SK Parit Raja-Satu fenomena



Jumaat ini kami bergerak menunaikan satu lagi misi. Hanya beberapa km sahaja dari ibu pejabat. Muncul selepas jam 5.30 petang dek kerana mesyuarat tergempar di balik bilik kaca jernih.

Tatkala tiba, acara ice breaking dan pembentukan kumpulan masih lagi berlangsung..

Menjelang 6.30 petang makan malam dan usai solat maghrib jati diri oleh kem komandan.

Kami fasi bermesyuarat untuk membincangkan kembara malam yang dikemudi oleh Tn Haji Z.

Tatkala pembentangan 10 kumpulan berakhir kami sudah duduk memesan air dan makanan.
Menjelang jam 12.30 pagi kami kembali dan mengejutkan peserta.



Fasi lelaki hanya menunggu di surau manakala fasi wanita di kantin. Di surau, dalam keadaan yang samar-samar, kami sempat menyulam mimpi terlebih dahulu. Sekitar jam 3 pagi barulah muncul para peserta cilik itu disekeliling kami

Kembara malam itu berbentuk misi melengkapkan puzzle. Kami memproses peserta secara serentak. Disitu penekanan lebih lepada akrab....

Kemudian kami menyerahkan sampul berisi arahan seterusnya kepada mereka. Mereka perlu mencari 'sesuatu' di lokasi yang disebutkan di dalam sampul surat.


Selepas selesai menyerahkan sampul, penulis melelapkan mata dan tersedar beberapa minit sebelum azan subuh. Di luar penginapan, langsung tidak kedengaran sebarang suara.

"Eh...dah selesai solat ke?"

Tatkala bangun dan menjengah, masih ada kedapatan peserta duduk dalam saf. Kem Komandan sibuk sekali menjaga mereka agar jangan sampai terlelap. Maklumlah, berjaga sepanjang malam...

Bergerak untuk membersihkan diri melalui lorong di bahagian muslimat. Lorong itu memaparkan beberapa muslimat uzur mengambil kesempatan untuk baring di tepi jalan. Mereka beruntung kerana terjauh dari pandangan kem komandan yang senantiasa mengawasi golongan yang cuba tidur....

Seusai solat subuh, tuan haji Z mengambil bahagian untuk refleksi kembara. Belum sempat menghabiskan acara, beliau tergesa-gesa meninggalkan kami kerana ada urusan lain di selatan Perak. Maka penulis menyelesaikan agenda...

Selesai, mereka bergerak masuk ke kawasan pembaringan masing-masing untuk rehat sehingga jam 10.30 pagi. Alangkah indahnya waktu itu. ..

Kami menikmati sarapan pagi kami di kantin sekolah. Kemudian kami berehat di penginapan. Penginapan kami sebenarnya sebuah bilik yang berada dalam satu bangunan surau. Amat mudah untuk solat, tetapi agak sukar untuk bersuci dek kerana untuk lelaki hanya ada dua tandas dan tandas hanya satu sahaja yang elok manakala salur getah sangat pendek.

Maka Tuan Bilal telah mempelawa penulis ke rumahnya yang terletak di dalam kampus. Tanpa membuang masa, penulis menerima pelawaan itu.

Tiba di kediaman beliau sekitar jam 9.00 pagi. Sempat bersantai, minum dan juga tertidur. Sekitar jam 9.30 baru mandi dan kemudian bersiap lantas bergerak kembali ke medan.

SDK pagi ialah berkaitan solat. Maka setiap kumpulan diagihkan kepada muallim yang akan membuat pemeriksaan berkaitan bacaan solat, perlakuan solat dan sebagainya..

Menjelang zawaal, aktiviti selesai. Kami makan tengahari diikuti solat zuhur. Selepas zuhur, dalam cuaca yang agak terik, kami menggiring mereka ke dataran untuk acara Blind Fold...

Penyertaan dibahagikan mengikut jantina. Lelaki bergerak terlebih dahulu. Tetapi pergerakan mereka sangat laju. Tak terkejar dek fasi...

Setelah selesai, kumpulan peserta perempuan pula menyusul. Program berakhir sekitar jam 3.30 petang. Selesai, SDK seterusnya berkaitan pecah rumah. Setiap kumpulan perlu membina sebuah bangunan yang paling indah dan cantik menggunakan bahan yang disediakan. Setelah selesai, hasil kerja diletakkan di hadapan mereka dan kemudian dibinasakan ...

SDK selepas Asr ialah Kasih. Membuat sesuatu untuk diberikan kepada ayah dan ibu termasuk sepucuk surat...

Kuliah Maghrib disambut oleh penulis dan kemudian diikuti acara tangisan malam dikendalikan oleh TG. TG hadir hanya untuk sesi ini sahaja kerana ada kekangan kerja di selatan benua asia...

Penulis tertidur semasa sesi ini berjalan....

Menjelang Subuh, sedar dari mimpi panjang. Segera bergerak untuk bersuci. Qiam dipimpin oleh pelajar praktikal... Kuliah subuh oleh imam kabir.

Menjelang waktu israq tuan haji Z kembali untuk memimpin acara penebusan dosa...Acara ini berlangsung sehingga menjelang jam8.30 pagi.

Seusai sarapan, program control your gold bersama Ustaz S dan seterusnya ialah sesi amanah dan penilaian program.

Hendak bercakap soal amanah dengan pelajar berusia 12 tahun bukanlah sesuatu yang mudah. Sesuatu yang sangat mencabar apabila topik amanah ini cuba hendak dikaitkan dengan cebisan biskut di dalam plastik yang dibawa kesana kemari sepanjang tiga hari dua malam. Biskut yang hilang atau rosak akan diganti dengan beberapa butir kacang hijau. Mereka ini kelihatan sangat tidak faham mengenai amanah. Kalau pelajar berumur 15 tahun ke atas pun kadang-kadang tidak boleh memahami falsafah membawa sebutir telur ayam sepanjan program tiga hari, bagaimana kita boleh memberikan kefahaman atau mendoktrin pelajar berusia 12 tahun mengenai amanah dalam hanya jangkamasa 3 hari 2 malam?

Program penutup dijayakan oleh guru di sekolah tersebut...



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol