Selangor - lawatan singkat warga selatan
Jumaat sekitar jam 8.30 pagi penulis bergerak ke kota Selangor untuk menghadiri majlis walimah sepupu. Penulis berhenti rehat di kawasan rehat pagoh. Menikmati secawan milo panas. Keadaan di kawasan ini agak padat. Rata-rata warga asing negara jiran memenuhi ruang. Pandangan ini bersandarkan kepada nombor pendaftaran kereta.
Kami tiba di halaman rumah abang ipar penulis sekitar jam 11.30 pagi. Setelah tidur sebentar, penulis bersiap untuk menghadiri solat Jumaat. Selepas melihat-lihat GPS di telefon pintar, maka diputuskan ke masjid kajang. Tanpa merujuk kepada kakak ipar, penulis terus bergerak masjid yang terletak 7km dari kediaman.
Masjid tersebut agak besar juga ruangnya walaupun bangunannya tidak kelihatan baru. Selesai tahiyyatul masjid, tazkirah Jumaat bermula dengan seorang lelaki muda berjubah hitam.
Intisari tazkirah berkisar dari pengalaman dari seorang kristian kepada seorang muslim.
Azan Jumaat dialunkan persis azan di kota Makkah. Ah betapa hati ini bagai digaru dek kerinduan ke Makkah...
Selesai Jumaat bergerak pulang dan menjelang jam 3 kami bergerak ke IKEA. Hujan turun agak lebat. Dengan berpandukan GPS kami menuju ke destinasi. Belum pun tiba, telefon pintar telah kehabisan bateri....
Betapa manusia itu kini bergantung kepada teknologi. Kemana pula pergantungannya kepada Allah Yang Maha Agung?
Iktikaf di IKEA memakan masa yang agak panjang. Penulis sememangnya bukanlah seorang yang rajin menjadi peninjau segala barang dagangan di kedai yang lahir di Sweden itu. Pada pengamatan penulis meskipun harganya boleh dianggap murah dan mungkin ada brand tetapi ianya kurang kualiti. Ada juga beberapa barang di rumah yang dibeli di sana kembang bila terkena air...
Kami keluar dari bangunan IKEA sekitar jam 9.30 malam dan dengan bertawakkal kepadaNya kami memulakan perjalanan pulang...
Tiba di rumah abang ipar sekitar jam 11 malam. Subuh hari kedua penulis hadir ke surau berhampiran. Jamaah memenuhi ruang hingga tiga saf lebih...cukup ramai dan fenomena ini boleh dikatakan tidak ditemui di selatan bahkan ada masjid dan surau yang tidak dikunjungi manusia pada waktu tersebut....
Selepas berehat, kami bergerak ke majlis walimah sepupu di Bandar Tun Razak. Majlid diadakan di dewan awam tingkat 8 berhampiran stesen LRT Bandar Tun Razak...
Pengantin tiba sekitar jam 2 petang. Selesai mempelai duduk bersanding, kami bergerak ke stesen LRT bagi memulakan kembara. Kami akan menaiki LRT dari stesen Bandar Tun Razak menuju ke stesen yang menempatkan pusat membeli belah SOGO. Anak-anak kelihatan begitu teruja menaiki LRT.
Setelah menyelesaikan keperluan, kami bergerak pulang. Tiba di rumah abang ipar menjelang waktu Maghrib. Kemudian kembali ke rumah pengantin untuk mengambil sedikit keperluan...
Subuh hari kedua menunjukkan jumlah jamaah yang ramai seperti semalam. Terfikir juga sebenarnya semalam, mungkin jamaah ramai waktu subuh adalah bukan setiap hari. Tetapi apabila masuk subuh ke dua bilangan jamaah masih tidak berubah membawa maksud jamaah di sini sememangnya memiliki semangat dan keazaman yang kuat untuk mempraktikkan ajaran agama, berbeza dengan keadaan di selatan. Bukankah jamaah subuh merupakan kayu ukur penentu kekuatan umat?

Ulasan