Kuasa kem komadan : teluk gorek the returns

1 Feb 2013 - kami sekali lagi dipilih Allah untuk berjuang (?) di bumi Mersing bagi melaksanakan tuntutan taalim wa taalum - mengajar dan belajar ..?

Proses motivasi ini sebenarnya boleh kita katakan ianya sebagai proses pengajaran dan pembelajaran kerana  peserta datang untuk belajar tetapi kadang-kadang para fasi dapat pula belajar sesuatu dari mereka..

Kehadiran kami pada kali ini tidak dapat disertai oleh beberapa orang sahabat, khususnya sahabat besar Tn Guru (TG) dan Pegawai Hutan (PH) serta Juru Audio Visual kami yang tersohor.

'Kehilangan' sementara mereka diganti dan terubat dengan kehadiran Pegawai Sukan (PS) dan juga dua fasi baru....



Kami tiba di lokasi sekitar jam 12.15 tengahari Jumaat yang terang benderang. Laut sangat bersih di langit cuaca. Angin bertiup agak kuat. Dapat bermuzakarah dengan KF perihal beberapa perkara. Diri terasa agak 'kehilangan' kerana sahabat besar tidak dapat bersama...

Menjelang Jumaat, kami bergerak ke masjid. Usai solat, kelihatan kesemua ahli program berdiri solat qasar Asr. tapi malang sekali kerana tidak dilaksanakan secara berjamaah. Usai solat qasr, kami berdiri berjamaah solat hajat dibawah pimpinan al alamah...

Kembali ke base camp, makan tengahari telah terhidang. Kemudian, penulis, PS yang menanggung tugas PH berserta dua tiga orang ahli Holdings bergerak masuk ke hutan untuk membuat trek. Trek masih menggunakan laluan lama dengan sedikit penambahbaikan...



Sekitar jam 5 penulis bergerak balik, bertukar pakaian dan masuk ke dewan untuk menyertai LDK bersama peserta. Penulis ditempatkan dalam kumpulan lelaki yang keliahtan ceria dan bersemangat . Dengan menamakan kumpulan mereka sebagai kumpulan 1 malaysia, dek kerana ahli yang terdiri dari pelbagai bangsa, serta slogan listen, listen listen..Jelas mereka adalah anak muda yang agak ekstrem...

Menjelang jam 6.30 kami makan bersama. Kemudian hadir solat. Penulis ditugaskan pula untuk menemani peserta non muslim. Oh...tugas baru yang maha mencabar. Petang ini diisi dengan perbualan mengenai negara sahaja...

Sekitar jam 9.30 barulah LDK pembentangan. Seperti sebelumnya, penulis menjaga pembentangan lelaki dan Mr P menjaga pembentangan perempuan ..


Pembentangan pada kali ini tidak sehangat pembentangan pada sesi I. Selepas pembentangan ada acara mengganti telur yang pecah atau hilang dengan separuh mangkuk minyak masak ...Serta peristiwa pertukaran penghulu dan penghuluwati...

Malam menjelang larut dan kami semua masuk ke kawasan tidur masing-masing. Peserta tidur di dalam khemah dengan kawalan dari pihak urusetia ..

Pagi hari kedua, dimulakan dengan qiam al lail. Sesudah subuh, kuliah dan penulis sekali lagi bersama dengan  para peserta non muslim. Kali ini membincangkan konsep ketuhanan dan kepercayaan agama masing-masing dengan lebih mendalam. Ternyata dari hasil perbincangan didapati mereka ini agak longgar berpegang kepada agama masing-masing.

Hari kedua adalah acara kembara, silibus dan kursus teras dalam program ini. Kali ini dipimpin oleh PS. Memandangkan penulis dan dua sahabat fasi di CP tugasan agak jauh lagi jangkamasa berlaku, maka kami berehat di pelepasan. Maka kelihatan jua di pelepasan ini ada sedikit kelonggaran. Mereka hanya menunggu untuk dilepaskan, khususnya bagi peserta lelaki. Sungguh molek jika diisi dengan permainan ataupun bicara dari mursyid....

Maka beberapa orang dari kami mengambil peranan. Cuba membentuk usrah. Bertanya tentang masalah solat, bacaan solat dan sebagainya. Seqadar warming up. Kami yakin di CP nanti tentu ada banyak lagi soalan cepu mas dari sang penunggu CP.

Sekitar jam 11.30, kami bergerak ke CP 4. Penulis dan juga sahabat atuk. Ada seorang lagi fasi wanita. Tapi kami berangkat terlebih dahulu. Setibanya di tapak menunggu, dibentangkan kanvas panjang lantas terbaring tidur. Ah enak sekali menikmati tidur sebelum zuhur. Beberapa minit kemudian muncul pula fasi wanita.

Kemudian kami dikejutkan dengan sedikit kegemparan di mana salah seorang peserta terkena sengatan kala jengking. Namun runner gagal ditemukan dan dihubungi ... mujurlah sengatan itu dari makhluk yang masih kecil belum dewasa ..

Menjelang waktu zawaal muncul kumpulan pertama. Penulis memberikan sambutan dan kemudian menyerahkan kepada fasi atuk untuk memberikan tugasan dan kemudian menghancurkan pula tugasan. Kelihatan ada kekecewaan di wajah mereka ... Kemudian penulis pun memberikan ulasan.

Kami menjadi penunggu di situ sehingga menjejak ke pukul 6.30 petang .... paling lama sejak terlibat dengan kumpulan ini. Kami solat zuhur dan asr secara jama di situ dengan kumpulan ke dua lelaki..

Apabila rekaan mereka yang dibuat secara bersungguh, dalam kumpulan, kreatif kemudiannya dipuji dan akhirnya dipecahkan...bermacam perasaan berlaku

Kecewa

Tidak dihargai

geram - ni bahaya silap-silap fasi boleh dipukul ..

marah - pun membahayakan fasi

sedih

dan beribu perasaan lagi...

Tatkala tiba di base camp sekitar jam 6.40, singgah di kawasan CP penamat bersama sahabat PS dan juga runner. Kemudian bergerak untuk mandi bersiap dan makan. Al Alamah mengarahkan penulis selaku imam maghrib nanti.

Wah hidangan ialah udang lipan. Sebelum tu ada yang mengatakan udang kara...rasanya amat lazat dan penuh isi ...pertama kali makan udang nih..

Usai solat, refleksi mengambil tempat dengan waktu yang agak panjang. Ternyata semua peserta dapat memberikan buah fikiran melalui pembentangan oleh wakil-wakil mereka. Ini ditambah dengan ulasan fasi di setiap cp. rupa-rupanya ada sedikit sentuhan yang hampir sama di sebuah CP dengan CP penulis....

Tatkala minum kami, penulis dan beberapa sahabat keluar untuk ngeteh hingga ke Endau. Mencari sup dan juga air....

Menjelang jam 12.00 kami kembali ke pengkalan. Mata terlalu mengantuk hingga penulis tertidur sepanjang perjalanan pulang...

Sekitar jam 12.00 lebih, kedengaran suara memberi salam beramai-ramai di hadapan pintu bilik fasi. Mata sangat mengantuk maka tidak dapat hendak dilayan atau didengari. Rupa-rupanya mereka mencari bendera yang hilang...

Hari ketiga juga dimulakan dengan acara qiyam. Kemudian jamrah hikmah bersama KF. Selepas menulis segala sifat negatif, mereka digiring ke padang untuk membuang serta membakar sifat itu. Dengan mata tertutup dan pelbagai gangguan yang datang, mereka hanya perlu fokus dan mendengar kepada mursyid sahaja. Ramai juga di kalangan mereka yang berjaya disesatkan ...

Selepas jamrah, minum pagi dan kemudian slot Control Your Gold mengambil tempat. Kemudian ialah acara  penutup. Penulis diminta mengisikan slot amanah. Selepas solat zuhur dan asr secara jama taqdim, kami menikmati makan tengahari dan kemudian berangkat pulang ...

Di pertengahan jalan, bertemu dengan salah sebuah bas peserta yang mengalami kerosakan tayar di simpang nitar...

Pada kali ini kem komandan telah mula memperlihatkan kuasa sebenarnya. Tu baru sedikit. Tunggu kem akan datang. Pasti lebih terserlah, Insya Allah ...


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol