Azan. ..antara penanda aras masuk waktu dan memanggil insan ke rumah Allah?
Laungan azan yang dikumandangkan setiap waktu apabila masuk sahaja waktu solat di kebanyakan menara masjid dan surau di setiap dunia Islam sejak ianya diperkenalkan lebih 1,400 tahun yang lalu sememangnya dikenali ramai oleh semua golongan masyarakat sama ada ia seorang muslim atau non-muslim, dan sama ada ia gembira atau kurang menyukainya.
Lafaz azan yang dipopularkan oleh sahabat Bilal b Rabah, bekas hamba berketurunan Habsyi yang kemudiannya telah kedengaran derap kakinya di syurga oleh Junjungan Rasul SAW itu, telah diperintahkan sendiri oleh Junjungan SAW untuk mengumandangkan azan berdasarkan mimpi benar sahabat yang menerima lafaz-lafaz yang dikumandangkan.
Bilal, meskipun bukan seorang arab yang mana lidahnya dikatakan tidak mampu melafazkan kalimah syin dengan betul telah diberi tanggungjawab besar itu oleh Junjungan SAW sendiri meskipun ramai lagi yang berketurunan arab yang fasih lisannya...
Apabila Islam semakin tersebar, kalimah azan juga turut bersama mewarnai kebudayaan muslim-arab. Meskipun pengasas turki moden pernah cuba mensabotaj lafaz suci kalimah tersebut dengan mengharamkan penggunaan kalimah arab dan diperintah untuk dilaungkan dalam bahasa ibunda...namun ianya tetap mendapat pemeliharaan dari yang maha berkuasa hingga ke saat ini...
Apabila lonjakan arus kemodenan yang membawa bersama penggunaan elektrik beserta pembesar suara melanda dunia, negara Islam tidak menahan atau menolak gelombang ini dan azan di menara masjid mula memakai pembesar suara.
Sejak asal azan adalah dianggap sebagai kaedah untuk memanggil muslim ke masjid bagi mengerjakan solat...dek kerana kebergantungan yang tinggi terhadap elektrik dan pembesar suara, khususnya di akhir zaman ini, ada muazzin yang sanggup 'menggelapkan' azan apabila terputus bekalan elektrik..."cukup seqadar iqamah je...." dan ia cukup untuk mengurangkan jumlah kehadiran solat berjamaah.
Bagi yang lebih faham, azan tetap dilaungkan walau tanpa sebarang penggunaan alat pembesar suara. Tetapi ianya hanya dilaungkan di dalam surau atau masjid sahaja...ini bermaksud ianya hanya untuk didengari oleh jamaah yang telah hadir dan juga jamaah yang istiqamah hadir. Bagaimana dengan penduduk kampung?
Pada zaman Rasulullah SAW Bilal mengumandangkan azan di atas bangunan. Mengapa?
Kerana pada waktu itu tiada corong pembesar suara.
Kerana pada waktu itu menara masjid juga tiada..
Jadi kenapa tak diazankan di dalam masjid sahaja?
Ini kerana laungan azan perlu didengari oleh seluruh warga Madinah agar mereka TAHU dan FAHAM bahawa waktu solat telah tiba dan perlu datang segera ke masjid dan tinggalkan segala yang lain...
Tetapi fungsi azan mutakhir ini dianggap hanya untuk pemakluman bahawa telah masuk waktu sahaja. Itulah sebabnya disesetengah masjid atau surau apabila muazzin lewat untuk hadir, maka azan akan 'digelapkan'. Cukuplah seqadar iqamah...Biarpun jamaah yang hadir menyusut dek kerana tidak dapat mendengar azan.
"Takut nanti ada yang keliru..." itulah dangkalnya sebuah alasan.
Tetapi kadangkala kita seperti tidak mengelirukan orang lain apabila setiap pagi kita bertarhim dan memperdengarkan bacaan ayat-ayat al quran di menara masjid. Bukankah yang diajar pada zaman Rasul SAW ialah azan dua kali iaitu sebelum fajr dan selepas fajr bagi membangkitkan manusia dari lenanya dan bersegera untuk persiapan solat subuh?
Zaman Rasul SAW tiada pembesar suara dan menara....mana mungkin mereka akan bertarhim dan membaca al quran di atas bangunan?
Maka segelintir dari kita akan marah dan merasa seolah- olah tiada sah solat subuh kita secara berjamaah kerana pembacaan ayat-ayat suci al quran pada waktu sebelum subuh telah dilarang...
Tetapi kita tidak pula merasa marah terhadap golongan yang menghalang pelaksanaan Islam secara syumul...
Kita tidak pula kecewa dengan masjid dan surau yang kosong terus dari jamaah dan pengimarahan kecuali pada waktu Maghrib, Subuh dan Isya sahaja...
Oleh yang demikian, adalah perlu mengumandangkan azan di masjid dan surau meskipun sudah agak lewat kerana ianya mempunyai tujuan yang lebih utama....memanggil manusia ke rumah Allah jua....

Abu Dawud menceritakan bahawa Abdullah bin Zaid berkata: "Ketika kaum muslimin bermesyuarat tentang cara bagaimana untuk memanggil orang mendirikan solat, suatu malam dalam tidurku aku bermimpi. Aku telah melihat seorang lelaki sedang membunyikan loceng. Aku dekati orang itu dan aku bertanya kepadanya, apakah tuan hendak menjual loceng ini? Jika loceng ini memang untuk dijual, aku memintanya untuk menjual kepadaku saja.
Lelaki tersebut bertanya," Untuk apa kamu ingin membeli loceng ini? Aku menjawab, "Dengan membunyikan loceng ini, kami berharap dapat memanggil kaum muslim untuk menunaikan solat." Lelaki itu berkata lagi, "Maukah aku ajar kamu cara yang lebih baik?" Dan aku menjawab "Ya!" Lalu dia berkata lagi dan kali ini dengan suara yang amat lantang:
- Allahu Akbar Allahu Akbar
- Asyhadu alla ilaha illallah
- Asyhadu anna Muhammadar Rasulullah
- Hayya 'alash sholah (2 kali)
- Hayya 'alal falah (2 kali)
- Allahu Akbar Allahu Akbar
- La ilaha illallah
Esoknya ketika aku bangun, aku bertemu Nabi Muhammad S.A.W, dan menceritakan perihal mimpi itu kepadanya, kemudian Nabi Muhammad. S.A.W, berkata, "Itu adalah mimpi yang betul dan nyata. Ajar Bilal bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu . Kebetulan Bilal memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun mengajar Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami juga oleh Umar. Beliau juga menceritakannya kepada Nabi Muhammad, S.A.W mimpi yang sama.

Ulasan