Daerah ini telah berubah?
Bergerak di malam minggu di daerah tengah ini agak sesak. Mungkin juga kerana malam minggu. Tetapi nampaknya seperti luar biasa. Jam digital di dalam kenderaan citra menunjukkan pukul 10.10 malam.
Oh..kelihatan dalam kesesakan lampu isyarat simpang empat yang pabila hijau itu menunjukkan saat yang sangat pendek dan genting agak luar biasa berbanding malam minggu yang lain. Kelihatan juga kenderaan diletak dikiri kanan jalan menghala ke pusat bandar.
"Ada ceramah agaknya.."
Dan ianya disahkan di kedai membeli susu biasa yang kerap dilawati.
"Mereka kata karpal datang.." kata taukeh kurus yang jarang tersenyum itu.
Wah fenomena yang agak hebat kini. Tatkala membuat bayaran, mata menjeling pada sebotol arak yang sedang dibungkus untuk pelanggan yang pada zahirnya kelihatan seperti sebangsa dan seagama dengan penulis. Manusia itu membawa bersama sayur-sayuran.
"Moga-moga dia bukan muslim..."
Kedai pembekal susu dengan harga yang agak berpatutan itu juga sebenarnya banyak membekalkan arak untuk pemuda melayu yang tidak sedar diri dan kehilangan arah agamanya. Pernah juga penulis menyoal taukeh tersebut..
"Mereka mahu beli saya jual sahaja. Kalau saya tak jual saya rugi.."
Betul juga pandangannya. Apa pula tindakan pihak berkuasa agama?
Kadang-kadang terasa geram dan mahu sahaja ditumbuk muka pemuda sebangsa yang tanpa segan membeli arak. Cumanya mereka minta dibungkus air tersebut dengan kertas surat khabar. Mungkin segan pada orang ramai ataupun entahlahlah...
Fenomena malam ini sebenarnya sesuatu yang pelik. Ya...sejak SPR mengumumkan tarikh membuang undi, kerap kali diadakan ceramah oleh pihak belum memerintah dan sambutannya khususnya dari bukan melayu sangat memberangsangkan..
Ya sejak penulis bermastautin di bumi ini sejak berumur 12 tahun (1987) sehingga kini, tidak pernah dilihat keadaan seumpama ini. Penulis menyaksikan sendiri pembangunan bandar ini ... memang membangun zahirnya. Namun banyak juga bangunan yang menjadi usang tanpa penghuni yang menghiasi bandar ini.
Masih banyak lampu khususnya di kawasan perhentian bas yang tidak dihidupkan sejak beberapa tahun tanpa sebab dan mungkin tanpa diketahui oleh YB yang berkuasa. Banyak juga lampu di tengah jalan di jambatan utama sebelum ke pusat bandar yang gagal dihidupkan tanpa sebab..
Masih banyak lokasi yang sebelum ini tidak pernah banjir, khususnya di lokasi perumahan penulis, mula dinaiki air sejak 2004...tanpa ada sebarang usaha untuk mengatasi masalah ini, melainkan membesarkan luaskan sungai tatkala tiba musim tengkujuh dan juga memberikan saguhati RM500 setiap keluarga yang menjadi mangsa...
Kini sebagaimana yang dilaporkan di FB, banyak berlaku masalah perjudian dan pembukaan kawasan-kawasan judi yang semakin merebak. Maka banyak lagi berlaku masalah pinjaman wang haram, masalah keluarga, pergaduhan dan sebagainya. Tiada pula sebarang tindakan bersepadu yang dibuat oleh pihak yang bertanggungjawab...
Adakah akan berlaku perubahan?

Ulasan