Pilihanraya sekolah
Di musim perayaan seumpama ini, terkenang pula kisah pilihanraya di sekolah..
Mungkin sekolah penulis, Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah Pekan (SHAH) merupakan sekolah pertama di Malaysia yang mengadakan pemilihan pengawas sekolah melalui sistem pilihanraya. Ianya juga yang pertama diadakan di sekolah tersebut pada tahun 1991. Tidak ketahuan pula apakah proses tersebut masih diteruskan sehingga ke saat ini.
Apa pun sambutan dari pelajar adalah di luar dugaan sebenarnya. Kalau di sekolah yang mengamalkan sistem pemilihan oleh pihak guru, kebanyakan pelajar ingin sekali untuk tidak dipilih. Tetapi apabila sistem ini diperkenalkan, kelihatan ramai pula yang menawarkan diri.
Ada kemungkinan juga disebabkan oleh faktor luaran, seperti dapat meraih keglamouran dengan segera serta dikenali oleh kesemua ahli sekolah menyebabkan bilangan yang ingin mencuba nasib dalam pemilihan menjadi agak ramai.
Sememangnya pabila diangkat menjadi pengawas di sekolah SBP, umumnya, rate penyandang akan mencanak naik dengan tiba-tiba. Makanya untuk mengujilari tahap populariti diri, medan pertarungan pilihanraya pengawas dianggap medium sebenar.
Maka berduyun-duyun pelajar turun untuk penamaan calon. Walaupun kelihatan begitu ghairah sekali, khususnya dari kalangan pelajar tingkatan empat dan tingkatan tiga, namun penulis kurang berminat dan penulis juga antara kalangan yang tidak turun mengundi.
Mungkin ramai diantara rakan-rakan yang semasa itu sudah ada kesedaran hidup dalam negara demokrasi mengkritik tindakan penulis ...
Selepas hari membuang undi, ramai juga rakan-rakan satu batch yang berjaya memenangi pilihanraya dan seterusnya dinobatkan selaku pengawas. Apabila perkara ini berlaku acara seterusnya ialah pelantikan majlis tertinggi serta Ketua Pengawas (KP) dibuat pula oleh pihak sekolah. Cadangan dibawa juga oleh KP sebelum ini. Namun sebenarnya kuasa sebenar terletak di tangan pihak sekolah.
Dan akhirnya, terlantiklah KP dari kalangan pemenang yang tidak disangka-sangka. Seorang yang low profile tetapi memiliki karisma yang hebat. Sememangnya ramai lagi dikalangan calon yang menang yang mengharapkan serta mengidam-idamkan jawatan tersebut namun tidak kesampaian...
Pelantikan ini diikuti oleh pemilihan exco pengawas yang mana ianya juga menjadi impian kebanyakan pengawas yang menang. Exco pengawas mendapat beberapa kemudahan di sekolah ini seperti bilik yang berasingan dan kondusif dengan hanya 6 orang sahaja sebilik bersama dengan exco asrama.
Exco asrama mempunyai kuasa kurang terbatas di peringkat asrama tetapi mereka tidak dipilih oleh pelajar. Mereka disyorkan oleh pemegang jawatan sebelum ini kepada pihak warden. Warden mempunyai kuasa mutlak memilih beberapa orang yang bukan dari kalangan pengawas untuk menggalas tugas ini.
Apabila exco asrama dan exco pengawas telah dilantik, maka mereka ini akan berkongsi bilik bahkan berkongsi masalah, cara hidup, musuh, rakan dan juga maklumat berkaitan pelajar yang mana ianya tidak mungkin dapat diketahui oleh pelajar lain. Kehidupan mereka juga agak eksklusif dan pergaulan mereka juga agak terbatas dengan sendirinya.
Walau bagaimanapun, terdapat juga ahli exco yang berjiwa rakyat, masih bergaul mesra dengan pelajar lain ataupun pengawas lain.
Oh ya..mulai tahun 1992, pengawas yang telah berjaya memenangi pilihanraya dan dilantik duduk di dalam dorm yang berasingan daripada pelajar lain.
Kini hanya tinggal kenangan ...

Ulasan