mengabaikan sistem perparitan. Pembangunan hanya mengejar keuntungan tanpa memikirkan tanggungjawab sosial.."


30:41

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar Rum : 41

"Pihak pemerintah pula macam tak kisah sangat dengan keadaan banjir yang semakin kerap melanda negeri kelahiran parti pemerintah ni. Kalau seqadar bayaran pampasan bernilai RM500.00 satu keluarga sahaja, atau seqadar pemberian dapur gas dan pinggan-mangkuk plastik cap ayam jantan je setiap kali selesai bencana, langsung tak boleh mengubat kedukaan dan kenastapaan mangsa banjir sebenarnya. Tapi nanti bila kita berkokok dia tuduh kita kufur nikmat pula..."




Suaranya semakin tertahan-tahan tanda cuba mengawal emosi kemarahannya ..

"Pemerintah kena fikirkan sesuatu...khususnya di negeri yang dikatakan kubu kuat nih...kalau dapat sediakan kawasan perumahan baru yang jauh dari ancaman banjir walaupun hujan berminggu  .. tanah dan rumah yang kerap dilanda banjir ni terpulang la kepada mereka  untuk ditebus. Pemerintah mampu ambil balik tanah ni dan ganti dengan tanah yang baru...."

"Tapi aku rasa aku cakap kat sini takl de siapa nak dengar...YB kalau datang masa banjir pun seqadar duduk sekejap dengan mangsa di lokasi pemindahan, ketawa dan senyum sedikit, pegang dan peluk anak-anak kecil kejap, kemudian ke dapur tolong kacau nasi dalam periuk kejap, TV pun rakam lalu masuk berita jam 8.00 .. selesai dan seluroh negara kata YB itu sangat prihatin....langkah jangka panjang bagaimana?"


Ya Allah...Peliharakanlah qaryah kami ini daripada malapetaka banjir buat selama-lamaNya!!



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol