Peluklah lagi....
Dengan penuh perasaan bangga, salah seorang artis pujaan rakyat Malaysia memberikan kenyataan bahawa dia sememangnya senghaja membuat acara pelukan terhadap rakan-rakan artis lelaki lain selaku seorang sahabat.
Rupa-rupanya bila kita merangkul atau memeluk lelaki yang bukan ajnabi dengan memasang niat sebagai seorang sahabat maka ianya diharuskan?
Mungkin ini fatwa yang diambil dari mahaguru mereka di belahan barat bumi ...
Oleh kerana artis kini menjadi ikon golongan remaja, maka kenyataan yang dibuat adalah amat menyedihkan para pencinta Islam. Kenapa mereka hanya mahu berkiblatkan barat dalam segala aspek kehidupan mereka dan kemudian akan ditiru dan dianggap sebagai tatalaku yang sebenar. Maka tidak hairanlah nanti apabila para pemuja mereka mampu berpelukan di khalayak ramai dengan rakan atau sahabat bukan ajnabi sekalipun dengan alasan 'sahabat'..
Kenapa pula golongan pemuja artis masih mahu menjadikan mereka ini selaku role model dan masih enggan untuk menjadikan role model sebenar selaku ikon mereka ?
لَّقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِّمَن كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang) [al-Ahzaab:21]
Dan apa pula fungsi penguasa dan juga pengawal agama? Apakah hanya fatawa yang menyesakkan kuasa sahaja yang perlu dirujuk kepada majlis fatwa? Bagaimana dengan pandangan sang artis ..? Adakah mereka ini setara dengan ulama makanya kenyataan mereka perlu dihormati?
Dimana kata-kata membela dan memperjuangkan Islam? Dimanakah badan-badan yang sanggup bermatian untuk mempertahankan Islam?
KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2013: Tindakan pelakon Nabila Huda memeluk akrab Nast-T dan beberapa artis lelaki lain ketika namanya diumumkan sebagai pemenang anugerah Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 20120 (ABPBH 2012) malam semalam telah menjadi tumpuan ramai.
Malah, tindakkannya itu secara tidak langsung telah menimbulkan kontroversi apabila kelihatan tidak sopan berpelukan akrab dengan artis lelaki seperti Fizz Fairuz, Tomok, Awal Ashaari di khalayak.
Nabila Huda yang ditemui berkata, dia bertindak sedemikian kerana terlalu teruja,malah pelukan itu dianggap hanya sebagai pelukan seorang sahabat yang selama ini bersama dalam satu industri.
"Tiada apa hendak diperbesarakan, mereka itu semua sahabat saya.
"Malah bukan sahabat lelaki sahaja saya peluk ,saya juga peluk Liza Surihani, Scha Al-Yahya dan lain-lain.
"Mereka semua kawan-kawan saya sejak dari kami sama-sama kosong lagi.
"Pada saya, ia pelukan sahabat. Bila kita rasa gembira atau rasa sedih pasti kita mahukan orang untuk berpeluk.
"Bila dapat peluk seseorang yang kita kenal, sudah tentu kita akan rasa bertapa leganya kita dapat peluk kawan-kawan kita,"katanya kepada murai.com.my selepas anugerah ABPBH 2012 yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, malam semalam.
Tindakan Nabila itu juga, dilihat kurang manis kerana menjadi tatapan umum, tambah-tambah sewaktu siaran secara langsung.
Tambah Nabila Huda lagi, apa yang dia lakukan di luar waktunya bekerja sebagai pelakon itu adalah dirinya dan tidak mahu bersikap hipokrit.
"Saya tak kisah orang nak cakap apa pun. Mulut orang takkan boleh ditutup.
"Saya tak kisah semua itu. Sebab saya gembira dengan dunia saya.
"Luar kerja sebagai pelakon, saya ada satu kehidupan yang begini.
"Tapi takanlah setiap masa saya perlu berlakon untuk puaskan hati semua orang?", jelasnya lagi.
Ulasan