SPM - Kenangan 20 tahun lampau

Apabila mendengar kisah dan celoteh penyampai radio IKIM tatkala dalam perjalanan menuju ke pejabat sepanjang jalan yang agak basah dibawah perarakan besar awan kelabu pagi tadi, maka kenangan tatkala menjadi calon SPM sekitar tahun 1992 kembali menjelma...




Ya 1992 sebaik sahaja cuti sekolah bermula, rakan-rakan junior lain berarak beramai-ramai bersama beg bersaiz besar memuatkan segala khazanah terutamanya kain baju seluar menuju ke pintu pagar sekolah untuk menikmati cuti panjang, kami pelajar senior form five di sekolah berasarama penuh (SBP) hanya mampu melihat dan merenung dan kemudian kami semua bakal menjadi raja di dalam halaman sekolah.

Ya  .. untuk menyambut kedatangan musim peperiksaan SPM pelbagai perkara berlaku. Kalau sebelum ini muka sahabat kita ini tidak pernah dikenali oleh bangunan surau, kini setiap waktu dia mula menjadi sahabat akrab kepada permaidani surau. Seolah-olah tidak mahu ia berenggang dengan bangunan yang paling suci di sekolah ini.

Ada juga yang berani melakukan pelbagai perkara yang tidak mungkin boleh dilaksanakan pada waktu biasa, seperti prep malam, dengan menghadiri prep memakai kain pelikat ...




Keadaan tekanan peperiksaan yang semakin menghimpit, ditambah lagi dengan kehadiran guru disiplin yang cuba membuat provokasi dengan langkah kununnya untuk memperkasakan peraturan sekolah. Benarlah, peraturan sekolah tetap berjalan meskipun kita ini berada dalam keadaan 'separa' sekolah . Ini bermakna tiada boleh juga seseorang itu menghisap rokok sewenang-wenangnya ... berambut panjang bergaya dan sebagainya selagi masih memakai uniform sekolah..



Oleh yang demikian, kami tetap memotong rambut kami, melaksanakan segala peraturan yang berjalan dengan sebaiknya. Ancaman guru disiplin yang muncul tanpa sebarang alamat sememangnya memberikan tekanan tambahan  ..

Hari pertama menduduki peperiksaan keadaan sememangnya terkawal dan meriah sekali. Menghadap kertas peperiksaan Bahasa Melayu dengan penuh tenang dan keyakinan nan mantap..

Semakin hari kertas yang dihidangkan semakin berat dan menyeramkan. Khususnya yang berkaitan dengan sains tulen. Huh...nama je sekolah sains tetapi subjek sains hampeh ...

Selepas kertas terakhir pada sebelah petang, kami bersama dalam satu majlis perpisahan informal di kantin sekolah. Dan kemudian  esok pagi kami pun berangkat pulang ke kampung halaman masing-masing ...

SPM adalah merupakan satu sistem yang telah dirangka sebagai tiket untuk ke perjalanan seterusnya. Jika berjaya meraih tiket terbaik, nescaya kita akan mendapat pesawat terbang canggih yang boleh memacu kita hingga ke angkasa. Namun jika kita mendapat tiket yang tidak berapa baik, ia bukan bermakna pesawat kita ini tidak akan mampu menerbangkan kita. Boleh jadi kita akan transit di lapangan terbang lain dan terima tiket yang lebih baik...

Berusaha dan terus berdoa serta bertawakkal .. Hanya kepada Allah jua tempat memohon ...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol