Kem komandan : sebuah pengalaman terkini
Minggu pertama dalam bulan April, sebagaimana yang telah dijanjikan agak lama, kami bergerak menunaikan permintaan beberapa keluarga di Paloh, bandar terpencil dalam daerah Kluang yang dikelilingi oleh pepohon kurma Malaysia (kelapa sawit) yang menghijau.
Beberapa minggu sebelum itu kami telahpun hadir ke bangunan sekolah tersebut untuk berbincang dan membuat sedikit tinjauan ..
Walaupun selepas daripada detik tinjauan itu berlaku beberapa perkara yang seolah-olah membolehkan program ini terbatal, tetapi dengan kehendak Allah jua yang mengatasi segala kehendak makhluk lain yang bersifat fana', program ini dapat berjalan jua ..
Penulis tiba di lokasi program sejurus sebelum masuk waktu Jumaat. Kami kemudian bersama ke masjid berhampiran. Khatib yang menyampaikan khutbah adalah yang terbaik setakat ini jika hendak dibandingkan dengan masjid-masjid lain dalam negeri gapura selatan yang pernah dihadiri oleh penulis. Buat pertama kalinya juga penulis tidak tertidur kerna tertarik dengan gaya penyampaian khutbah ..
Usai solat Jumaat, kami solat hajat meskipun dalam bilangan yang sangat sedikit...Ketika hendak melangkah keluar, selipar yang baru sahaja dibeli di bandar telah tidak berada di lokasi lagi..Begitulah ujian yang datang. Teringat kata-kata khatib Jumaat tadi bahawa ujian yang datang dalam tiga bentuk,
Pertama : Untuk membersihakn dosa seorang Muslim (kaffarah)
Kedua : Sebagai satu bala' kepada golongan yang ingkar
Ketiga : Sebagai satu kaedah mengangkat darjat seseorang itu disisiNya
Sebelum tiba di lokasi semula, kami singgah menikmati air di tepi jalan. Kemudian, sementara menantikan kehadiran peserta kami berehat sebentar di dewan yang disediakan yang merupakan kelas yang dibuka penghadang antaranya.
Setelah pendaftaran selesai dan jumlah pelajar diketahui, majlis penyerahan rasmi diadakan dengan kehadiran guru besar dari kedua-dua sekolah yang terlibat. Kemudian pelaksanaan taklimat dan diikuti oleh ice breaking oleh Kapitan..Sebelum itu ialah pelantikan penghulu dan penghuluwati serta bacaan ikrar dan juga penyerahan barang amanah.
Seusai Ice Breaking, kami mengiringi mereka untuk minum petang. Seperti biasa, ia tidak akan dimulakan sebelum semua peserta telah mendapat makanan masing-masing dan doa dibaca. Selepas makan, kami membaca doa selepas makan bersama-sama dan kemudian bergerak untuk solat Asr di dewan utama.
Seusai solat, acara diteruskan lagi oleh kapitan dengan Dinamika Kumpulan. Penulis mengambil kesempatan untuk keluar sebentar bagi mencari selipar pengalas kaki. Selipar yang telah putus sebenarnya telah menyertai penulis ke Haramain Asy Syarifain hampir setahun lepas ..
Tatkala kembali, aktiviti masih lagi berjalan. Menjelang jam 6.30, pelajar diarah keluar untuk beratur panjang bagi mendapatkan makanan di kantin. Keadaan sebagaimana program biasa untuk pelajar sekolah rendah, membuat bising adalah seperti biasa sahaja. Penulis segera mengarahkan penghulu agar berfungsi dengan baik dalam perkara ini. Adalah satu kerugian jika penghulu dilantik tetapi tidak berfungsi dengan semaksimum mungkin.
Sememangnya agak berbeza dan ketara di antara penghulu untuk kem pelajar 12 tahun dengan kem pelajar berumur 16 hingga 17 tahun. Juga berbeza di antara penghulu untuk kem kepimpinan yang dihadiri oleh pengawas yang sememangnya telah biasa dengan suasana disiplin terancang dengan pelajar biasa.
Seusai makan malam, pelajar dikumpulkan di dataran bintang. Keadaan biskut yang dijadikan barang amanah pada kali ini dipertanyakan . Dan sebagaimana biasa, jawapan kekecewaan telah muncul. Terdapat sebilangan yang telah merosakkan barang kepercayaan itu.. Maka denda yang dikenakan ialah berlari di sekeliling dataran tersebut .
Selesai berlari, mereka dilepaskan untuk mandi dan bersiap dan perlu berkumpul semula pada waktu yang telah ditetapkan.
Setelah tiba masa yang ditetapkan, kelihatan pelajar perempuan gagal hadir pada masa yang telah ditetapkan. Maka denda larian dikenakan lagi ..
Seusai solat maghrib pada senja yang agak hangat itu, penulis mengisi slot tazkirah Jati Diri yang sememangnya dikhaskan untuk kem komandan. Dengan tergantung kepada slot power point yang telah disediakan agak lama sebenarnya, penulis seolah ketandusan idea. Tidak sepertimana yang berlaku di SK Parit Raja dimana penulis mendapat idea yang turun dengan izin Allah begitu banyak ..
Selepas Isya, LDK Dinamika kumpulan tanpa perlu mengumandangkan lagu kumpulan. Kemudian bergerak minum malam dan melayari bahtera mimpi...
Seawal jam 4.45 pagi perserta telah berkumpul di lokasi yang dijanjikan, Dataran Bintang. Hanya pelajar lelaki yang lewat. Seusai solat subuh, pelajar lelaki diminta berlari sebagai denda. Kemudian acara acid river dimulakan walaupun hujan mula turun. Mujurlah ada bangunan berbumbung yang mampu menampung kegiatan pelajar di bawah curahan hujan yang agak deras ..
Selepas sarapan, pelajar masuk ke dewan untuk aktiviti LDK. Penulis menggunakan masa ini untuk berehat dan bersenang-senang. Kemudian, bersama PH III melawat kawasan kembara malam.
Selesai LDK solat, pelajar digiring ke kantin untuk minum pagi. Wujud kumpulan yang kehilangan bendera mereka. Penulis melaksanakan denda iaitu mendapatkan tandatangan dari kesemua fasi yang wujud. selewat-lewatnya sebelum makan malam. Bagi yang sudah kehilangan atau kerosakan barang amanah, mereka perlu menulis beberapa ayat sebanyak 150 kali ... dan perlu ditandatangani oleh KF.
Sebelum zuhur LDK pecah rumah dan kasih.
LDK selepas zuhur agsesuatk mencabar. Beberapa soalan menguji minda dilayangkan untuk diselesaikan. Kemudian, mata ditutup. Sebelum itu, bayangan paku tajam diletakkan . Untuk menguji keberanian anak-anak ini.
Seusai solat Asr, acara kanvas hikmah berlangsung. Acara ini sudah lama tidak dilaksanakan. Tangan dan kaki fasi juga turut membeku .. Mujurlah menang dengan kanak-kanak. Bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sebenarnya..
Tatkala menjamah nasi hidangan malam, hujan mencurah turun diikuti guntur dan kilat sabung menyabung. Ini menyebabkan kami terpana di perut kantin menunggu hujan reda. Selepas itu bergerak untuk melangsaikan tuntutan fardhu Maghrib secara berjemaah.
Selesai solat berjamaah, ustaz muda mengambil tempat. Sepatutnya taklimat kembara. Tetapi kembara terpaksa diubahsuai.
Selepas solat Fardhu Isya berjamaah, kami mula mengerakkan kembara. Hanya sekitar bangunan dalaman dengan mata tertutup berjalan dalam kegelapan. Berpeluang pula menaiki kenderaan universiti. Akhirnya duduk menunggu sang bulan yang tak muncul...Acara berakhir sekitar jam 2.00 pagi.
Seusai program , peserta diminta masuk tidur. Namun, sebenarnya mereka tidak tidur. Menjerit, bermain dan sebagainya di dalam bilik penginapan sementara mereka.
Subuh menyaksikan peserta perempuan terlebih awal berada di dataran bintang. Peserta lelaki lewat...seperti penulis, kem komandan yang lewat ..
Acara tangisan berlangsung selepas solat Subuh dan kemudian diikuti oleh ceramah Control ...
Ya ..jawatan Kem Komandan (KK) adalah sebenarnya satu jawatan yang agak meletihkan. Jika kita tidak menggunakan sepenuhnya jawatankuasa yang dilantik di kalangan pelajar. Namun, jika kita mampu dan pandai menyusun dan memanipulasi JK yang diwujudkan di kalangan peserta ini, KK boleh 'mencuri' untuk rehat tatkala senggang masa LDK.
Kesibukan KK ialah dia merupakan manusia pertama yang perlu bangun pada waktu pagi dan juga manusia terakhir yang boleh tidur. Tetapi dia tidak akan mampu berbuat demikian setiap kali program berjalan. Oleh itu, kuasa untuk mengejutkan rakan-rakan peserta diserahkan kepada Penghulu dan juga Ketua-ketua kumpulan. Maka tugas menjadi mudah.
Jika KK juga terlalu aktif dan bersemangat untuk buat segala, menjadi fasi, tukang tambah rencah, aktif bercakap, maka ia akan menjadi penat. Sebetulnya dan semoleknyalah KK menghayati Teori Pengasingan Kuasa antara fasi dan KK ...Wallahu a'lam

Ulasan