Hari pertama ke sekolah
2 Januari 2013....anak sulung penulis melangkah kaki ke tahun satu di SK Dato Syed Zain Al Shahab. Seawal jam 7 pagi sudah berada di kawasan sekolah. Perhimpunan pada awal pagi di dataran sekolah bersama pelajar baru dan lama dan dikendalikan oleh badan Pengawas sekolah menghimbau kenangan nostalgik tatkala masuk darjah satu sekitar tahun 1981 dahulu di SRK Long Jaafar Taiping Perak.
Anak-anak zaman moden ini dihantar oleh ibu bapa dengan kenderaan hingga ke pintu sekolah. Masa perhimpunan juga ditemani oleh ibu bapa. Guru besar sekolah bercerita mengenai disiplin murid.
Kemudian anak-anak ini digiring hingga ke bilik darjah bersama ibu bapa dan guru. Tempat duduk dipilih sendiri oleh anak murid tersebut. Ibu bapa ada yang masuk ke dalam darjah sambil mengambil gambar dari alatan canggih yang dibawa ke sana kemari.
Selepas melihat tempat penulis beransur untuk menghantar anak kedua ke kelas tadika.
Bapa saudara yang bermurah hati menghantar telah membawa anak kedua penulis pulang ke rumah..
"Dia tak mahu masuk sekolah..."
Akhirnya penulis terpaksa menghantar anak itu ke sekolah. Pada awalnya dia enggan. Setelah
dipujuk barulah dia mahu masuk pagar itupun tidak mahu masuk ke dalam kelas. Maka terpaksa penulis menemani.
Aksi di sini lebih hebat dengan pelbagai gaya termasuk tangisan, larian dan sebagainya. Akhirnya penulis berjaya keluar tanpa disedari oleh anak untuk melihat kakak long yang rehat.
Jarak antara dua sekolah ialah sekitar 3 ke 4 kilometer. Tatkala tiba masa rehat hampir habis. Cuba mencari dan akhirnya bertemu di kantin. Setelah selesai penulis kembali kebemani abak kedua.
Sekitar jam 11 pagi kelas tadika tamat. Sekitar jam 1 mengambil kak long dan terus ke masjid. Kemudian bergegas kembali untuk sekolah agama di bangunan sekolah yang sama.
Pelajar yang menangis hampir tidak ditemui. Hanya ada seorang murid lelaki yang kelihatan seperti hampir menangis..
Tahun 1981 ibu bapa yang menghantar akan menunggu di tepi tingkap hingga beberapa hari teyapi tidak bagi penulis. Arwah ayah yang merupakan seorang tentera hanya menghantar pada hari pertama dengan menaiki basikal sahaja. Selepas itu pergi dengan kenderaan tentera.
Murid pada waktu itu masih ramai yang menangis hiba ditinggalkan ibu bapa masing-masing. Mungkin kerana pada waktu tersebut kebanyakan mereka tidak masuk ke sekolah tadika. Meja dalam bilik darjah waktu itu ialah meja kayu berat berlaci tanpa penutup dan disusun satu persatu seperti dalam dewan peperiksaan.
Suasana bilik darjah kini lebih menarik dengan meja diletakkan secara berkumpulan.

Ulasan