Aku ingin cuti ..

Cuti Rehat atau tahunan  yang diperuntukkan kepada setiap pekerja acapkali doanggap sebagai hak mutlak mereka. Hal ini menyebabkan ada diantara staf yang begitu berani mengamuk sakan di pejabat apabila permohonan cuti mereka ditolak mentah-mentah oleh insan bernama bos.

Ada juga staf yang berani mengambil Cuti Kecemasan - EL dengan alasan bagi menghalalkan perlakuan mengambil cuti secara tidak terancang dengan hanya menghantar mesej ringkas melalui SMS.

Penulis juga berpengalaman  mengambil EL. Tetapi ianya berlaku apabila kita sering berhadapan dengan kes luar jangka. Ianya juga jarang sekali berlaku.

Namun ada juga staf yang cuba mengambil kesempatan atas sifat toleransi tahap tinggi insan bernama bos untuk kerap mengambil EL. Malang sekali jika kekerapan agak tinggi dan hampir setiap bulan.

Mungkin golongan seperti ini perlu diluruskan dengan sekali-sekala tidak meluluskan permohonan EL tersebut. Ataupun boleh juga dengan terus ke rumah staf berkenaan untuk memastikan apakah alasan yang diberikan berlaku dengan sebenarnya atau hanya seqadar omongan...

Adalah menjadi sesuatu yang memeningkan kepala bagi golongan yang terlibat dengan sokongan dan kelulusan cuti menghadapi golongan seumpama ini. Mereka amat yakin bahawa EL yang dipohon PASTI diluluskan ... Mungkin golongan ini belum dipertemukan dengan bos yang agak 'kejam' ....

Wallahu a'lam...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol