Rajuk tak sudah - fenomena apa?

Sekarang ini semakin ramai yang bakal merajuk (menunjukkan rasa tidak senang (dng mendiamkan, tidak mau bergaul) kerana mungkin tidak terpilih sebagai salah seorang calon pilihanraya.

Tapi ada juga yang merajuk kerana ideanya ditolak mentah-mentah ataupun separuh masak. Dalam satu pasukan, sememangnya wujud pelbagai ragam dan karenah. Walau dalam pasukan atau gerakan apa pun, sama ada gerakan dakwah, gerakan politik, belia bahkan dalam pasukan kerja sekalipun. Maka apabila idea yang dilontarkan tidak mahu diterima pakai, maka ada kemungkinan sang pemberi idea akan merasa jauh hati dan merajuk.

Ada kalanya, idea yang dilontarkan sering dikritik, ataupun terlalu banyak campur tangan asing yang dibuat pada idea yang telah dikemukakan. Maka rajuk akan datang. 



Ada juga segelintir manusia yang merajuk apabila ditegur. Kalaupun sebenarnya yang menegur itu hanya sekadar hendak memberikan sedikit pandangan. Rupa-rupanya segala yang dilakukan pantang dikritik. Maka ia akan merajuk dan merasa hati. Maka sukar jika manusia begini berada dalam gerakan atau barisan dakwah. Segalanya akan jadi serba salah dan serba tidak kena. Maka tiada lontaran idea baru untuk dakwah. Terpaksa guna idea lama semata-mata. Walaupun ianya dipandang kurang berkesan, namun ianya terpaksa diikuti oleh semua golongan dalam jamaah tersebut atas dasar menjaga hati.



Kadang-kadang apabila ego menguasai diri. Merasakan diri adalah yang terbaik. Merasakan diri adalah hebat. Merasakan segala idea orang lain boleh merosakkan ideanya. Merasakan hanya ideanya yang tip-top dan terbaik tanpa sebarang cacat cela. Maka tatkala digoda dan diprovok, tindakan terbaiknya ialah merajuk.

Kita khuatir juga dan perlu berbimbang-bimbang. Apabila kita merajuk kerana faktor ini. Kita khuatir syaitan menguasai diri. 

Tatkala Khalifah Abu Bakr As Siddiq dikritik  oleh Umar Al Khattab mengenai tindakannya, beliau tidak pula lekas merajuk dan berkecil hati atau memerintahkan agar Umar ditangkap dan sebagainya. Beliau sangat berlapang dada menerima kritikan. Itu sifat sahabat dan pemimpin yang sejati.

Merajuk boleh merugikan diri, keluarga, negara dan ummah keseluruhannya. Bayangkan kalau seorang imam merajuk dek kerana dikritik oleh jamaah atas kesilapan bacaan yang telah diamalkan beberapa tahun, maka dia menghilangkan diri dari masjid. DIri akan rugi kerana tidak dapat hadir jamaah. Ummah akan rugi kerana kehilangan imam. Masjid akan rugi kerana kekurangan jamaah. Negara akan rugi kerana akan timbul pecah belah  ...

Siapa pula yang beruntung ? Hanya musuh-musuh Allah.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kem Komandan - yang mana pilihan anda?

Al Mahdi yang ku tunggu .. Moga kita termasuk dalam senarai tenteranya

Kisah Seorang Jurutol